-->

[Video] Seorang Wanita Melahirkan Anaknya Sambil Berjalan

Posted by Anonymous Wednesday, June 27, 2012 0 comments


Seorang gadis remaja, melahirkan bayi ketika ia sedang berjalan di sebuah daerah Bağcılar Istanbul Turki. Kejadian ini dirakamkan oleh CCTV pengawas lalulintas di jalan tersebut. Gadis ini dianggarkan berusia 16 tahun, ia berjalan bersama kedua orang tuanya menuju ke sebuah hospital berdekatan. Perancangannya gadis tersebut akan melahirkan dihospital, namun saat dalam perjalanan menuju rumah sakit, bayi tersebut terlanjur keluar dari rahim si gadis tersebut. kerana merasa panik, bayi tersebut di tinggal begitu saja di tepi jalan dengan keadaan masih berlumuran darah.

Bayi tersebut kemudian ditemui oleh seorang anak muda yang tengah melintas. Anak muda tersebut meminta bantuan kepada penduduk tempatan dan membuat laporan kepada pihak Polis. Pihak polis yang datang ke lokasi, akan membawa bayi itu ke hospital berdekatan, untuk diberikan rawatan. Berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan dari saksi dan warga tempatan, pihak Polis boleh mencari orang tua dari bayi tersebut dan langsung diminta keterangan. Keadaan bayi tersebut saat ini dalam keadaan baik dan sihat di hospital.


Tabekpuang

0 comments:

Post a Comment