-->
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Rahsia di sebalik Solat

Posted by Unknown Monday, October 15, 2012 0 comments

Solat lima waktu adalah antara kefardhuan dalam kalangan umat Muhammad SAW yang telah ditetapkan waktu-waktunya. Solat sudah wujud sekian lama semenjak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu sedangkan fadhilatnya teramatlah besar.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 yang menerangkan fungsi solat itu sendiri adalah untuk mengingati Allah SWT.

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."(Toha;14)

Begitu juga antara ciri orang beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya; sedangkan perbuatan sebegitu memenuhi aspek hablun minAllah. Manakala mereka yang tetap memelihara solatnya akan memenuhi aspek hablun minannas, yang dengan cara sedemikian maka mereka dikenali sebagai orang beriman. Solat juga penting sebagai aspek penyatuan, terutamanya solat berjemaah yang menjadi antara sumber perpaduan umat.

Begitu juga pada sudut rohaninya, bersolat mampu memberikan ketenangan kepada pelakunya, menjadi medan penyerahan diri dan pengaduan kepada Yang Maha Mendengar. Hakikatnya mengingati Allah itu memberi ketenangan kepada hati manusia; yang memberi kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Melalui sudut pandang kesihatan secara ringkasnya pula, mereka yang bersolat lima waktu setiap hari telah melakukan senaman berbanding mereka yang tidak.

Melalui cara ini tubuh badan dilatih melakukan pergerakan yang telah disyariatkan, sedangkan pelbagai hikmah tersembunyi disebaliknya.

--- SOLAT ITU TIANG AGAMA ----

Semoga bermanfaat,

Gempar! Lambang Kalimah Allah Di Puntung Rokok Luar Negara Dijumpai di Kuala Berang Terengganu

Posted by Unknown Tuesday, October 9, 2012 0 comments
 

Lambang menyerupai kalimah ALLAH SWT yang terdapat pada puntung rokok yang dijumpai dalam bekas habuk rokok seorang lelaki di rumahnya mengejutkan banyak pihak termasuk kawan sepejabatnya.

Junaidi Jusoh, 25, yang berasa hairan dengan penemuan itu curiga dengan lambang yang terdapat pada puntung rokok berkenaan yang dianggapnya sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Lambang yang tercetak pada puntung rokok dipercayai rokok dari luar negara ini mungkin perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu perlekehkan kalimah berkenaan.

“Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.


“Pada mulanya saya terkejut dengan penemuan ini dan berfikir kenapa ada pihak yang sanggup mencipta lambang yang menyerupai kalimah ALLAH SWT sedangkan ia tidak harus berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakitangan daripada jabatan itu tampil serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.

“Menurut perbincangan saya dan kakitangan itu, mereka memberitahu rokok ini memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai,” katanya.

Junaidi yang berasal daripada Kampung Bukit Kolam berkata, lambang puntung rokok seperti itu memang menimbulkan syak baginya dan begitu juga rakan lain yang turut melihatnya.

“Walaupun tidak menye­rupai sepenuhnya, tetapi apabila seakan-akan kalimah ALLAH SWT, lambang berkenaan tidak harus diletakkan pada rokok kerana selepas dihisap ia akan dibuang dan berisiko untuk dipijak dan sebagainya. “Saya harap pihak berkenaan pantau isu sebegini kerana percaya semua itu ada muslihat tertentu,” katanya.

Yang menjadi persoalannya, MEROKOK itu kan HARAM seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Ulama Dunia. Tetap kenapa masih ramai lagi yang merokok? Kenapa dan kenapa? Tepuk dada tanya selera.

Sumber : BeritaCeritaDunia

Taat pada penguasa ada batasnya

Posted by Unknown Thursday, October 4, 2012 0 comments

Pada Sabtu ini, saya Insya-Allah akan membentangkan kertas dalam Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak.

Tajuk yang diberikan kepada saya ialah "Mentaati Pemerintah: Antara Literal dan Maqasid".

Oleh kerana penyertaan ke konvensyen itu terhad, maka saya ingin berkongsi sedikit di ruangan yang terhad ini mengenai tajuk tersebut.

Mentaati pemerintah ini termasuk dalam fikah siasah iaitu fikah Islam yang berkaitan dengan imarah, imamah ataupun kepimpinan dalam Islam.

Perbezaan pandangan dalam hal ini, bukanlah masalah akidah. Saya sebutkan ini kerana ada golongan muda agama politik tertentu yang menganggap isu ini isu akidah.

Dalam erti kata lain, sesiapa yang tidak taat kepada kerajaan bererti rosak akidahnya. Ini tidak tepat. Al-Imam Ibn ‘Ashur ketika menyebut tentang sebab-sebab perpecahan:

"Kelima: memasukkan ke dalam tauhid perkara-perkara yang bukan daripadanya. Tujuan untuk membesarkannya pada mata orang awam seperti masalah khilafiyyah, tentang keluar menentang penguasa, mengenai mengikut salah satu imam mazhab yang empat...." (Muhammad Tahir ibn ‘Asyur, Alaisa al-Subh bi Qarib, 186. Tunisia: Dar Suhnun)

Walaupun tujuan mereka mungkin untuk menghalang fitnah yang mereka jangka, tetapi memasukkan bab-bab itu ke dalam tauhid adalah tidak benar.

