-->
Showing posts with label kisah kaabah. Show all posts
Showing posts with label kisah kaabah. Show all posts

15 Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai

Posted by Unknown Tuesday, October 16, 2012 0 comments

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

01) Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

02) Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

03) Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

04) Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

05) Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

06) Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

07) Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

08) Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

09) Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10) Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11) Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12) Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13) Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14) Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15) Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

I Love Islam 

Tanda Kiamat di tepi kaabah

Posted by Unknown Monday, October 15, 2012 0 comments

Menara Jam Di Raja Mekah : Tanda Kiamat Di Tepi Kaabah

"Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: ‘Apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan,

Juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.

Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut:

"..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan." SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.

Saya juga menerima komen di bawah dari pengunjung portal saya berkenaan artikel ringkas di atas (Fakta benar/salah sila pastikan semula):

1. Dalil secara Qati’ (putus-tidak boleh dipertikai) untuk menyokong dan membenarkan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah ‘Pusat Bumi’ seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Samawi spt Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Diikuti pula ilmu sains,astronomi dan geografi sebagai kajian dan resolusi kebenaran fakta tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92

2. Menyatakan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet Radiasi’ untuk Bumi. Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia boleh ditambah dan diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat. Untuk mendapat cas tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul,

selaras dan bertepatan menghadap Ka’bah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’. Untuk menetapkan Makkah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’, penetapan serta persepakatan dari segi keadaan muka bumi, waktu dan masa yang betul perlu diseragamkan dan dipusatkan di sini. Maka, Makkah al-Mukarramah bukan sahaja pusat tarikan Magnet radiasi, tetapi ia juga merupakan tarikan ‘RUH’ umat Islam untuk melaksanakan amal ibadat.

3. Menyangkal fakta barat yang menyatakan bahawa permukaan bumi ini adalah 360 darjah. Sebenarnya ia adalah 390 darjah berdasarkan ukuran dari ‘Pusat Bumi Makkah’. Ukuran 390 darjah ini adalah lebih tepat berdasarkan persepakatan ahli di dalam bidang astronomi dan geografi Islam.

4. Mengukuhkan fakta yang menyatakan bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan masjid Nabawi adalah terletak di satu garisan geografi yang sama bermula dari Makkah dan berakhir di al-Quds al-Syarif. Berbeza dengan padangan yang sebaliknya.

Maka, umat Islam di Palestin secara khususnya menghadap ke kiblat secara berhadapan terus ke arahnya tanpa perlu condong ke mana-mana arah. Begitu juga arah kiblat mereka juga terus menembusi ke arah masjid Nabawi, di Madinah al-Munawwarah. Ketiga-tiga masjid ini adalah merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w untuk menziarahinya kerana keberkatan yang ada padanya.

5. Menyatukan dan memudahkan urusan waktu dan masa bagi ibadat HAJI, tahun HIJRAH dan sambutan hari kebesaran di dalam bulan Islam khususnya hari wukuf di Arafah yang sering menjadi perselisihan setiap tahun di Malaysia sekiranya menggunakan sistem GMT. Berbeza dengan sistem ‘Waktu Muslim Sedunia’ ini. Segalanya lebih baik dan tersusun.

6. Membina ‘JIHAD’ dan ‘KESATUAN’ umat Islam sedunia dari segi fikrah ‘MASA dan IBADAT’ dengan kewujudan ‘Waktu Antarabangsa Makkah’ bagi negara-negara Islam khususnya dan negara non-muslim secara amnya.

Secara simboliknya, sistem Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini tidak lagi relevan dan sesuai diguna pakai di negara-negara Islam kerana banyak kelemahan dan ketidakserasian waktu dan masa untuk umat Islam.

7. Menyatakan bahawa GMT yang diasaskan oleh penjajah British ini adalah merupakan penyata garisan secara sangkaan salah mereka tanpa fakta dan kajian yang benar. Hal ini berlaku sewaktu penjajahan mereka di seluruh dunia pada tahun 1884 dengan menetapkan waktu di setiap negara-negara jajahan mereka adalah berdasarkan waktu dan masa di Britain. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan politik mereka dengan negara-negara tersebut.

Oleh itu, garisan panjang permukaan bumi Makkah bertepatan dengan garisan utara Magnet iaitu bersamaan ‘0′ darjah berbeza dengan penyelewengan yang telah ditetapkan oleh mereka berkenaan GMT iaitu dengan purata 8.5 darjah. Begitu juga di negara-negara selain Britain, sama ada ia berlaku penambahan atau pengurangan ukuran darjah permukaan bumi.

Ini menyebabkan ketidakstabilan untuk umat Islam bagi menentukan arah kiblat dengan lebih tepat. Oleh sebab itu, GMT tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai pegangan ‘MASA dan WAKTU’ penduduk dunia amnya dan negara-negara Islam secara khususnya sebagai pengurusan harian hidup. Bahkan Makkah al-Mukarramah adalah merupakan tumpuan dunia serta fokusnya adalah kepada Ka’bah al-Musyarrafah.

8. Menyahut seruan Allah s.w.t untuk bersatu dan bersistem dalam soal kehidupan manusia berdasarkan wahyunya di dalam al-Quran berkenaan isi kandungan surah al-A’sr (Demi Masa).

Wallahu A’lam.

Keajaiban dunia yang terunggul Sepanjang Zaman

Posted by Unknown Monday, October 1, 2012 0 comments

Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.

Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.

Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.

Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.

Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.

Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.

Selain itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud ‘berkumpullah..berkumpullah’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.

Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.

Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua’lam.

I Love Islam