-->

Apa Itu Sujud Tilawah?

Posted by Unknown Thursday, June 28, 2012 0 comments
Ibadah sujud di luar daripada solat ada DUA iaitu Sujud Tilawah dan Sujud Syukur. InsyaAllah pada kesempatan ini marilah kita sama-sama cuba memahami apakah itu sujud tilawah.

Sujud tilawah adalah sunat dan sangat dituntut menurut pendapat jumhur ulama. Sujud tilawah terdiri daripada beberapa perkara seperti istilah, syarat, rukun, dan perkara sunat. Mari kita ulas satu persatu tentang perkara-perkara tersebut.

ISTILAH



Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di luar solat apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca oleh diri-sendiri atau didengar daripada orang lain.

Namun begitu sebarang bentuk rakaman seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun tiada.

Ayat sajadah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat sajdah ini.

Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut. Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan 'sajdah' di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.

SYARAT

Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah :

1. Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita, pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi mashaf uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi quran al-majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut.

2. Suci dari hadas, iaitu menutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x (Subhanallah walhamdulillah walailahaillalah wallahuakbar). Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.

3. Tidak lama masa di antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut dengan sujud tilawah yang hendak kita lakukan itu.

4. Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.

RUKUN

Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tertinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.

1. Niat beserta takbiratul ihram

2. Berdiri atau duduk

3. Sujud sekali

4. Salam pertama


0 comments:

Post a Comment