Ia akan membawa kekecohan bawa iaitu kafir-mengkafir, ataupun sesat menyesat kerana politik.

Hal yang sama berlaku kepada golongan yang menjadikan penyertaan kepada parti politik mereka termasuk dalam isu akidah, lantas mereka mengkafirkan ataupun memandang sesat sesiapa yang tidak menyokong parti tertentu.

Sejarah hitam kafir mengkafir di Malaysia adalah hasil dari nas-nas agama ditafsirkan menurut kehendak politik kepartian.

Rukun kedamaian

Mentaati ulil amri ataupun penguasa adalah rukun dalam penegakanmaslahah siasiyah (kemaslahatan politik).

Mustahil dapat diwujud satu kerajaan yang aman dan kuat yang melaksanakan kemaslahan rakyat tanpa ketaatan daripada rakyat itu sendiri.

Ini seperti mana mustahil dapat ditegakkan keamanan tanpa keadilan daripada pemerintah yang menguruskan kehidupan negara dan rakyat.

Allah menegaskan dalam al-Quran, Surah al-Nisa' ayat 58-59 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.

"Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

"Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan al-Rasul (sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya."

Ayat perintah ketaatan datang selepas penegasan Allah tentang tanggungjawab memilih pemimpin dan orang yang layak untuk memegang amanah, kemudian pemimpin pula berhukum dengan adil.

Apabila dua tanggungjawab utama itu dilaksanakan, mana datangnya penegasan tanggungjawab ketaatan.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebut petikan ucapan yang disandarkan kepada Ali bin Abi Talib:

"Tanggungjawab pemerintah ialah berhukum dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila dia melakukan yang demikian, wajib ke atas muslimin untuk mentaatinya kerana Allah memerintahkan kita menunaikan amanah dan adil, kemudian memerintah agar mentaati pemerintah". (Al-Qurtubi: Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad, al-Jami' li Ahkam al-Quran, 5/359. Beirut: Dar al-Fikr)

Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) menyebut dalam kitab Fath al-Bari:

"Antara jawaban yang menarik, ungkapan kalangan tabiin kepada para pemerintah Bani Umayyah apabila ada yang berkata: Tidakkah Allah memerintahkan kamu untuk taat kepada kami dalam firman-Nya ‘dan Ulil Amri dari kalangan kamu'.

"Maka dijawab: 'Tidakkah kewajiban taat itu telah dicabut (dibatalkan) apabila kamu menyanggahi kebenaran dengan firman-Nya ‘jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan ar-Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah. (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari 15/4. Beirut: Dar al-Fikr).

Dalam Tafsir al-Nasafi disebut dialog ini antara tokoh tabiin yang terkenal Abu Hazim dengan Maslamah bin ‘Abd al-Malik bin Marwan.(Jilid 1/232. Beirut: Dar al-Fikr)

Ini kerana, apabila pemerintahan menyanggahi kebenaran, maka hilanglah kemaslahatan siasah yang menjadi kewajibannya untuk dia tegakkan.

Maka, ketika itu penilaian terhadap arahan pemerintah hendaklah dirujuk kepada asas-asas ajaran Allah dan rasul-Nya.

Tidak mutlak

Maka, ketaatan kepada para pemerintah ada batasannya. Hak untuk mereka ditaati tidak sama dengan ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya. Ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya adalah mutlak.

Allah dan rasul tidak boleh dibantah. Dalam masa yang sama kita tahu segala arahan yang bersifat syariat yang datang dari keduanya adalah untuk kemaslahatan manusia.

Hal ini tidak sama dengan para pemerintah. Ketaatan kepada mereka tidak mutlak. Mereka sentiasa terdedah kepada kepentingan diri seperti mana manusia lain, maka bukan semestinya semua yang datang dari mereka itu untuk maslahat rakyat dan negara.

Kemungkinan arahan mereka membawa kerosakan bukan kemaslahatan, yang mana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

Untuk itu jika kita melihat firman Allah dalam hal ini, Allah menyebut yang bermaksud:
"Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan al-Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya."

Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menukilkan kata-kata al-Tibi:

"Berkata al-Tibi: Allah mengulangi arahan dalam firman-Nya ‘taatilah Rasul' sebagai isyarat bahawa kemutlakan Rasul itu dalam ketaatan. Dia tidak mengulanginya pada ulil amr sebagai isyarat terdapat dalam kalangan mereka (ulil amri) yang tidak wajib ditaati.

"Kemudian Allah terangkan perkara itu dengan firman-Nya ‘jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu...' seakan dikatakan jika mereka tidak beramal dengan kebenaran maka kamu jangan taat dan kembalikan apa yang kamu selisihkan mengenainya kepada hukum Allah dan Rasul-nya". (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari 15/4)

Taat dalam perkara ijtihadi

Tidak dinafikan kadang-kala ada tindakan pemerintah yang tidak dipersetujui oleh rakyat bawahan sedangkan tindakan itu tidak mungkar.

