-->

Al Hadis - Himpunan Hadis Rasulullah

Posted by syahira rusman Wednesday, September 12, 2012 0 comments
Bab syahadah

عَنْ عُثْمَانَ قَالَ قَالَ

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لا اله الا الله دَخَلَ الْجَنَّةَ

Dari Usman bin Affan r.a. katanya :

"Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Barang siapa mati dalam keadaan yakin kepada tujuan syahadat itu

akan masuk syurgalah dia."

Hadis sahih riwayat Muslim

Bab Islam dan iatiqamah

عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِاللهِ الثَّقَفِى قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ

قُلْ لِى فِى الاسْلامِ قَولا لا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ

وفِى حَدِيْثِ أَبِى أُسَامَةَ غَيْرَكَ قَالَ قُل آمَنْتُ بِااللهِ فَاسْتَقِمْ

Dari Sufian bin Abdullah katanya :

"Kataku kepada Rasulullah s.a.w. :

"Ajarkanlah kepada saya prinsip tentang Islam sehingga saya tidak perlu lagi

bertanya kepada orang lain." Jawab Rasulullah s.a.w. :

"Ucapkanlah, aku percaya kepada Allah beristiqamah."

Hadis sahih riwayat Muslim

Bab Asas (Rukun) Islam

عَنْ عَبْدِالله قاَلَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَّلَمَ

بُنِىَ الاسْلامُ عَلَى خَنْسٍ

شَهَادَةِ أَنْ لا اله الا الله وَأَنَ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيَتَ ءِالذَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Dari Abdullah bin Umar, katannya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:
Islam itu dibina atas lima perkara; dua kalimah syahadat, menegakkan sembahyang, mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan

Hadis sahih riwayat Muslim


0 comments:

Post a Comment