-->

Suspek ragut, tetak pembantu klinik dicekup

Posted by Unknown Friday, October 5, 2012 0 comments

DUA suspek kes tetak dan ragut seorang pembantu klinik dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bahru untuk mendapat perintah reman semalam.

KOTA BHARU – Polis yakin dapat menyelesaikan kejadian seorang wanita yang diragut dan tangankirinya ditetak oleh dua penyamun pada 29 Ogos lalu apabila menahan dua lelaki di dua buah rumah di kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, suspek berusia 32 dan 25 tahun itu ditahan dalam operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis di sini.

“Selain tangkapan, kita turut merampas sebilah pisau, pedang, sehelai jaket dan dua topeng. Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin.

“Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Pada 30 Ogos lalu Kosmo! melaporkan, seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah (gambar kecil), 36, cedera parah selepas diragut dan ditetak ketika berjalan menuju ke sebuah kedai tudung di Jalan Sultanah Zainab, dekat sini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan kiri selepas ditetak tujuh kali dengan parang oleh suspek.

Menurut Ismail, kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah selain dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes ragut di sekitar daerah ini.

Tambahnya, perancangan rapi Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman membolehkan anak buahnya menangkap suspek dalam tempoh dua minggu dan ia harus diberi pujian. Suspek kini direman selama tujuh hari.

Sementara itu, Rohairani ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng di sini berharap suspek dijatuhi hukuman setimpal jika terbukti bersalah.

“Saya masih trauma dengan kejadian itu walaupun saya sudah boleh menggerakkan jari-jari,” luahnya.

Tambahnya, dia kini berteman jika hendak ke mana-mana dan tangannya mengambil masa beberapa bulan lagi untuk sembuh.

Sumber : BeritaCeritaDunia

0 comments:

Post a Comment