10 Tanda Si Dia TerGila-Gilakan Dengan Anda
Wednesday, June 27, 2012
0
comments
Dia seperti menyukai anda. Berkali-kali anda memergoki dia sedang menatap anda, bahkan ia juga sempat membelikan anda skaf pada musim hujan lalu. Namun, hingga kini ia masih belum menunjukkan tanda-tanda hendak 'menembak'. Jika anda bertanya-tanya apakah seorang lelaki jatuh cinta, bahkan tergila-gila dengan anda, maka ujilah beliau melewati beberapa tanda berikut ini.
1. Dia ada di mana-mana
Entah apabila anda di kantin pejabat, hujung lorong bersama teman-teman, dalam perpustakaan, bahkan di tempat ibadah, dia selalu ada di sana. Jika ia nampak ada di mana-mana, maka boleh jadi ia ingin agar Anda memperhatikan keberadaannya juga. Lemparkan sedikit senyuman, maka itu akan membuat dia makin tergila-gila.
2. Dia ingat semuanya
Hal sekecil apapun yang berlaku atau yang pernah anda sebutkan, ia ingat semua itu. Bahkan hal yang anda lupa pernah mengatakannya pun, seolah terekam jelas dalam ingatannya. Ini tanda kuat bahawa anda adalah penting baginya.
3. Dia terus menatap anda
Entah saat ia sedang bercakap, atau semasa mendengar anda bercakap, bahkan saat sedang sibuk sekalipun, matanya seolah selalu awas menatap dan tak pernah lepas dari anda. Hanya anda yang ada di mata dan hatinya. Jika lain kali anda menangkap basah tatapan matanya, lemparkan senyum. Boleh jadi hal itu akan membuatnya tersenyum balik, atau membuat ia membuang muka kerana malu akibat ketahuan.
4. Dia sering memuji anda
Belum mandi saja sudah dikatakan cantik dan wangi. Meski mungkin tersimpan aneka kata-kata gombal dalam pujiannya, namun jika ia sering membanjiri anda dengan pujian, maka boleh dipastikan hatinya pun sedang kebanjiran cinta untuk anda.
5. Rakan-temannya tahu nama anda
Jika teman-temannya (yang bukan kawan-kawan anda) tahu nama anda, maka hal ini bererti ia sering membicarakan anda dengan mereka. Jika ia sering membicarakan anda, maka dapat dipastikan ia sering memikirkan anda pula.
6. Dia banyak bertanya
Dia ingin tahu pendapat anda tentang Baju barunya, atau apakah anda suka potongan rambutnya yang sekarang. Dia bahkan meminta nasihat anda tentang tawaran pekerjaan terbaru. Jika ia membanjiri anda dengan banyak soalan, dan bukannya cenderung berbicara tentang diri sendiri, maka itu bererti isyarat hijau bahawa ia benar-benar suka pada anda.
7. Dia memberi banyak komen dalam laman rangkaian sosial anda
Facebook atau Twitter anda penuh dengan komentar darinya. Ia bahkan tak takut orang lain mengetahui bahawa ia menyukai anda.
8. Dia mengundang anda dalam pertandingan / acara yang ia ikuti
Jika seorang lelaki menyukai anda, maka ia cenderung ingin pamer kebolehan pada anda. Jika dia seorang pemain bola keranjang, maka ia ingin anda melihatnya saat beraksi. Jika dia anak band, maka ia akan memberikan tiket khusus agar anda boleh menyaksikannya manggung. Berikan teriakan penyemangat dan ia pun siap jadi milik anda.
9. Dia mendekati kawan-kawan anda
Bukan untuk menggoda mereka, melainkan untuk mencari tahu tentang anda dari mereka.
10. Dia mengajak anda dating
Akhirnya setelah semua isyarat di atas, ia pun mulai berani mengajak anda dating. Mungkin ini hanya sekadar jalan berdua di mall dengan alasan mencari hadiah, atau minta ditemani ke tempat kerabat di luar bandar, hingga mengajak anda menemaninya nonton konser. Apapun itu, ini adalah tanda yang paling kuat bahawa hatinya telah memilih anda. Jika dia termasuk pemalu, maka tak ada salahnya anda yang membuka jalan lebih dulu dengan mengajaknya keluar. Jadi, jelas bukan apa yang menjadi tanda bahawa seorang lelaki benar-benar menginginkan anda. Tak usah meneka-neka, kerana lelaki sangat mudah dibaca.
Tabekpuang
0 comments:
Post a Comment