Maka sekiranya tindakan itu tidak menyanggahi syarak, tidak membawa mafsadah (kerosakan) yang nyata ataupun bukan satu kezaliman, maka ia termasuk dalam batas-batas ijtihad pemerintah yang diizinkan syarak, dan rakyat mesti taat.

Ini kerana jika setiap orang mahu bertindak mengikut ijtihad sendiri dalam perkara yang membabitkan kepentingan awam, tentu rosak keadaan negara dan musnah kemaslahatan awam.

Dalam keadaan seperti ini, ijtihad rakyat hendaklah akur kepada bidang kuasa pemerintah dalam perkara yang membabitkan pengurusan kemaslahatan awam.

Daripada ‘Abd Allah bin ‘Umar RA, daripada Nabi SAW, sabda baginda:

"Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas dengan jelas mewajibkan setiap muslim mentaati para pemerintah dalam apa jua perkara, selagi tidak berbentuk maksiat kepada Allah.

Bahkan dalam hadis di atas baginda Nabi SAW menegaskan bahawa ketaatan kepada para pemerintah merangkumi perkara yang disukai atau dibenci selagi ia tidak menyanggahi Allah.

Kata al-Nawawi (wafat 676H) dalam mensyarahkan hadith berkenaan:

"Maksudnya, wajib mentaati para pemerintah dalam perkara yang susah, yang tidak disukai oleh jiwa dan selainnya dalam perkara yang tidak maksiat". (Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/537, Beirut: Dar al-Khair).

Dengan itu, jika pandangan kita berbeza dengan pandangan pemerintah sedangkan pandangan pemerintah itu bersifat ijtihadiyyah yang tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah secara jelas, juga kemaslahatan awam secara nyata, maka kita diamkan diri dan serahkan urusan tersebut kepadanya.

Ini tidak menghalang kita memberikan pandangan kita melalui saluran yang disediakan.

Membezakan

Maka, rakyat hendaklah membezakan antara perkara mungkar, zalim dan mafsadah (merosakkan) dengan ijtihad pemerintah yang mungkin tidak disukai oleh sesetengah pihak tetapi ia tidak mungkar, tidak zalim dan tidak merosakkan kepentingan awam.

Maka bahagian yang kedua termasuk dalam ijtihad pemerintah yang wajib ditaati oleh seorang muslim sekalipun dia tidak menyukainya.

Namun, jika ia mungkar, kezaliman dan kerosakan yang nyata, maka ia tidak ditaati.

Jom Siksa Iblis

Posted by Unknown 0 comments

Suatu ketika Rasulullah SAW bertemu dengan iblis. Kemudian Baginda mengajukan beberapa pertanyaan tentang perkara-perkara apa saja yang dapat membuat makhluk yang dilaknat itu tersiksa. Berikut di bawah amalan-amalan yang dapat membuat iblis tersiksa tersebut :

1. Iblis Panas Dingin dan Gementar Semasa Seorang Hamba Melakukan Solat.
Nabi Muhammad SAW bertanya, “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”

Iblis menjawab, “ Panas Dingin dan Gementar”. Kemudian Baginda Rasulullah menanyakan mengapa.

Iblis pun menjawab, “kerana setiap seorang hamba Bersujud Sekali kepada Allah, maka Allah Mengangkatnya Satu Darjat.”

2. Tubuh Iblis Terikat Tubuhnya Saat Seorang Hamba Melakukan Puasa.
Baginda Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa?”

Iblis pun menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”

3. Iblis Seperti Orang Gila Saat Seorang Hamba Menunaikan Ibadah Haji.
Kumudian Rasulullah bertanya lagi, “Jika seorang umatku menunaikan haji?”

Iblis menjawab, “Aku seperti orang gila.”

4. Iblis Merasa Meleleh Saat Seorang Hamba Membaca Al-Qur’an.
Rasulullah bertanya lagi, “Bagaimana jika ia membaca Al-Qur’an?”

Iblis pun menjawab, “Aku merasa meleleh bagai timah diatas api.”

5. Tubuh Iblis Terbelah Saat Seorang Hamba Bersedekah.
Rasulullah bertanya kepada iblis, “Jika ia bersedekah?”

Iblis jawab, “Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”. Lalu kemudian Rasulullah bertanya mengapa.

Iblis jawab, “kerana di dalam sedekah terdapat 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkatan dalam hartanya, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka, segala macam musibah akan terhalau dari dirinya, dan hidupnya disukai”

6. Pinggang Iblis Patah Semasa Seorang Hamba Berperang di Jalan Allah.
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”

Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah”

7. Hati Iblis Terbakar Ketika Seorang Hamba Beristighfar.
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat membakar hatimu?”

Iblis menjawab, “Istighfar di waktu siang dan malam.”

8. Wajah Iblis Tercoreng Saat Seorang Hamba Bersedekah Diam-Diam.
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”

Iblis menjawab, “Sedekah yang diam – diam.”

9. Mata Iblis Tertusuk Saat Hamba Melakukan Solat Fajar.
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat menusuk matamu?”

Iblis menjawab, “Solat fajar.”

