8 Adab Hari Jumaat Mengikut Sunnah
Thursday, June 28, 2012
0
comments
Hari Jumat adalah hari yang mulia, dan kaum muslimin di seluruh penjuru dunia memuliakannya. Keutamaan yang besar tersebut menuntut umat Islam untuk mempelajari petunjuk Rasulullah S.A.W. dan sahabatnya, bagaimana seharusnya menyambut hari tersebut agar amal kita tidak sia-sia dan mendapatkan pahala dari Allah S.W.T. Berikut ini beberapa adab yang harus diperhatikan bagi setiap muslim yang ingin menghidupkan syariat Nabi S.A.W. pada hari Jumaat.
1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Nabi S.A.W.
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku." Para sahabat berkata : "Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?" Nabi S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya Allah S.W.T. mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”* (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)
2. Mandi Jumaat
Mandi pada hari Jumaat wajib hukumnya bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadits Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda yang artinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”(Shahih HR. Bukhori dan Muslim).
Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat untuk solat Jumaat. Adapun tata cara mandi Jumaat ini seperti halnya mandi janabah biasa (menyiram seluruh anggota tubuh). Rasulullah S.A.W. bersabda yang artinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.” (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)
3. Menggunakan Minyak Wangi
Nabi S.A.W. bersabda : ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khutbah, dia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.” (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)
4. Bersegera Untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumat.” (Shahih HR. Bukhari).
Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat zuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.” (Lihat *Fathul Bari II/388)
5. Solat Sunat Ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Hurairah r.a. menuturkan bahwa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, ”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu dia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian sholat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.” (Shahih HR. Muslim)
6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
"Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah S.A.W. melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.” (Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)
7. Solat Sunat Setelah Solat Jumaat
Rasulullah S.A.W. bersabda yang artinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.”
Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, “Apabila engkau tergesa-gesa karena sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.” (Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)
8. Membaca Surah Al-Kahfi
Nabi S.A.W. bersabda yang artinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.” (HR. Imam Hakim dalam Mustadrok, dan beliau menshahihkannya)
Demikianlah sekelumit etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W. ketika di hari Jumaat. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa di atas sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqamah di atas jalan-Nya.
0 comments:
Post a Comment