-->

10 Cara Meyakinkan Ibu Bapa Untuk Kahwin Muda

Posted by Unknown Saturday, June 30, 2012 0 comments

1. Anda perlulah memiliki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya dibuat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.

2. Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.

3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa jua situasi.

4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi kepada Allah S.W.T.

5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!

6. Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tanggungjawab masing-masing.

7. Tanggungjawab sebagai suami isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri.

8. Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.

9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkan dia kepada mereka.

10. Akhir sekali bincanglah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ini perlulah secara lemah-lembut dan perlahan. Mereka mudah terasa dan sensitif.

Misteriousgrapersz

0 comments:

Post a Comment