-->
Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

OMG! - Kecoh Atlit Republik Czech Salin Seluar Dalam Di Tengah Stadium [VIDEO]

Posted by Unknown Saturday, October 13, 2012 0 comments
Kecoh di Olimpik Britain sekarang ni, bukan sebab ada artis pecah rekod dunia, tetapi tindakan selamba seorang atlit olahraga Republik Czech di tengah padang.


Eliska Klucinova adalah atlit heptathlon yang sedang menunggu giliran untuk beraksi.

Mungkin kerana malas nak ke bilik persalinan, dia bertindak melurutkan seluar dalamnya untuk diganti dengar seluar yang lain.

Saksikan VIDEO rakaman di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

MALANG! - Diceraikan suami kerana terlalu Cantik

Posted by Unknown Thursday, October 11, 2012 0 comments
Tak cantik susah cantik pon susah , nasib malang seorang gadis di ceraikan suami selepas berkahwin tiga bulan lepas kerana terlalu cantik dan menawan kejadian ini berlaku di Melbourne.


Lelaki yang hanya dikenali sebagai Jason, 28, bertindak demikian akibat terlalu cemburu kerana ramai lelaki yang mengganggu isterinya setiap malam melalui telefon atau datang ke rumahnya.

Sumber : TaoTauAjer

SUBHANALLAH! - Keindahan pemandangan paya di pantai East Anglia seperti OTAK! (7 GAMBAR)

Posted by Unknown Tuesday, October 9, 2012 0 comments
Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga nanti. Menyentuh bab keindahan ini, terdapat satu tempat yang unik dimana menyerupai permukaan yang halus dan unik otak manusia apabila dari pandangan atas udara iaitu paya di pantai East Anglia.


Gambar dari udara kawasan paya air masin di Abbotts Hall Farm, berhampiran Colchester, Essex.

Sumber : TaoTauAjer

8 Petua Cantik dan Menarik

Posted by Unknown Tuesday, September 11, 2012 0 comments

Jadilah Ghaddul Basor (Menundukkan Kepala) Sebagai hiasan Mata, nescaya mata menjadi semakin Jernih.

Sapukanlah 'Lipstik Kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis.

Gunakanlah 'Pemerah Pipi' yang diperbuat daripada rasa Malu iman.

Pakailah 'Sabun Istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan

Rawatlah rambutmu dengan 'Selendang Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.(ni ada kat pasar)

Hiasilah kedua tangan dan jari2 mu dengan gelang Tawaduk dan cincin Ukhuwwah.

Pakailah kamu akan kalung kesucian.

Bedaklah wajahmu dengan 'Air wuduk', Nescaya wajahmu akan bercahaya di Akhirat Kelak.

P/S : Sume barang2 kat atas tu takde kat Pasar Malam, Pasar Tani or Pasar2 kat dunia ni..

    Inilah Wanita Tercantik No 1 Di Cina

    Posted by Anonymous Wednesday, July 4, 2012 0 comments


    Banyak orang kata kecantikan sifatnya relatif. Pendapat ini rupanya tidak dipersetujui media massa China.

    Model bernama Ai Shangzhen disebut-sebut mempunyai kecantikan yang sempurna seantero China. Pendapat ini merujuk kajian terperinci dengan meneliti saiz wajah dan tubuh gadis itu.

    Laman divaasia.com melaporkan, Selasa (15/5), beberapa media infotainment China memetik data tubuh gadis 24 tahun ini. Hasilnya, wajahnya yang simetri dianggap ideal. Tinggi badannya 1.8 meter makin sempurna kerana ditunjang lingkar badan 90-60-90.

    Shangzhen kini menjalani kerjaya sebagai Hos Rancangan televisyen dan pelakon. Perempuan dari Provinsi Chongqing ini sejak dua tahun terakhir malang melintang di industri permodelan Hong Kong.

    Tersangat sempurnanya, banyak pihak menuding Shangzhen menjalani pembedahan plastik. Dia menilai orang yang menuduh demikian harus bertemu orang tuanya. "Para penuding harus melihat kedua-dua orang tua saya supaya tahu keaslian wajah ini," ujar dia.

    Perempuan lulusan Universiti Wuhan ini bahkan malu dengan keadaan tubuhnya. Shangzen mengaku sejak remaja merasa minder kerana mempunyai tubuh yang terlalu tinggi.

    Toh, tuntutan kecantikan sempurna yang disebut-sebut media China tidak terlalu benar. Shangzhen nyatanya cuma jadi juara dua dalam pertandingan kecantikan Miss China pada 2008.