10. Kepala Iblis Terpukul Semasa Kaum Muslim Solat Berjemaah.
Rasulullah bertanya, “Apa yang dapat memukul kepalamu?”

Iblis menjawab, “Solat berjemaah.”

11. Iblis Terganggu dengan Adanya Ulama.
Rasulullah bertanya, “Apa yang paling mengganggumu?”

Iblis menjawab, “Majlis para ulama.”

Demikian lah amalan-amalan yang dapat menyiksa iblis. Apalagi, Jom belasah dia!

Sumber : BeritaCeritaDunia

“Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung”- Noorkumalasari

Posted by Unknown Monday, October 1, 2012 0 comments

Profesion saya sekarang ialah pengurus rumah tangga. Dahulunya saya penghibur, artis, penyanyi, bintang filem, pelakon drama televisyen dan peragawati. Saya bersekolah di Singapura kemudian di Happy Garden, Petaling Jaya sehingga Tingkatan Lima aliran Perdagangan.

Saya mula berhijab pada usia 40 tahun. Bagi saya kehidupan sebenarnya bermula pada usia 40 tahun. Saya sentiasa bertudung walaupun di dapur! Inilah yang sebenarnya, bukan lakonan lagi. Sungguh menakjubkan bagaimana kita dapat ketenangan hanya dengan mematuhi perintah Tuhan. Tidak perlu berdalih-dalih lagi. 

Faktor yang mempengaruhi keputusan saya supaya bertudung ialah sebuah hadis yang mengatakan bagi setiap helai rambut yang terdedah kita akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka. Walaupun saya maklum ini hadis daif tapi ia menjadi perangsang kepada saya. Pastinya sumber yang pertama ialah daripada ayat 31 Surah An-Nur yang diterangkan oleh suami saya. Memandangkan ini perintah Tuhan, siapalah kita hendak menyangkalnya.

Suami saya menasihatkan saya supaya menetapkan tarikh untuk mula bertudung. Katanya, “Awak tentukan bila, tapi pohonlah kepada Tuhan semoga dipanjangkan usia sehingga tarikh itu.” Saya memilih saat pulang daripada mengerjakan haji tahun 1997. Saya bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan kesihatan bagi saya mengerjakan umrah pada tahun 1994 dan seterusnya haji di mana saya terpaksa meninggalkan anak keempat saya yang berusia 6 bulan. Pada masa itu, semuanya berlaku dengan pantas, ayah saya telah meninggal dunia di Mekah pada tahun sebelumnya

Oleh kerana saya dikenali sebagai seorang yang sentiasa bergaya dan seorang artis yang sentiasa berani mencuba gaya baru, tidak ramai yang mengendahkan perubahan itu. Lagipun kami mula kurang menghadiri majlis-majlis, tidak seperti sebelumnya. Jadi tidak ramai yang sedar perubahan ini. Saya jauhi publisiti. Saya telah jalani kehidupan penuh glamour dahulu, cukuplah. Tidak perlu lagi kita mengulangi cara hidup seperti itu lagi. 

Ada juga yang menganggap perubahan itu disebabkan kami baru balik daripada umrah dan itulah alasannya. Keputusan saya bertudung menerima maklum balas yang negatif, kecuali daripada suami saya. Semua yang lain menganggap saya dipaksa oleh suami saya. Jauh sama sekali! Cara suami saya mengajar saya mengenai Islam membuat saya bertambah-tambah cinta kepada Tuhan. Jika dia memaksa saya membuat sesuatu, mungkin saya akan buat juga tetapi perasaan cinta tentu tidak ada. Sampai setahun jugalah sebelum mereka itu berhenti daripada bertanya saya, “Awak tidak ho’ah?”

Bukan sahaja saya bertudung malah saya rasa saya perlu berpakaian seperti yang dituntut Tuhan. Bajunya mestilah longgar, daripada kain berwarna suram dan tidak jarang, akhirnya muncullah fesyen yang menjadi identity saya – jubah hitam dengan tudung hitam lebar seperti yang dipakai wanita Arab. Kadangkala saya menambah lagi dengan mengenakan abaya pula. Mestilah berani untuk menjadi lain daripada yang lain. Memang dari dulu lagi saya terkenal dengan selalu berpakaian hitam. Jadi saya lakukan semua ini kerana Tuhan, di samping gembira melakukannya.

Salah satu kelebihan berpakaian begini ialah saya sentiasa siap sedia untuk ke masjid. Di mana saja saya berada, apabila terdengar seruan azan, saya terus ke masjid terdekat dan bersembahyang walaupun tidak membawa telekung. Ianya mudah sehinggakan sekarang ini saya sentiasa berwuduk.

Ada juga mereka yang ikhlas yang sukakan penampilan saya sekarang, peminat saya akan datang memeluk saya apabila ternampak saya di tempat awam. Tentulah ini tidak akan berlaku jika saya tidak berubah. Seorang ahli perniagaan memberitahu suami saya, dia merasa terharu apabila saya berkata di televisyen, “Mujurlah Tuhan tidak mencabut nyawa saya semasa saya di kemuncak karier sebagai artis.” Sesetangah rakan selebriti juga ada yang minta saya doakan supaya mereka juga berubah seperti saya suatu hari nanti. Insya Allah, bukan sahaja saya mendoakan mereka, saya juga menangis untuk mereka. Tidak ramai yang tahu impian-impian mereka ini. Di hati mereka, mereka juga insan yang baik.

