-->
Showing posts with label gadis. Show all posts
Showing posts with label gadis. Show all posts

PELIK! - Pelajar tingkatan 2 tapi masih minum susu botol

Posted by Unknown Saturday, November 3, 2012 0 comments
Seorang pelajar tingkatan dua ketagih menghisap susu botol meskipun usianya kini mencecah 14 tahun.Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.


Farah Sauffiah menyusu botol walaupun ketika menyiapkan kerja sekolahnya.

Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah.

Sumber : TaoTauAjer

Gambar - Pramugari Sukhoi Superjet 100 yang terhempas (9 GAMBAR)

Posted by Unknown 0 comments
SUKHOI SUPERJET 100 yang terhempas sewaktu membuat joy flight pada rabu (9/5/2012) telah dijumpai, dimana kapal terbang tersebut telah melanggar Gunung Salak, Bogor, Indonesia.


Sebelum demonstrasi penerbangan yang menjemput pejabat industri penerbangan dan jurnalis, blogger Rusia, Sergey Doyla, sempat mengupload senyuman para pramugari ke dalam album gambar. online.

Lihat lagi gambar-gambar di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Bra ais buatan Jepun bagi gadis sewaktu musim panas (5 GAMBAR)

Posted by Unknown Friday, November 2, 2012 0 comments
Jepun telah menghasilkan satu produk yang digilai oleh gadis-gadis apabila tiba musim panas, dimana satu produk Bra terbaru ini dipanggil 'Super Cool Bra' dan mempunyai bungkusan ais dalamnya yang mampu menyejukkan gadis yang memakainya.


Lagi gambar-gambar menarik di bawah ini....

sumber : TaoTauAjer

WOW! - [VIDEO] iklan menggoda sesiapa pon bakal tergoda !

Posted by Unknown Thursday, November 1, 2012 0 comments
Trolol ! sungguh menggoda apabila seorang perempuan yang seksi dan mempunyai tubuh yang langsing dan berpakaian yang agak seksi membuatkan ramai lelaki yang tergoda apabila melihat reaksi perempuan tersebut melambai lambai dari rumahnya.


Dengan aksi perempuan tersebut berduyun lelaki berkejaran ke rumah perempuan tersebut, bersama-sama kita saksikan video di bawah ini.. kelakar jugak!

Sumber : TaoTauAjer

WTF! - Wanita dipaksa gugurkan kandungan 7 bulan kerana polisi China (3 GAMBAR)

Posted by Unknown Monday, October 15, 2012 0 comments
Sadis apabila kandungan yang sudah 7 bulan terpaksa di gugurkan kerana polisi di China dimana setiap pasangan tidak boleh mempunyai lebih daripada seorang anak.


Sadis bayi yang di kandung menjadi sia-sia kerana di paksa untuk di gugurkan di sebabkan polisi China

Seorang wanita di Ankang, wilayah Shaanxi, menyalahi undang-undang dan diambil dalam jagaan oleh pegawai-pegawai kerajaan untuk menggugurkan janin yang berusia 7 bulan ke atas beliau.

Sumber : TaoTauAjer

MALANG! - Diceraikan suami kerana terlalu Cantik

Posted by Unknown Thursday, October 11, 2012 0 comments
Tak cantik susah cantik pon susah , nasib malang seorang gadis di ceraikan suami selepas berkahwin tiga bulan lepas kerana terlalu cantik dan menawan kejadian ini berlaku di Melbourne.


Lelaki yang hanya dikenali sebagai Jason, 28, bertindak demikian akibat terlalu cemburu kerana ramai lelaki yang mengganggu isterinya setiap malam melalui telefon atau datang ke rumahnya.

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Dijumpai mumia gadis beragama islam berusia 700 tahun (5 GAMBAR)

Posted by Unknown Wednesday, October 10, 2012 0 comments
Begini rupanya wajah Perempuan Islam berusia 700 tahun. Apa yang korang dapat lihat di bawah ini adalah wajah seorang perempuan Cina yang diperkirakan berusia 700tahun. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur .


Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Sumber : TaoTauAjer

Gadis Seksi Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta

Posted by Unknown Friday, September 14, 2012 0 comments

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya..

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

I Love Islam