-->
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Solat didik hati manusia

Posted by Unknown Monday, October 15, 2012 0 comments

JIKA difahami dan dihayati, solat sebenarnya amalan yang cukup hebat. Solat adalah modul lengkap bagi mendidik hati dan jiwa manusia. Pelbagai kekuatan terhasil jika seseorang itu benar-benar menjiwai tuntutan solat. Solat juga menjadi penghubung antara hamba dengan Tuhannya. Setiap ayat dalam surah al-Fatihah yang dibaca adalah bicara dengan Allah.

Perintah solat bukan untuk kepentingan Allah Yang Maha Agung yang sudah memiliki segala-galanya. Solat hanya untuk kepentingan hamba-Nya. Ia sebenarnya melatih seseorang hidup tertib sebab gerakan solat sangat tertib dimulai dengar takbir dan diakhiri dengan salam.

Tujuan solat sebenarnya untuk mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah berfirman maksudnya: “Dirikanlah solat untuk mengingati Aku.” Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Bayangkan seharian kita fikir mengenai dunia, fikir mengenai kerja, makan minum, kawan dan keluarga.

Kalau semua itu kita dapat bahagikan masa, takkan kita tidak boleh memberi masa untuk mengingati Allah. Semakin baik kualiti dan mutu solat seseorang, semakin kukuhlah benteng kemampuan untuk memelihara diri mereka daripada perbuatan maksiat.

Beberapa contoh solat dapat membina sifat positif manusia antaranya bersikap rajin. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita perlu sentiasa rajin. Dalam solat kita memuja dan memuji Allah. Kita membuat janji dan ikrar yang semua solat, ibadat, hidup dan mati kita hanya untuk Allah.

Perbuatan dalam solat membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak. Bermakna solat itu dapat membunuh sifat malas. Orang yang kuat hubungannya dengan Allah mesti banyak berhubung dengan manusia. Jika betul takut dan cinta kepada Allah, maka akan bertambah rasa cinta kepada manusia.

Solat ibarat ‘tiang’ dalam Islam. Malah ketika bertempur dalam peperangan sekalipun tidak boleh tinggal solat. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu mesti solat. Solat perlu dilakukan dengan berdiri, jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu juga boleh dilakukan dengan cara baring. Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati.

Solat bukan saja menghapuskan dosa seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.”

Imam Abu Aaliayah berkata: “Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah.

Ikhlas membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan mencegah perbuatan jahat manakala zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar dan menanam makruf (kebaikan).

Sesetengah ulama dulu apabila tiba saat menghembuskan nafas terakhir, mereka masih sempat meminta pertolongan orang mengambil wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat.

Malah, ada yang minta diusung ke masjid kerana hendak mati di tempat solat. Justeru, janganlah kita mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup kita. Setiap kali solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir.

I Love Islam 

Cinta Nafsu

Posted by Unknown Monday, October 1, 2012 0 comments

CINTA itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.

Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.

Bercinta janganlah mengiku nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja. Ada beberapa kerosakan akibat cinta nafsu ini.

Pertama, lupa mengingati Allah kerana mereka lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainya. Contohnya jika dia lebih kuat mengingati Allah, insya-Allah mengingati makhluk pasti terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhluk-Nya maka mengingati Allah akan dikalahkan.

Kedua, melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta nafsu. Ia mensia-siakan maslahat agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Ketiga, mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering.

Ketika hati berdekatan dengan orang yang dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh dari Allah s.w.t. Jika hati jauh daripada Allah, semua jenis bahaya mengancam dari segenap sudut kerana syaitan sudah menguasai dirinya. Jika syaitan sudah menguasai diri, mereka berada dalam keadaan bahaya. Cukuplah dengan fakta masalah perzinaan dan penularan penyakit seksual berlaku dalam dunia hari ini. Begitu juga dengan gejala buang bayi yang tidak berdosa amat menggerunkan.

Keempat, syaitan akan menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was. Akal kadang-kadang sudah tidak terkendali ibarat seperti meletakkannya di kepala lutut. Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang membezakannya manusia dan haiwan. Jadi jangan hairan jika ramai yang terjerumus melakukan maksiat kerana fikiran mereka menjadi singkat. Apa yang sentiasa mereka fikirkan adalah hawa nafsunya iaitu mahu sedap dan seronok saja.

Kelima, kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak. Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.

Imam Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.”

Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang lelaki yang sangat kurus sehingga yang tinggal hanya kulit dan tulang. Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta),” jawab seseorang. Kemudian Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah s.w.t sepanjang hari daripada penyakit isyq.

Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua tindakan akan kita akan lakukan. Jangan main-main dalam menangani masalah serius itu. Jangan sampai terbius oleh gemerlap kehidupan yang menawarkan kenikmatan sementara. Jika kita belum mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin lagi kerana perkahwinan bukan urusan main-main.

Kita mesti rela untuk membuang fikiran murahan mengenai pertunangan adalah segala-galanya. Sebab, bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta nafsu. Wahai remaja, mulai sekarang tumbuhkan dahulu kecintaan kita kepada ilmu agama sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Semoga pula kita tidak tergoda dengan cinta nafsu semata.

I Love Islam

Romantik itu Sunnah

Posted by Unknown 0 comments

Gambar hiasan

Baginda Rasulullah S.A.W kerap membawa Ummul Mukminin Aisyah RA makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi S.A.W pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika isterinya Aisyah RA tidak diundang bersama. Mafhum hadis (Riwayat Muslim)

Romantik pada isteri tu sunnah rupa2nya. Para suami sekalian, kita bagaimana pula?

sumber daripada fB

10 Surah dapat menghalang daripada 10 ujian besar Allah

Posted by Unknown 0 comments

Gambar Hiasan

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)

sumber daripada fB

Kaya tapi Hidup Derita

Posted by Unknown Friday, September 14, 2012 0 comments

MANUSIA sebenarnya cenderung menjaga sesuatu yang dianggapnya berharga dalam hidupnya. Sebaliknya, tidak akan mempedulikan atau membuang saja sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu itu, semakin bersungguh-sungguh kita menjaganya. Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga.

Ada pula yang sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana kecantikan adalah segala-galanya. Ada pula yang bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu yang dianggap bernilai. Kalaulah begini perilaku manusia, rupa-rupanya kita masih menganggap harta kebendaan adalah segala-galanya. Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk Allah. Bagi golongan itu, mereka yakin hidup ini tidak akan selamat dan tenang tanpa bekalan taufik dan hidayah daripada Allah. Taufik dan hidayah sangat penting dalam diri manusia.

Pernah satu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis. Dia berasa langkahnya berisiko, bimbang terhantuk dan jatuh tangga. Begitulah akibatnya kalau tidak dapat panduan.

Mereka yang berjalan tanpa arah sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan bingung. Ramai golongan kaya yang menderita dengan kekayaan mereka.

Pendek kata, orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa saja yang Allah kurniakan kepadanya pasti menjadikan dirinya hina. Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi ketaatan pasti menyeksakan.

Syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah, syaitan pernah berkata: “Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”

Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia jika kita masih main-main pasti akan mudah tertipu. Syaitan ibarat tukang joget atau penari.

Maknanya, syaitan tahu siapa sasarannya dan bagaimana untuk melakukannya. Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan.

Kita kadangkala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga. Iman kecil saja, tidak nampak lagi tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.

I Love Islam 

Masa muda tidak lama

Posted by Unknown 0 comments

ADA satu surah khusus di dalam al-Quran iaitu surah al-Asr yang menegaskan manusia berada dalam kerugian jika tidak memanfaatkan masa untuk beriman dan beramal soleh serta tidak berpesan-pesan sesama manusia dengan kebenaran dan kesabaran.

Rasulullah s.a.w berpesan kepada umatnya supaya memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati. Masa muda jangan disia-siakan, nikmat kesihatan perlu digunakan bagi menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin. Sesungguhnya apa yang terjadi pada hari tua bergantung apa yang kita lakukan ketika usia muda. Masa muda tidak akan bertahan lama kerana apabila tiba hari tua, zaman muda hanya tinggal kenangan.

Kehidupan pada hari tua kadang-kadang tidak indah lagi kerana tenaga sudah lemah, selera makan mulai menurun malah menghadapi pelbagai macam penyakit. Remaja yang cemerlang akan menjadi warga emas yang gemilang. Manakala yang kecundang menguruskan masanya akan menjadi warga emas yang malang.

Bukan rugi di dunia saja, malah di akhirat kelak akan dipersoalkan ke manakah usia remaja kita dilaburkan? Nikmat kesihatan cukup berharga bagi setiap manusia. Seluruh tubuh badan manusia sebenarnya adalah hak milik Allah, maka wajib kita jaga amanah ini sebaik mungkin. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan kita disifatkan oleh al-Quran sebagai mencampakkan diri ke lembah kebinasaan.