Saya tidak menerima reaksi negatif daripada yang bukan Islam kerana mereka menghormati agama kita sebagaimana kita menghormati sami-sami Budha yang memakai jubah kuning dalam mencari kesucian. Tidak pula begitu halnya dengan reaksi daripada semua Muslimah kita. Sesetengahnya suka menganggap mereka lebih baik daripada yang lain. Saya tidak memandang rendah kepada mereka. Saya hanya kasihan kepada mereka dan berharap Tuhan akan memberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka supaya mereka sedar apa yang terlepas.

Saya tidak merasa kurang diterima oleh masyarakat umum berbanding wanita yang tidak bertudung. Saya boleh ke mana sahaja dengan bertudung. Tetapi mungkin juga kerana mereka mengenali saya lalu memberikan layanan yang baik. Tetapi sebenarnya personaliti di sebalik tudung itulah yang ‘berinteraksi’ dengan manusia. Tidak ada sesiapa yang menekan saya supaya bertudung, ia datang daripada desakan hati saya sendiri, bukannya tekanan luaran. Sebaliknya saya ada menerima tekanan supaya tidak bertudung, iaitu daripada pengeluar filem dan adik- beradik perempuan saya.

Jenis pakaian pilihan saya ialah jubah hitam seperti wanita Arab. Sebelum ke Mekah saya tidak sukakan tudung. Waktu itu saya anggap cara wanita kita bertudung nampak tidak menarik. Saya tidak ingin langsung untuk bertudung. Kita mestilah selesa dengan pakaian kita, barulah timbul keyakinan diri.

Saya tidak pernah menerima apa-apa ajaran mengenai tudung daripada keluarga, sekolah dan masyarakat. Tidak ada, baik di sekolah mahupun daripada keluarga. Tidak terlintas langsung apa yang kami lakukan itu salah. Aneh, bukan? Dulu ahli keluarga saya tidak bertudung, sekarang ini ibu saya dan seorang saudara perempuan yang kadang-kadang pakai kadang-kadang tidak. Dalam keluarga betul saya yang satu ibu dan satu bapa, hanya saya seorang sahaja anak perempuan, alhamdulillah. Apabila saya mula bertudung, saya berasa malu dan rendah diri, kedua-duanya sifat mulia dalam Islam.

Akibat keputusan saya bertudung tidak ada sesiapa yang mahu menawarkan saya kontrak berlakon melainkan saya buka tudung ‘hanya di depan kamera’. Saya dapat menolaknya kerana Tuhan. Tudung memberikan kesan yang besar dalam kehidupan seharian saya di rumah, di tempat kerja dan persekitaran. Ia menjadi sebahagian daripada diri saya, seperti kulit kedua. Ia sesuai dengan hajat saya untuk membersihkan hati daripada segala penyakit. 

Saya rasakan Tuhan sangat dekat daripada petunjuk-petunjuknya dan saya tidak ingin kehilangannya. Orang ramai memberikan komen mengenai tudung saya, mereka ingin tahu bagaimana saya mengikat tudung tanpa menggunakan pin. Yang muda kata, “Awak kelihatan bergaya,” yang tua kata, “Alhamdulillah” dan orang Arab ingat saya orang Arab! Saya masih mendapat perhatian, di mana mereka mahukan autograf saya.

Saya tidak merasakan perbezaan layanan pada diri saya kerana hijab, kecuali pernah dalam satu majlis, seorang lelaki Saudi nampaknya tidak selesa dengan penampilan saya kerana ia mengingatkan beliau yang dia tidak sepatutnya berada di dalam suatu majlis dengan orang-orang yang ajnabi. Ada beberapa wanita yang tidak bertudung dan beliau mulanya biasa sahaja sehinggalah saya memasuki majlis itu. Jadi, ini membuktikan yang orang lelaki akan menjaga tingkah laku mereka di hadapan wanita yang bertudung. Bagi saya tudung itu melambangkan kesucian dan kekasih Tuhan.

Apa yang saya mahu orang ramai fikirkan apabila melihat saya bertudung, hendaknya mereka melihat makhluk ciptaan Yang Maha Esa, walaupun ada yang melihat saya sebagai orang yang fanatik. Oleh kerana dulunya saya tidak bertudung, pada hari ini, saya lebih toleran kepada wanita yang tidak bertudung. Lagipun kita seharusnya mendoakan yang baik buat mereka dan tidak buruk sangka.

Bagi saya, tudung bukanlah cara kaum lelaki mengawal wanita daripada segi pergerakan dan keseksualan mereka, bahkan sebaliknya, ramai lelaki yang melarang isteri mereka daripada bertudung. Saya kasihan kepada wanita yang mendapat kesedaran lebih awal daripada suami mereka. Daripada segi keseksualan, lagi banyak sesuatu itu ditutup maka lagilah minat ingin tahu terhadapnya. Tetapi biasanya kaum lelaki tidak berani memandang wanita yang bertudung dengan cara kurang ajar kerana mereka tahu perbuatan itu memalukan kita dan bukannya disebabkan mereka tidak ingin lihat.

