Perkara Sunat Dan Fadhilat Sujud Tilawah
Thursday, June 28, 2012
0
comments
PERKARA-PERKARA SUNAT SUJUD TILAWAH
1. Angkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram.
2. Bertakbir (Allahu Akbar) ketika turun untuk sujud.
3. Membaca ayat sujud sajdah :
سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
(Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatannya. Maha emberkati Allah, sebaik-baiknya pencipta)
4. Bertakbir ketika bangkit dari sujud.
5. Salam yang kedua.
Terdapat lima belas tempat di dalam Al-Quran yang disunatkan pembaca atau pendengar untuk bersujud. Ayat-ayat Sajdah di dalam Al-Quran, antaranya ialah Surah Al-A’Raaf Ayat 206, Surah Ar-Ra’d Ayat 15, Surah An-Nahl Ayat 50, Surah Al-Israa Ayat 109, Surah Maryam Ayat 58, Surah Al-Hajj Ayat 18, Surah Al-Hajj Ayat 77, Surah Al-Furqaan Ayat 60, Surah An-Naml Ayat 26, Surah As-Sajdah Ayat 15, Surah As-Saad Ayat 24, Surah Fussilat Ayat 38, Surah An-Najm Ayat 62, Surah Al-Insyiqaq Ayat 21 dan Surah Al-Alaq Ayat 19.
FADHILAT SUJUD TILAWAH
1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.) : Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata : celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka.” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.
0 comments:
Post a Comment