Namun, ramai tidak menghargai nikmat sihat ini sehingga membinasakan diri dengan mengambil dadah, ketagihan alkohol mahupun rokok, atau menjadi individu yang sengaja mendedahkan diri kepada kecelakaan dan kemungkaran. Dengan itu, gunakan masa sihat untuk menuntut ilmu dan pengalaman serta membantu yang lain di samping melaksanakan ibadat. Masa kaya juga adalah nikmat ujian bagi kita.

Ramai yang hanyut dan terpesona dengan kekayaan yang dimilikinya. Kita perlu sentiasa menyedari kekayaan itu tidak kekal, ia boleh bertambah atau hilang dalam sekelip masa. Kekayaan adalah amanah, maka carilah kekayaan dan gunakan mengikut peraturan Allah. Harta boleh dicari sebanyak mungkin, tetapi bukan untuk menjadi seperti Qarun yang mabuk dengan kekayaan lalu dilanda laknat dan diazab.

Bukan juga seperti Tha’labah yang kaya harta tetapi bakhil. Kekayaan adalah alat mencapai kebaikan dan keburukan. Dengan harta kita boleh menjadi dermawan, dengan harta juga kita boleh menjadi tamak haloba. Sama juga halnya; dengan harta membolehkan seseorang masuk ke syurga dan dengan harta juga kita boleh ke neraka. Masa dan peluang terakhir yang disebut Rasulullah ialah masa hidup sebelum mati.

Saidina Ali berkata: “Sesiapa yang ingin hidup selepas mati, bersedialah dengan amalan dan sesiapa yang tidak beramal tiada lagi kehidupan (nikmat) selepas mati.” Maka fikir-fikir dan renungkanlah. Justeru, panjatkanlah rasa kesyukuran kerana sehingga ke saat ini kita masih lagi dapat bernafas di atas bumi Allah, diberi kesihatan, kecergasan dan kesenangan masa untuk menjadi manusia cemerlang di dunia dan akhirat.

Ternyata benar, masa itu ibarat senjata tajam yang amat berguna jika digunakan dengan cara betul dan baik. Namun jika tidak betul cara mengguna masa ketajaman masa itu pasti akan memakan diri sendiri. Bagi golongan yang tidak memanfaatkan masa sebaik mungkin akan ketinggalan dan kemunduran termasuk dalam pekerjaan, rumah tangga, pelajaran, pergaulan dan teknologi.

Kita juga tidak boleh hanya menanti kejayaan dan kecemerlangan datang bergolek. Sedarilah, masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.

Sumber : tazkirah remaja oleh ustaz mohd zawawi Yusoh (myMetro)

Kenapa menadah tangan ke langit ketika berdoa

Posted by Unknown 0 comments

Salah satu ulama Al Azhar, Al Muhaddits Syeikh Ahmad bin Shiddiq Al Ghumari Al Maghribi (1380 H) telah menyebutkan alasan kenapa disyariatkan menengadahkan tangan ke langit saat berdoa. Dalam beliau, Al Manhu Al Mathlubah fi Istihbabi Raf’i Al Yadaini fi Ad Du’a` ba’da As Shalawati Al Maktubah (hal.61), beliau mengatakan,

”Jika ada yang mengatakan,’kalau Allah Ta’ala terbebas dari arah, lantas kenapa menengadahkan tangan ke langit saat berdoa?’”

Beliau menjawab pertanyaan itu dengan jawaban Imam At Thurthusi (529 H), ulama Malikiyah dari Iskandariyah, yang termaktub dalam Ithaf As Sadah Al Muttaqin, syarah Ihya Ulum Ad Din (5/34,35). Dalam jawaban itu, At Thurthusi memberikan dua jawaban:

Pertama:

Hal itu berkenaan dengan masalah ubudiyah, seperti menghadap kiblat saat melaksanakan shalat, dan meletakkan kening ke bumi saat sujud, yang juga mensucikan Allah dari tempat, baik itu Ka’bah maupun tempat sujud. Sehingga, seakan-akan langit merupakan kiblat saat berdoa.

