Rahsia Pergerakan Dalam Solat
Wednesday, June 27, 2012
0
comments
Semakin hari, semakin berkurang jemaah di masjid dan surau. Kenapa ini terjadi? Mungkin kerana sifat malas atau kepenatan atau terlalu banyak makan masa berbuka. Tapi adakah mereka tahu rahsia disebalik solat itu? Adakah solat itu meletihkan seseorang? Adakah mereka tahu setiap pergerakkan yang dilakukan ada rahsia-rahsianya? Disini saya mengungkap rahsia-rahsia yang diperolehi daripada solat.
A. Berdiri betul dan takbir.
Perbuatan berdiri dan takbir dalam solat memberi faedah kerehatan kepada otot-otot atas dan bawah belakang dan kedua-dua kaki, kerana berdiri meluruskan tulang belakang dan kaki dan kedua-dua tidak membengkok atau terhimpit, ini memudahkan kelancaran peredaran darah dan urat saraf berada di posisi asal.
Sementara tumpuan mata pada tempat sujud menarik tumpuan otak atas dan bawah bersatu dalam satu pusat konsentrasi dan membebaskan akal dari sebarang ingatan, menjadikan ia rehat dan tenang. Ini merupakan latihan untuk membina kesihatan zahir dan batin seseorang.
B. Rukuk dan Iktidal
Rukuk pula merenggang sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Ketika itu darah pula dipamkan ke atas badan. Kesan daripada pergerakan ini, melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Kesan jangka panjangnya akan mensejahtera dan mengharmonikan jiwa.
Perbuatan berdiri iktidal (bangun dari rukuk) dan berhenti sejenak memberi peranan kepada darah yang baru bergerak itu masuk ke dalam saluran urat asalnya. Lalu badan mendapat balik kerehatan dan menghilangkan ketegangan (release tension).
C. Sujud dan duduk antara dua sujud
Sujud pula membina otot perut dengan sempurna dan mengelakkan perut buncit. Menambah dan melancarkan aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya daerah kepala, termasuk mata, telinga, hidung dan paru-paru, membersihkan pernafasan dan sistem urat saraf, mengeluarkan mentol toksin dari badan oleh aliran darah itu daripada organ-organ berkenaan.
Sujud kedua pula mengimbangkan sistem saraf dan menyempurnakan pengoksidanan seluruh badan. Kesannya memberi keringanan kepada badan dan emosi. kesan lain daripada sujud terhadap kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan ialah mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan(elasticity) sendi-sendi. Bagi wanita yang mengandung pula, sujud dapat membetulkan kedudukan janin di posisi yang sempurna. Kesan sujud dari segi kerohanian pula ialah menghapuskan ego, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah, meninggikan ruh dan memantapkan tenaga jiwa. Lantaran itu Nabi S.A.W. menganjurkan agar lama dalam bersujud.
Perbuatan duduk diantara dua sujud pula, bila tumit kanan melentur dan dihimpit pula oleh tekanan berat kaki dan badan, membantu mengeluarkan keracunana (toksin) dari organ hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar.
Sementara bagi kaum wanita pula mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas, kesannya akan memberikan keselesaan dan kerehatan yang selesa. Gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke arah bawah, memberi kelawasan kepada pembuangan najis dan mengelakkan sembelit.
D. Kesan bacaan dalam solat pada kesihatan.
Sementara bagi kaum wanita pula mereka membiarkan badan mereka berada di atas kedua kaki yang bertapak tegak ke atas, kesannya akan memberikan keselesaan dan kerehatan yang selesa. Gerakan ini memberi kesan penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke arah bawah, memberi kelawasan kepada pembuangan najis dan mengelakkan sembelit.
D. Kesan bacaan dalam solat pada kesihatan.
Selain rukun perbuatan (rukun fi’li) dalam solat, gerakan rukun bacaan (rukun qauli) juga memberi kesan merangsangkan hati, kelenjar tiroid (leher dan halkum), kelenjar pineal, kelenjar pitunitari, kelenjar adrenal dan paru-paru serta meningkatkan fungsi semua anggota zahir dan batin.
E. Kesan rukun tertib.
E. Kesan rukun tertib.
Tertib ialah kesinambungan antara suatu rukun dengan rukun yang lain wajib ada susunan yang teratur tanpa boleh didahulukan atau dikemudiankan mana-mana yang telah ditetapkan. bermula dari takbir hinggalah kepada salam. Rukun ini ialah sebagai latihan kepada jiwa kita agar peka dengan disiplin dalam hidup. Orang yang telah biasa mematuhi disiplin dalam solat dengan sepenuh hati, ia mudah untuk mendisiplinkan dirinya ketika berhadapan dengan disiplin hidup, khususnya yang telah diaturkan oleh syariat Allah.
0 comments:
Post a Comment