-->

Betul Betul Gempar - Penyokong Ini Gari Tangannya Di Tiang Gol

Posted by syahira rusman Sunday, September 2, 2012 0 comments
Perlawanan bola sepak antara Everton dan Manchester City malam semalam terpaksa diberhentikan selama 5 minit apabila seorang penyokong, John Foley bertindak menggari tangannya pada tiang gol sebagai protes kepada Ryanair yang dianggap menganaiya anaknya.



Beliau yang muncul dari tempat penonton 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, sempat menggari tangannya di tiang gol. Demonstrasi tersebut ditujukan kepada bos Ryanair, Michael O'Leary yang sedang menyaksikan pasukan kegemarannya, Manchester City.




Tertera dibaju beliau, mesej mengutuk Ryanair yang dikatakan telah melayan anaknya dengan teruk. Kapten Everton, Phil Neville cuba memujuknya untuk meninggalkan padang namun beliau mengendahkannya dan memaksa polis menggunakan pemotong besi untuk menanggalkan gari tersebut. Perlawanan diteruskan menyaksikan Everton berjaya mengalahkan pendahulu liga itu dengan jaringan 1-0.

Foley yang merupakan seorang tukang emas ditahan atas kesalahan menceroboh padang namun dilepaskan dengan ikat jamin oleh pihak polis setelah sehari bermalam di dalam lokap. Setelah dilepaskan, beliau meminta maaf kepada semua penyokong melalui blognya.



Punca beliau melancarkan protes sedemikian adalah disebabkan nasib yang menimpa anaknya, Sarah. Sarah membayar deposit kepada sebuah syarikat yang merekrut pramugari untuk Ryanair dan menjalani latihan selama 6 minggu. Beliau ditawarkan kontrak yang memerlukannya berpindah ke Dublin. Namun kontraknya dan 20 orang yang lain ditamatkan selepas 7 minggu atas alasan kemorosotan perniagaan.

Lagi menyedihkan apabila Sarah dikatakan tidak diberikan tiket pulang menyebabkan ayahnya Foley terpaksa menaiki feri untuk menjemputnya.

 Blog Rilek-Rilek 

0 comments:

Post a Comment