-->
Showing posts with label Infomasi. Show all posts
Showing posts with label Infomasi. Show all posts

Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki

Posted by Unknown Wednesday, October 10, 2012 0 comments

Kan sering kita dengar, ada perkataan yang kalau perempuan cakap, so mesti ada makna tersembunyikan? so, ini antara 10 Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki cakap dan makna tersiratnya…

(1) Ayat maut lelaki : Okeylah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

(2) Ayat maut lelaki : Tidak pe, saya tak kisah.
Maknanya: Memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

(3) Ayat maut lelaki : Kita kawan saja lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: Sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen. mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

(4) Ayat maut lelaki : eh….u call ekk?sori. Tertidur tadi.
Maknanya: Ya,memang kami tdo pon.

(5) Ayat maut lelaki : Lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham juga jangan fikir -ve sangat. Apa pun yg kami buat, untuk masa depan juga.

(6) Ayat maut lelaki : Saya sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: Memang kami tidak memilih pun. Kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je. Tidak semestinya kena lawa.

(7) Ayat maut lelaki :Saya tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: Jangan la mekap sangat doe. Penat kami menunggu.

(8) Ayat maut lelaki : Lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: Memang lepas ni aku nak lagi keluar dengan kau.

(9) Ayat maut lelaki : Saya suka perempuan yg macam ni…macam tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kesah pon. Lelaki tak detail nk pilih apa-apa pon. Saja nak bagi awak merajuk sebab awak nampak comel masa merajuk. hihihih

(10) Ayat maut lelaki : Awak kerja kat mana? as what?
Maknanya: Mintak-mintak la kerja biasa-biasa sahaja. Kalau kerja besar taste pun besar juga, hantaran pun mestilah besar juga. Nak jaga standard lah tu..

Pasangan Tetap Berkahwin Walaupun Banjir Teruk Di Manila

Posted by Unknown 0 comments

Dengan angka maut meningkat ke 60, ianya tetap tidak mematah impian pasangan ini untuk terus melangsungkan perkahwinan mereka. Walaupun terpaksa redah banjir mereka berjaya menjadikan majlis perkahwinan itu satu kejayaan.




Sumber : BeritaCeritaDunia

Apartment Bernilai RM186 Juta Di Hong Kong!!

Posted by Unknown 0 comments
Harga hartanah di Hong Kong memang terkenal mahalnya. In fact Hong Kong terletak di tangga teratas ranking negara dengan kos sara diri termahal dunia untuk expatriat untuk tahun 2012.

Jadi tidak mengejutkan apabila sebuah apartment di Opus Hong Kong baru-baru ini terjual dengan harga RM 186 Juta (HK 470 Juta).

Apartment mewah ini sebesar 6700 kaki persegi dan memenuhi seluruh tingkat lapan apartment yang direka oleh arkitek ternama Frank Gehry. Kepada yang kurang mengenali Frank, beliau mereka Muzium Seni Gugenheim di Bilbao dan Dancing House di Prague.

Apartment di Opus Hong Kong ini merupakan apartment termahal di Asia dan kedua termahal. Apartment termahal di dunia terletak di One Hyde Park London yang terjual pada hargaUSD 105 Juta (RM 320 Juta) Mei yang lalu.

Sungguh mahal! Kami di Blogserius beli apartment di KL tak sampai 200 ribu pun dah terberak nak bayar. Tak boleh fikir macamana nak bayar RM 186 Juta!


Sumber : BeritaCeritaDunia

Seram : Patung Dalam Paya Yang Menakutkan Di Ireland (3 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Patung Dalam Paya Yang Menakutkan Di Ireland .




Sumber : BeritaCeritaDunia

10 INSAN HEBAT DI MALAYSIA

Posted by Unknown 0 comments
10 insan hebat di Malaysia. Sebenarnya negara kita Malaysia ramai melahirkan insan-insan terhebat.

Mereka tampil mewakili semangat harimau yang sentiasa ada dalam diri masing-masing. 

Kehebatan mereka dalam bidang masing-masing dan tampil dengan penuh jati diri sebagai rakyat Malaysia.


