VIDEO: Pandangan Anak Pada Ibu Bapa Kaki Minum
Friday, October 5, 2012
0
comments
Kita sudah biasa melihat iklan-iklan berhenti merokok, iklan hentikan penderaan atau seumpama dengannya di kaca televisyen mahu pun ruangan internet.
Kalau iklan-iklan yang berbentuk untuk mempromosikan barang-barangan, semestinya memang terlalu banyak dikeluarkan.
Cuma, iklan seperti berhenti merokok, hentikan penderaan mahu pun iklan yang memberikan kesedaran kepada orang ramai mungkin ada yang meninggalkan kesan dan mungkin juga tidak.
Di negara Finland, kadar peratus golongan yang kuat minum alkohol dilaporkan semakin meningkat selepas negara itu menurunkan cukai alkohol beberapa tahun yang lepas.
Jadi, kes-kes penderaan terhadap kanak-kanak juga semakin meningkat.
Dalam usaha untuk menangani masalah itu, kerajaan negara itu telah mengeluarkan satu iklan yang mungkin memberikan kesedaran kepada orang ramai terutama sekali golongan ibu bapa.
Dalam iklan yang bertajuk, Fragile Childhood – Monsters, ia memaparkan bagaimana pandangan anak-anak terhadap ibu bapa mereka yang kaki minum.
Untuk golongan kanak-kanak, mereka tidak mengerti dengan perubahan keadaan sekeliling memandangkan umur mereka masih lagi terlalu muda.
Malah, sekiranya ibu bapa mereka merupakan kaki minum dan kaki pukul, pandangan dan tanggapan mereka terhadap penjaga mereka sendiri berubah menjadi takut.
Dengan keadaan seperti itulah sikap dan personaliti kanak-kanak akan mudah berubah menjadi negatif tanpa disedari.
Iklan seperti ini bukan untuk negara Finland sahaja.
Ia juga mungkin sesuai untuk semua negara supaya dapat memberikan kesedaran kepada golongan dewasa akan bahayanya tabiat buruk itu.
0 comments:
Post a Comment