-->

Hoshi Ryokan – Hotel Tertua Di Dunia

Posted by syahira rusman Saturday, September 1, 2012 0 comments
Hōshi Ryokan adalah hotel dan spa yang dibina di Ishikawa, Jepun sejak hampir 1300 tahun dahulu! Diasaskan pada tahun 717, ia diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai hotel tertua yang masih beroperasi sehingga sekarang.



Hotel ini dimiliki dan diuruskan oleh keluarga yang sama buat 46 generasi. Kini, ia mempunyai lebih kurang 100 bilik penginapan dan boleh menerima 450 tetamu dalam satu masa.


Hōshi Ryokan terkenal dengan kolam air panas yang menyegarkan. Terdapat 2 kolam air panas tertutup dan 2 lagi kolam air panas terbuka yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan.




Pengunjung akan diberikan kimono istimewa, Yukata sepanjang penginapan mereka. Turut terdapat taman tradisional dengan pemandangan yang begitu indah.












0 comments:

Post a Comment