Ustaz Azhar Idrus




Tun Dr. Mahathir




Tan Sri Robert Kuok Hock Nien




Tony Fernandes




Dr. Syeikh Muzaffar




Chef Wan




Dr. Irfan Khairy




Lee Chong Wei




Nicol Ann David




Salleh Yaacob

Taman Tema Resident Evil Di Universal Studios Jepun (14 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Bermula jumaat ini sehingga 11 November sebahagian taman tema Universal Studios akan berubah menjadi taman tema Resident Evil pada waktu malam. Perubahan ini dilakukan sempena menyambut pelancaran permainan komputer Resident Evil 6. 

Untuk waktu yang terhad ini bahagian Universal Studios yang menempatkan tarikan Terminator 2 akan menjadi Racoon City dan dipenuhi Zombies serta kesemua haiwan aneh dari siri Resident Evil. 

Bagi memberikan feel yang lebih realistik, bahagian tepi bangunan tarikan Terminator akan berubah menjadi Raccoon City menggunakan teknologi 3D projection mapping. Nampak agak awesome. Siap ada Claire Redfield, Jill Valentine, Tyrant dan Reptile!






Cool Giler!!! Rumah Bergelanggang Skate Board (12 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Di Tokyo Jepun terdapat sebuah rumah yang dilengkapi sebuah gelanggang papan luncur. Gelanggang ini dibina kerana pemilik rumah seorang penggila sukan papan lunsur tetapi kerana kekurangan ruang kosong, agak sukar untuk menemui gelanggang papan luncur di Jepun.

Memandangkan beliau tidak memiliki sebuah kereta, garaj kereta rumah ini digunakan bagi membina gelanggang papan luncur. Rekaan dalaman rumah ini dilakukan oleh firma LEVEL Architects. Ini baru dinamakan peminat sukan lasak sebenar.

Dato Seri Samy Vellu pernah berkata, "Kalau tak ada jambatan kita bina sungai". Di Jepun Daimyo Sasaki Kojiro berkata "Jika tak ada kereta bina skate park dalam rumah". Maybe..





Sumber : BeritaCeritaDunia

Demo Anti Empangan Yang Aneh Di India!

Posted by Unknown Tuesday, October 9, 2012 0 comments

Di Malaysia demo Bersih ialah demo paling hip sekarang. Semua manusia anti pihak pemerintah menggunakan Bersih untuk meminta kerajaan membersihkan senarai nama pemilih.

Di India terdapat sebuah demo yang kami rasakan lebih cool. Penduduk perkampungan Golgalgaon di Khandwa, Madhya Pradesh beredemo menentang cadangan kerajaan tempatan untuk menaikkan paras air empangan Omkareshwar berhampiran perkampungan mereka sebanyak empat meter. Paras air dinaikkan bagi meninggikan kapasiti penghasilan tenaga elektrik dari stesen janakuasa hidroelektrik.

Penduduk tempatan berdemo kerana perkampungan mereka akan ditenggelami air dan pihak kerajaan tempatan dikatakan enggan memberi pampasan setimpal untuk kehilangan tanah milik mereka dan tempat tinggal. 

Seramai 51 orang penduduk kampung mula berdemo enam hari lalu di dalam air sedalam paras pinggang. Kini paras air sudah mencecah tahap tengkok peserta demo. Selepas berdemo dan berendam selama ratusan jam kulit peserta demo mula mengelupas dan gatal. Peserta demo hanya keluar dari berendam untuk makan dan bertinja.

Demo ini dikenali sebagai Jal Satyagraha oleh penduduk setempat dan mereka berharap tindakan nekad mereka berendam sehingga hampir lepas akan memaksa pihak kerajaan menghentikan cadangan menaikkan paras air atau akhirnya beralah dengan memberi pampasan yang mereka mahukan.




VIDEO: Pandangan Anak Pada Ibu Bapa Kaki Minum

Posted by Unknown Friday, October 5, 2012 0 comments

Kita sudah biasa melihat iklan-iklan berhenti merokok, iklan hentikan penderaan atau seumpama dengannya di kaca televisyen mahu pun ruangan internet.