Dengan bertudung saya tidak merasa kurang kebebasan berbanding mereka yang tidak bertudung. Jika saya seorang pelari pecut 100 meter mungkin saya ingin berlawan dengan kaum lelaki. Tetapi saya bukan seperti itu. Saya merasa bebas hanya apabila saya dapat memenuhi semua tuntutan Tuhan. Saya tidak setuju dengan pendapat Fatima Mernissi, feminis Maghribi, yang mengatakan dengan bertudung bererti kaum wanita tidak seharusnya banyak keluar rumah.

Pada zaman Nabi Muhammad, kaum wanita bebas ke mana-mana dengan izin suami mereka. Kenyataan wanita pada zaman itu diminta supaya bertudung menunjukkan mereka bebas keluar rumah. Kaum wanita boleh keluar rumah jika ada mahram menemaninya, jika beliau pergi bekerja tanpa ditemani mahram, beliau tidak mengikut sunnah. Jika dia berdosa maka dia mestilah meminta ampun. Kaum lelaki pun melakukan dosa setiap hati. Para Orientalis suka mencemarkan pandangan terhadap Islam sehingga menjadi tidak menarik kepada kaum wanita.

Kalaulah mereka tahu hanya wanita yang bebas (merdeka) dan dihormati yang diminta bertudung sebagai tanda yang membezakan mereka daripada hamba-hamba (zaman dululah, zaman sekarang tiada hamba lagi, semua dah merdeheka). Sebenarnya tudung untuk menutup tubuh adalah suatu penghormatan. Wallahua’lam.

Sumber : BeritaCeritaDunia

CARA - CARA MANDI WAJIB YANG BETUL DAN SAH

Posted by Unknown Monday, September 3, 2012 0 comments

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.“Akibatnya,mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.

Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.

Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain."[Hadith Riwayat Muslim].

10 PERMINTAAN SYAITAN!

Posted by Unknown Sunday, September 2, 2012 0 comments

Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa saja?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?

Syaitan : 10 macam

Nabi muhammad : Apa saja?

Syaitan :

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!

Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :

“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)

“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:

“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.

Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu

Posted by Admin Friday, August 10, 2012 1 comments

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincangan itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

Mohammad Fitri Abdullah

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.


"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dari Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Wallahu'alam....

Misteriousgrapersz  

Berjaya Dari Perspektif Agama

Posted by Admin Saturday, August 4, 2012 0 comments

Kejayaan dari kaca mata agama pula adalah apakah korang akan berbahagia di akhirat kelak. Kebahagian di dunia bukanlah jaminan bahawa korang akan berbahagia juga nanti. Semua perbuatan baik dan buruk di dunia akan diberikan balasan. Dunia adalah tempat mencari bekalan sebagai persediaan menempuh alam sana. Namun kita tak dilarang daripada mencari kejayaan dan juga kekayaan, asalkan kejayaan dan kekayaan itu juga digunakan ke jalan Allah.

Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, “Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebab itu para sufi tak nak mengambil dunia secara berlebihan. Mereka mengambil sekadar keperluan kerana pada mereka dunia adalah persinggahan.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya dia mahu yang kedua dan sekiranya dia mempunyai dua lembah nescaya dia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad)


Cintailah Allah sebagai keutamaanmu,

kemudian cintailah Nabi berikutnya ,

ibu ayah selepas itu, ilmu sebagai

kecintaanmu yang keempat dan

kelima dirimu sendiri.

Korang melihat orang yang beruntung

itu sebagai beruntung tetapi apakah

korang tahu masalah2 yang sedang dihadapinya?

Jika korang nak tahu, berdampinganlah

dengan mereka, korang akan tahu

betapa lebih beruntungnya korang.

Misteriousgrapersz  

Adab Semasa Makan

Posted by Admin Thursday, August 2, 2012 0 comments

MAKAN dalam keadaan duduk dan menggunakan tangan kanan. Rata-rata kita sebagai orang Melayu tahu bahawa itulah cara makan yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Bagaimanapun, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa sebenarnya ia adalah amalan agama. Tepatnya, ajaran Islam dan menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w.

Ini disebabkan Islam adalah agama yang mencakupi semua aspek kehidupan, termasuk ehwal makan. Jadi, ada makanan halal dan ada yang haram. Islam juga menjelaskan kaitan makanan dengan perkembangan tubuh badan dan bagaimana ia mempengaruhi spiritual dan kesannya kepada emosi manusia.

Bagaimanapun, makan di dalam Islam tidak terbatas kepada soal halal dan haram sahaja. Adab atau tatacara makan juga ada ditetapkan Islam. Antaranya, posisi semasa makan, doa-doa sebelum dan selepas makan hingga kepada menggunakan tangan semasa makan.

Duduk adalah posisi yang paling baik untuk makan dan minum. Riwayat menyatakan bahawa Nabi s.a.w selalu makan dan minum dalam keadaan duduk.

