-->

Betul Betul Tragedi - 74 Terbunuh Rusuhan Bola Sepak Di Mesir

Posted by Unknown Sunday, September 2, 2012 0 comments
Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera apabila penyokong dua pasukan bertempur semalam selepas perlawanan bola sepak di Pelabuhan Said, Mesir.


Dalam salah satu insiden terburuk dalam sejarah sukan, keganasan tercetus sebaik pengadil meniup wisel penamat dalam satu perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah Al-Masri menewaskan Al-Ahly dari Kaherah, 3-1. Penyokong Al-Masri yang membanjiri padang membaling batu, botol dan bunga api kepada penyokong Al-Ahly, menimbulkan kekacauan dan suasana cemas apabila pemain Al-Ahly dan penyokong mereka bertempiaran ke pelbagai arah untuk melarikan diri, kata saksi. Gambar pemain yang berlumuran darah turut beredar di Internet.




Tembakan pistol juga dilaporkan kedengaran di jalan utama menuju ke Pelabuhan Said dari Kaherah dan tentera dikerah untuk menghalang pertempuran.

“Jumlah kematian kini mencapai 74, termasuk seorang anggota polis dalam kekacauan itu selepas perlawanan antara Al-Ahly dan Al-Masri,” kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

“Kebanyakan mangsa terbunuh kerana dipijak,” kata Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim. Manakala petugas perubatan berkata sesetengah kematian berpunca daripada kecederaan tikaman.


Televisyen kerajaan berkata, kira-kira 1,000 orang cedera dalam insiden keganasan itu, tetapi Kementerian Dalam Negeri melaporkan seramai 248.

Pemerintah tentera mengumumkan tiga hari berkabung di seluruh negara, manakala ketua keselamatan Pelabuhan Said dipanggil ke Kaherah ekoran insiden itu. Ikhwanul Muslimin menyalahkan penyokong Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan atas pertempuran di bandar raya di utara itu. Ia berlaku ketika negara itu menghadapi beberapa insiden yang dikaitkan dengan tahap keselamatan yang longgar.



Ahli politik, penyokong dan pemain menggunakan media sosial untuk meluahkan kemarahan mereka mengenai keganasan itu yang menjadi insiden kemuncak dalam tahun yang penuh dengan pergolakan politik selepas pemberontakan menggulingkan Mubarak.

psst: hargailah keamanan negara kita...
 Blog Rilek-Rilek

0 comments:

Post a Comment