Kalau iklan-iklan yang berbentuk untuk mempromosikan barang-barangan, semestinya memang terlalu banyak dikeluarkan.

Cuma, iklan seperti berhenti merokok, hentikan penderaan mahu pun iklan yang memberikan kesedaran kepada orang ramai mungkin ada yang meninggalkan kesan dan mungkin juga tidak.

Di negara Finland, kadar peratus golongan yang kuat minum alkohol dilaporkan semakin meningkat selepas negara itu menurunkan cukai alkohol beberapa tahun yang lepas.

Jadi, kes-kes penderaan terhadap kanak-kanak juga semakin meningkat.

Dalam usaha untuk menangani masalah itu, kerajaan negara itu telah mengeluarkan satu iklan yang mungkin memberikan kesedaran kepada orang ramai terutama sekali golongan ibu bapa.

Dalam iklan yang bertajuk, Fragile Childhood – Monsters, ia memaparkan bagaimana pandangan anak-anak terhadap ibu bapa mereka yang kaki minum.

Untuk golongan kanak-kanak, mereka tidak mengerti dengan perubahan keadaan sekeliling memandangkan umur mereka masih lagi terlalu muda.

Malah, sekiranya ibu bapa mereka merupakan kaki minum dan kaki pukul, pandangan dan tanggapan mereka terhadap penjaga mereka sendiri berubah menjadi takut.

Dengan keadaan seperti itulah sikap dan personaliti kanak-kanak akan mudah berubah menjadi negatif tanpa disedari.

Iklan seperti ini bukan untuk negara Finland sahaja.

Ia juga mungkin sesuai untuk semua negara supaya dapat memberikan kesedaran kepada golongan dewasa akan bahayanya tabiat buruk itu.

6 Perumah Degil

Posted by Unknown 0 comments

Korang pernah dengar tak cerita-cerita pemilik tanah atau rumah yang berdegil tak mahu jual tanah kepada pemaju untuk dibangunkan? Kebanyakkan perumah degil nie menunggu tawaran harga yang lumayan daripada pemaju tapi ada jugak yang sengaja tidak mahu menjual harta pusaka yang dimiliki. 

Kebanyakan cerita yang kita dengar dalam negara kita, perumah yang degil pasti mendapat tawaran harga yang cukup baik tapi bagaimana pulak kalau pemaju juga berdegil tak mahu naikkan harga? Jom kita tengok kemajuan pembinaan apabila secubit tanah tak dapat dibeli.

1. Edith Macefield, Seattle, USA




2. Wu Ping, Chongqing, China




3. Various Farmers, Narita Airport, Jepun




4. Austin Spriggs, Washington DC, USA





5. Various Properties, Changsha, China





6. Cai Zhuxiang dan Zhang Lianhao, Shenzhen, China


(GAMBAR) Kate Middleton Bertudung Di Malaysia

Posted by Unknown Thursday, October 4, 2012 0 comments

Pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton dibawa melawat Masjid Assyakirin di KLCC sebagai sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.


Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah penampilan Kate dalam lawatan mesra itu seperti mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu 20 tahun yang lalu.


Kate tampil memakai gaun berwarna kelabu cair dengan memakai selendang sewaktu masuk ke dalam masjid di bandaraya Kuala Lumpur itu.


Penampilan Kate itu ternyata sama dengan penampilan mendiang Puteri Diana sewaktu ibu mertuanya itu mengadakan lawatan ke sebuah Masjid di Egypt pada tahun 1992.


Kate juga jelas menunjukkan rasa hormat dan sensitiviti umat Islam sama seperti yang ditunjukkan oleh mendiang Puteri Diana.


Jadi, tidak hairanlah media-media Britain seperti Dailymail.co.uk mengatakan, Katemempunyai ciri-ciri seperti mendiang Puteri Diana terutama sewaktu mengenakan tudung di Masjid As-Syakirin itu.