Hikmahnya: Tidak ada pakar kesihatan yang mengatakan bahawa makan hingga terlalu kenyang adalah baik untuk kesihatan kerana makan terlalu kenyang akan menjadikan tubuh badan tidak aktif dan otak menjadi layu dan lemah.

Untuk mengelakkan perkara ini, kita dianjurkan makan dalam keadaan duduk. Dengan duduk, bahagian bawah perut akan kecut dan perkembangannya terhad. Lantas, hanya dengan sedikit makan, ia sudah kenyang. Bagaimanapun, apabila berdiri atau duduk di kerusi, perut mampu menerima makanan tanpa terkawal. Ibarat belon yang tidak ada cengkaman, ia dapat terus diisi dengan angin hingga akhirnya meletup

Jadi, hidupkan semula budaya Islam dengan makan sambil duduk di atas lantai dalam keadaan bersila atau bersimpuh. Tambahan pula ia adalah sunnah Nabi. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengamalkan satu daripada sunahku dalam keadaan ramai manusia yang meninggalkannya, maka akan diberikan kepadanya seratus pahala syahid.”

Doa sebelum makan yang berbunyi: “Allahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa a´dzaban naar.” (Ya Allah berkatilah kami apa jua yang Engkau kurniakan dan selamatkanlah kami daripada seksaan neraka)

Hikmahnya: Kebanyakan punca penyakit disebabkan daripada makanan. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak mampu menolak segala kemudaratan yang ada dalam makanan. Mudah-mudahan dengan berdoa kepada Allah, kita akan terlindung daripada segala gejala yang ada dalam makanan, umpamanya bakteria yang memamah daging manusia atau yang menyebabkan cirit-birit.

Malah, ada manusia yang dihumbankan ke dalam api neraka kerana makan makanan yang haram. Kita juga tidak mampu mengetahui sebenar-benarnya, adakah makanan yang kita makan itu seratus peratus halal atau tidak. Jadi, kita perlu berdoa agar terhindar daripada api neraka kerana kelalaian memilih makanan.

Di samping itu kita disaran membaca Bismillah sebelum menjamah makanan. Hikmahnya: Memulakan makan atau minuman dengan membaca Bismillah dapat mengingatkan seseorang kepada Allah. Jiwa yang ingat kepada Allah akan patuh kepada Allah dan menjauhi makanan yang terlarang.

Ia adalah antara kalimat yang mempunyai kesan amat besar dalam menentukan kesudahan sesuatu tindakan. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillah akan terputus daripada rahmat Allah.”

Santapan yang tidak dibaca Bismillah akan dikerumuni oleh syaitan.

Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini.

Hikmahnya: Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri / tulang ikan atau tulang ayam.

Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam mengajarkan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan.

Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.

Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi s.a.w.

Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis.

Hikmahnya: Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.

Islam amat menggalakkan hidup berjemaah. Konsep berjemaah ini bukan sahaja wujud dalam amalan ibadah, bahkan ia juga digalakkan dalam perkara-perkara sosial dan perhubungan.

Diriwayatkan Rasulullah saw tidak pernah makan secara sendirian. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.”

Hikmahnya: Dalam mewujudkan semangat bermasyarakat atau berjemaah, Islam juga menggalakkan agar kita makan bersama-sama dengan saudara yang lain. Makan secara berjemaah akan mewujudkan perhubungan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau makan satu dulang atau hidang ini dapat dijadikan amalan dalam keluarga kerana ia boleh mengeratkan hubungan dalam keluarga.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sering makan sedulang dengan anggota keluarganya. Allah s.w.t menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama. Sayangnya, budaya makan bersama ini beransur-ansur pupus.

Dalam peradaban makan bersama, jangan ada yang bangun terlebih dahulu sehingga yang lain semua sudah selesai makan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila dihidangkan makanan, maka makanlah daripada makanan yang dekat dengannya dan janganlah dia mengambil makanan daripada orang yang di sebelahnya.”

Hikmahnya: Inilah antara keindahan peradaban makan dalam Islam. Bak kata pepatah Inggeris, ‘action speaks louder’ atau sikap akan mencerminkan peribadi seseorang. Melalui cara ini, diharapkan perasaan rakus dan mementingkan diri akan terkawal dan semangat mengutamakan orang lain dan bertolak ansur dapat terbina pada diri orang berkenaan.

Akibat daripada hilangnya budaya ini dalam majlis-majlis makan masa kini, kita dapat melihat, khususnya pada generasi anak-anak yang bersikap biadab, tamak, dan mementingkan diri sendiri.

Kita juga disaran membaca doa selepas makan, yang berbunyi, “Alhamdulillahiladzi ata´manaa wa saqaanaa wa jaa´lanaa muslimin.” (Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami di kalangan orang-orang Muslim)

Hikmahnya: Segala kebaikan datangnya daripada Allah, apa jua kebaikan yang Allah mahu berikan tiada yang dapat menghalangnya dan apa jua keburukan yang dihalang oleh Allah, maka tiada siapa yang mampu mengenakannya.

