-->

Awek Yang Malang… Lubang Oh Lubang!

Posted by Unknown Monday, September 3, 2012 0 comments

Rasanya kat Malaysia pun dah banyak kes yang hampir nak sama.

Member aku pernah jatuh dalam lubang sebab syok sangat taip mesej...

Kalau di negara China perempuan itu hilang dalam lubang yang wujud akibat hakisan, di Malaysia silap hari orang boleh hilang sebab penutup longkap besi dicuri.

Kerap kali ia kerja penagih dadah yang tak fikir nasib sesiapa selain mahu melepaskan gian diri sendiri.

Memandangkan sudah ada video yang hampir sama walaupun berlaku di negara lain, penulis ingin sangat mencadangkan agar kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mencari satu penyelesaian muktamad berhubung isu penutup longkang besi yang selalu hilang.

Ia amat membahayakan dan sudah ada laporan kematian akibat kehilangan penutup itu apabila ada mangsa yang lemas dibawa arus yang kuat ketika hujan lebat dan mangsa tergelincir masuk ke dalam longkang.

Mungkin lawak, tapi kalau besi asyik dicuri, apa kata penutup dibuat menggunakan bahan seperti kayu yang tahan reput dan plastik yang kukuh.

Sekadar cadangan, namun mesej yang hendak disampaikan ialah, perlu ada langkah segera dan lebih berkesan diambil pihak berkenaan.


0 comments:

Post a Comment