    Tabekpuang

    10 Tanda Si Dia TerGila-Gilakan Dengan Anda

    Posted by Anonymous Wednesday, June 27, 2012 0 comments

    Dia seperti menyukai anda. Berkali-kali anda memergoki dia sedang menatap anda, bahkan ia juga sempat membelikan anda skaf pada musim hujan lalu. Namun, hingga kini ia masih belum menunjukkan tanda-tanda hendak 'menembak'. Jika anda bertanya-tanya apakah seorang lelaki jatuh cinta, bahkan tergila-gila dengan anda, maka ujilah beliau melewati beberapa tanda berikut ini.

    1. Dia ada di mana-mana
    Entah apabila anda di kantin pejabat, hujung lorong bersama teman-teman, dalam perpustakaan, bahkan di tempat ibadah, dia selalu ada di sana. Jika ia nampak ada di mana-mana, maka boleh jadi ia ingin agar Anda memperhatikan keberadaannya juga. Lemparkan sedikit senyuman, maka itu akan membuat dia makin tergila-gila.

    2. Dia ingat semuanya
    Hal sekecil apapun yang berlaku atau yang pernah anda sebutkan, ia ingat semua itu. Bahkan hal yang anda lupa pernah mengatakannya pun, seolah terekam jelas dalam ingatannya. Ini tanda kuat bahawa anda adalah penting baginya.

    3. Dia terus menatap anda
    Entah saat ia sedang bercakap, atau semasa mendengar anda bercakap, bahkan saat sedang sibuk sekalipun, matanya seolah selalu awas menatap dan tak pernah lepas dari anda. Hanya anda yang ada di mata dan hatinya. Jika lain kali anda menangkap basah tatapan matanya, lemparkan senyum. Boleh jadi hal itu akan membuatnya tersenyum balik, atau membuat ia membuang muka kerana malu akibat ketahuan.

    4. Dia sering memuji anda
    Belum mandi saja sudah dikatakan cantik dan wangi. Meski mungkin tersimpan aneka kata-kata gombal dalam pujiannya, namun jika ia sering membanjiri anda dengan pujian, maka boleh dipastikan hatinya pun sedang kebanjiran cinta untuk anda.

    5. Rakan-temannya tahu nama anda
    Jika teman-temannya (yang bukan kawan-kawan anda) tahu nama anda, maka hal ini bererti ia sering membicarakan anda dengan mereka. Jika ia sering membicarakan anda, maka dapat dipastikan ia sering memikirkan anda pula.

    6. Dia banyak bertanya
    Dia ingin tahu pendapat anda tentang Baju barunya, atau apakah anda suka potongan rambutnya yang sekarang. Dia bahkan meminta nasihat anda tentang tawaran pekerjaan terbaru. Jika ia membanjiri anda dengan banyak soalan, dan bukannya cenderung berbicara tentang diri sendiri, maka itu bererti isyarat hijau bahawa ia benar-benar suka pada anda.

    7. Dia memberi banyak komen dalam laman rangkaian sosial anda
    Facebook atau Twitter anda penuh dengan komentar darinya. Ia bahkan tak takut orang lain mengetahui bahawa ia menyukai anda.

    8. Dia mengundang anda dalam pertandingan / acara yang ia ikuti
    Jika seorang lelaki menyukai anda, maka ia cenderung ingin pamer kebolehan pada anda. Jika dia seorang pemain bola keranjang, maka ia ingin anda melihatnya saat beraksi. Jika dia anak band, maka ia akan memberikan tiket khusus agar anda boleh menyaksikannya manggung. Berikan teriakan penyemangat dan ia pun siap jadi milik anda.

    9. Dia mendekati kawan-kawan anda
    Bukan untuk menggoda mereka, melainkan untuk mencari tahu tentang anda dari mereka.

    10. Dia mengajak anda dating
    Akhirnya setelah semua isyarat di atas, ia pun mulai berani mengajak anda dating. Mungkin ini hanya sekadar jalan berdua di mall dengan alasan mencari hadiah, atau minta ditemani ke tempat kerabat di luar bandar, hingga mengajak anda menemaninya nonton konser. Apapun itu, ini adalah tanda yang paling kuat bahawa hatinya telah memilih anda. Jika dia termasuk pemalu, maka tak ada salahnya anda yang membuka jalan lebih dulu dengan mengajaknya keluar. Jadi, jelas bukan apa yang menjadi tanda bahawa seorang lelaki benar-benar menginginkan anda. Tak usah meneka-neka, kerana lelaki sangat mudah dibaca.

    Tabekpuang