Pandan Dan Kecantikan
Thursday, June 28, 2012
0
comments
1. Bagi kegunaan luar, bahagian yang banyak digunakan adalah daunnya. Antara kegunaan daun pandan adalah untuk menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur.Mereka yang mahu menghitamkan rambut dikatakan boleh menggunakan daun pandan bagi membantu proses penghitaman rambut tersebut. Caranya adalah dengan mengambil 7 lembar daun pandan yang kemudiannya dicuci bersih. Setelah daun tersebut dipotong-potong kecil, rebus dengan seliter air hingga warna air berubah menjadi warna hijau. Embunkan air rebusan tadi selama semalaman. Keesokan harinya, campurkan air rebusan daun pandan tadi dengan air perahan 3 biji buah mengkudu masak. Gunakan air campuran ini untuk mencuci rambut. Lakukan 3 kali seminggu sehingga hasilnya kelihatan.
2. Selain itu, dikatakan daun pandan juga mampu menghilangkan masalah kepala berkelemumur. Caranya adalah dengan menggunakan ramuan air perahan daun pandan yang telah digiling halus yang kemudiannya dicampurkan dengan air. Lumurkan air perahan ini ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur. Biarkan ramuan ini kering selama setengah jam sebelum dibilas. Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang. Cara ini juga dikatakan mampu merawat masalah keguguran rambut.
Lain-lain senarai kegunaan daun pandan :
1. Pewangi bedak sejuk
2. Pewangi asli bunga rampai
3. Salah satu daun yang dicampurkan ke dalam air mandian untuk ibu-ibu yang baru melahirkan (dalam pantang).
4. Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur. Insya Allah lipas akan berkurangan.
5. Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda, masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
Walaupun daun pandan mempunyai pelbagai kegunaan, namun untuk tujuan perubatan, dapatkanlah nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
0 comments:
Post a Comment