-->

Banyak Makan Coklat Penyebab Tumbuh Jerawat?

Posted by Muhammad Zulfadhli Sunday, September 16, 2012 0 comments
Siapa yang tak suka makan coklat, kan? Boleh kata hampir semua gemarkan coklat. Mana taknya, coklat mampu menceriakan seseorang. Adakalanya bila tertekan, tekanan tersebut boleh reda setelah memakan coklat. Hebat betul penangan coklat ni.

Gambar Coklat

Namun, anda haruslah mengambil coklat secara berpada-pada. Usahlah diambil terlampau banyak. Ini kerana dalam satu kajian mendapati bahawa kandungan dalam coklat akan meransang pengeluaran kelenjar minyak.

Di mana ia menjurus kepada pertumbuhan jerawat dan menyebabkan noda-noda pada kulit wajah. Jadi, sekarang anda dah tahu salah satu punca ataupun penyebab tumbuhnya jerawat, kan?

Kesimpulannya, makanlahlah coklat pada kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan tumbuhnya jerawat degil di muka anda.

PetuaSejagat

0 comments:

Post a Comment