Dengan membaca doa ini, mudah-mudahan kita akan terus dikurniakan rezeki dan tidak keputusan kerana Allah swt menjanjikan orang yang bersyukur akan mendapat tambahan nikmat-Nya.

Mudah-mudahan dengan doa ini, segala makanan tidak halal yang termasuk dalam mulut kita tanpa pengetahuan akan dimaafkan.

Misteriousgrapersz

Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Posted by Admin Tuesday, July 31, 2012 14 comments

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata:

‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Wallahu’alam…

Misteriousgrapersz

Kelebihan Solat Untuk Tenaga Batin

Posted by Admin Monday, July 30, 2012 0 comments

Di dalam Islam tidak terlalu banyak kaedah beriadah atau exercise sepertimana agama atau bangsa-bangsa lain. Sebabnya selain dari beriadah seperti menunggang kuda, memanah, bermain pedang dan berenang, sembahyang (Yang Dituntut 5 kali sehari dlm Islam) juga merupakan satu riadah rohaniah dan jasmaniah.

Dari segi pergerakan tubuh badan, sembahyang secara langsung melibatkan urat, otot dan sendi-sendi dalam tubuh badan kita, termasuk organ-organ serta urat saraf yg menghubungkan dengan alat kelamin. Ini akan selalu me"refresh" tubuh badan kita setiap kali sembahyang dilakukan.

Contohnya ketika rukuk, semua urat dari mata, leher, belikat , belakang, pinggang, punggung, paha bahagian belakang, betis, lutut dan segala sendi daripada leher, tulang belakang, pinggang sendi tangan dan kaki akan bergerak. Sementara ketika sujud pula, segala urat-urat dan sendi-sendi bahu belakang, pinggang hingga kemaluan akan berfungsi (bergerak).

Ketika duduk antara 2 sujud atau duduk tahayyat pula memberi kesan membina kekuatan sekitar pinggang dan semua urat saraf dan persendian sekitar bawah tubuh. Jadi sekiranya seseorang itu sembahyang bererti segala persendian dan urat saraf utama bergerak. Apabila sentiasa bergerak menjadikan pergerakan darah, angin dan kededukan urat dan sendi menjadi normal.

Sepertimana kita sedia tahu, kemaluan merupakan tempat berkumpulnya semua perhubungan urat saraf daripada seluruh tubuh kita. Oleh itu jika ada salah satu urat itu bermasalah ia boleh memberikan kesan sampingan pada kemaluan.

Sehubungan itu, jika seseorang banyak sembahyang dia akan mengerakkan seluruh urat saraf dan sendi-sendinya. Dengan banyaknya pergerakan, ini akan mengelakkan daripada darah dan angin berkumpul di satu-satu sendi dan urat saraf terutama di bahagian kemaluan atau buah kemaluan yang mengakibatkan syahwat lemah.

Oleh itu, orang yang banyak sembahyang ditambah lagi dengan sembahyang sunat terutama sunat tahajjud di waktu sepertiga malam ketika udara sejuk dan nyaman, pergerakan sendi dan urat saraf menjadi semakin lancar. Disamping jiwa dan roh menjadi kuat dan sihat, syahwatnya juga turut terpelihara. Jadi sama-samalah kita menunaikan solat dengan tertib, teratur dan tawaduk.

p/s: tapi kita solat mestilah kerana Allah Ta'ala...bukan kerana syahwat semata-mata ok (",)...

Misteriousgrapersz 

Fakta Menakjubkan Mengenai Wudhu

Posted by Admin Sunday, July 29, 2012 0 comments
Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wudhuk Rasulullah s.a.w

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Muslim )

Huraian

Wudhu yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam…

Misteriousgrapesz

Gunung Berjalan Bukti Kebenaran Al-Quran

Posted by Admin 1 comments
Pergerakan Gunung

Dalam satu ayat al-Quran al-Karim, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang dilihat, akan tetapi terus-menerus bergerak. Sepertimana Firman Allah Ta’ala:

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya:

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surat An-Naml 27:88)

Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat.

Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika bergerak saling menjauhi.

Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru hanya pada tahun 1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.

Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India.

Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.

Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Pergerakan kerak Bumi ini ditemui setelah penyelidikan geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut :

Kerak dan bahagian terluar dari magma, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbahagi atas lapisan-lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat utama, dan beberapa plat kecil.

Menurut teori yang disebut plat tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya.Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. plat-plat tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan.

Setiap tahun, misalnya, Samudera Atlantic menjadi sedikit lebih lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)

Ada perkara sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah “continental drift” atau “gerakan mengapung dari benua” untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)

Tidak dipersoalkan lagi, adalah salah satu keajaiban Al Qur’an bahawa fakta ilmiah ini, yang baru sahaja ditemui oleh para ilmuwan, telah dinyatakan dalam Al Qur’an.

Keajaiban Alquran – Harun Yahya

Wallahu’alam…

Misteriousgrapesz

Kebenaran Islam Mengenai Kucing

Posted by Admin 0 comments

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:


1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam…

Misteriousgrapesz

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur

Posted by Admin Saturday, July 28, 2012 0 comments

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Misteriousgrapersz