Kedua :

Karena langit adalah tempat turunnya rizki, rahmat dan keberkahan, sebagaimana hujan turun dari langit ke bumi. Demikian pula, langit merupakan tempat para malaikat, dimana Allah memutuskan maka perintah itu tertuju kepada mereka, hingga mereka menurunkannya ke penduduk bumi. Ringkasnya, langit adalah tempat pelaksanaan keputusan, maka doa ditujukan ke langit.

Jawaban At Thurtusi di atas sebenarnya merujuk kepada jawaban Al Qadhi Ibnu Qurai’ah (367 H), saat ditanya oleh Al Wazir Al Muhallabi (352 H), seorang menteri Baghdad yang amat dekat dengan para ulama. Dimana suatu saat Al Muhallabi menanyakan,

“Saya melihatmu menengadahkan tangan ke langit dan merendahkan kening ke bumi, di mana sebenarnya Dia (Allah Ta’ala)?

Ibnu Qurai’ah menjawab,

”Sesungguhnya kami menengadahkan tangan ke tempat-tempat turunnya rizki. Dan merendahkan kening-kening kami ke tempat berakhirnya jasad-jasad kami. Yang pertama untuk meminta rizki, yang ke dua untuk menghindari keburukan tempat kematian. Tidakkah engkau mendengar firman Allah Ta’ala (yang maknanya),”Dan di langit rizki kalian dan apa-apa yang dijanjikan.” (Ad Dzariayat: 22). Dan Allah Ta’ala berfirman (yang maknya),”Darinya Kami ciptakan kalian, dan padanya Kami kembalikan kalian.”

(Thaha: 55).

Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul Fathul Bari,jilid 2, m/s 233, cetakan Dar Ma’rifah Beirut :

السماء قِبْلة الدعاء كما أن الكعبة قِبْلة الصلاة” اهـ

Katanya: Langit merupakan kiblat bagi doa sebagaimana kaabah kiblat bagi solat.

Allah Taala telah sedia ada tanpa tempat, tanpa arah dan Allah telah sedia wujud sebelum Dia menciptakan segala makhluk.

I Love Islam 

Tujuan sebenar kita berdoa

Posted by Unknown 0 comments

Tujuan kita berdoa adalah mengikhlaskan apapun yang sudah menjadi kehendak atau ketetapan Allah. Apapun masalah yang kita hadapi hendaknya benar-benar menyandarkan diri kepada Allah sebagai penolong dan pelindung yang sebaik-baiknya. Apapun yang menjadi kehendakNya dan ketetapanNya itulah yang terbaik untuk kita.

'Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung.' (QS. al-Anbiya : 88).

Dengan berdoa memohon kepada Allah akan membebaskan diri kita dari perasaan takut akan masalah maupun ketakutan itu sendiri. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah. Mereka tidak mendapat bencana apapun. Mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (QS. ali- Imran : 173).

Lantas apa kuncinya sebuah doa dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Kuncinya terletak pada diri kita sendiri. Apakah kita termasuk orang-orang yang bertaqwa kepada Allah sehingga doa kita layak untuk dikabulkan atau tidak? Bagaimana dengan perbuatan kita sehari-hari? apakah memudahkan doa kita dikabulkan ataukah malah menjadi penghalang doa kita untuk dikabulkan?

'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rizki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang berserah diri kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. (QS ath- Thalaq : 2-3).

I Love Islam 

Tazkirah - Niat Puasa Sebulan Ramadhan & Harian, Doa Berbuka Puasa, Doa Selepas Berbuka Puasa

Posted by Unknown Monday, August 13, 2012 0 comments
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum. Seperti yang diumumkan sebentar tadi, tarikh mula puasa untuk tahun ini adalah pada hari Sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadan 1433 Hijrah. Jadi penulis nak kongsi beberapa perkara sempena bulan ibadah ni. Moga-moga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya..

NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN


Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)


Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

DOA BERBUKA PUASA


Maksud: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

DOA SELEPAS BERBUKA PUASA


Maksud: Ya Allah kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


DOA MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat-malaikat dan roh-roh yang mulia selawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat yang mulia, kami mohon kepadaMu ya Allah, pemeliharaan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami berpuasa Ramadhan, rahmatilah kami dan berkatilah dalam berpuasa Ramadhan, dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekalian amal kami dalam bulan Ramadhan, ya Allah lanjutkan usia kami ini dengan berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengikut segala puasa yang dipuasakan oleh nabi kami Nabi Muhammad SAW dengan rahmatMu ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad SAW dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam”.