-->

Isteri Berciri 7C : Dibenci Sang Suami

Posted by Unknown Saturday, June 30, 2012 1 comments

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )
Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!" Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata. 

2. CABUL

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertu.

3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap.

4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot. Suami d pejabat pula duk nampak y aje. Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi bila kat rumah tak mekap pun.

5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit duk telefon suami kat pejabat. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat dan tak mengira waktu.

7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai ketika menjaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak duk lepak depan tv lagi.

7C ini melambangkan keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi hingga ke peringkat PhD pun, belum tentu tinggi akhlaknya.Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai. Ada masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.

1 comments:

Jujurara said...

mmg 7 ciri tu diantara sifat2 yg lelaki x suke..huhu

Post a Comment