-->
Showing posts with label Stress Kesian. Show all posts
Showing posts with label Stress Kesian. Show all posts

Kesian : Anjing Ini Tahu Pemergian Tuannya (Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, August 14, 2012 0 comments
Anjing Ini Tahu Pemergian Tuannya.

No wonder they said dog is man's best friend.


Kesian : "Lonesome George", Kura-Kura Gergasi Terakhir Ditemui Mati (6 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, August 12, 2012 0 comments

Lonesome George, seekor kura-kura bersaiz gergasi dari Pulau Pinta dan terakhir dalam spesiesnya telah ditemui mati di Taman Negara Galapagos yang terletak di Kepulauan Galapagos, Santa Cruz..Haiwan tersebut pertama kali ditemui di Pulau Pinta pada bulan Disember 1972..Haiwan berkenaan telah dinamakan bersempena memberi penghormatan kepada pelakon Amerika Syarikat, George Gobel.


Haiwan ini juga pernah ditempatkan di beberapa tempat lain sebelum diletakkan di bawah penjagaan Stesen Penyelidikan Charles Darwin di Kepulauan Galapagos.

Selama beberapa dekad ini, pelbagai jenis kura-kura dari Galapagos telah disediakan untuk Lonesome George mengawan tetapi gagal dalam menjaga kemandirian spesies kura-kura tersebut. Pernah sekali, seekor kura-kura berjaya bertelur namun semua nya sia-sia kerana telur tersebut didapati tidak subur.

Lonesome George dikatakan mempunyai berat sebanyak 88 kilogram dan panjang sehingga 180 sentimeter. Walaupun umur kura-kura tersebut dikatakan mencapai 100 tahun, ia tidak lah terlalu tua kerana kura-kura tersebut mampu mencapai had umur sehingga 200 tahun.

Kematian kura-kura tersebut mungkin disebabkan oleh sakit jantung yang kerap dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mencari punca sebenar.

Kura-kura bersaiz gergasi ini dianggarkan mampu mencecah berat sehingga 400 kilogram dan mempunyai panjang sehingga 1.8 meter. Spesies seperti Lonesome George ini dikatakan telah pupus di Kepualauan Galapagos lebih kurang 150 tahun yang lalu. Hal ini kerana kegiatan para nelayan yang sering menangkap haiwan ini untuk dijadikan makanan. Nelayan juga menggelarkan haiwan ini sebagai "tin hidup" kerana mampu bertahan dalam suatu tempoh yang sangat lama tanpa makanan dan minuman.





 p/s : Kura-kura mati meninggalkan _______> Sila isi tempat kosong.

AkuStressGiler

Kesian : Budak Kecil Dipenuhi Dengan Bulu Tebal Di China (3 Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, July 31, 2012 0 comments
Budak Kecil Dipenuhi Dengan Bulu Tebal Di China.

Budak ini telah ditinggalkan oleh ibu bapanya kerana malu dengan bulu tebal yang tumbuh pada anak mereka. Budak ini, Liu Jiangli, 6 tahun mempunyai bulu hitam yang menutup 60% daripada tubuhnya. Dia ditinggalkan oleh ibunya sejak dari usia 2 tahun.Bapanya pula meninggalkannya dengan menghantarnya ke pusat jagaan dan tak pernah kembali untuk menjemputnya. Nasib baik seorang saudaranya muncul dan menjaga Liu yang dijangkiti penyakit Hypertrichosis Universalis. Liu juga sering diejek dan sehingga kita semua orang tak berani ini berkawan dengannya.

p/s: bukan salah dia kalau dia lahir sebegini, kenapa ibu bapa nak tinggalkan dia?



Kesian : Binatang Pun Tahu Erti Kasih Sayang (4 Gambar)

Posted by Unknown Monday, July 30, 2012 0 comments

Peristiwa menarik dan mengharukan bermula apabila seekor anak monyet cuba melintas jalan raya yang sedang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang untuk mendapatkan makanan di seberang jalan tanpa disedari oleh ibunya. Setelah menyedari anaknya dalam keadaan bahaya si ibu terus mendapatkan anaknya daripada dilanggar kenderaan ...tetapi bahaya yang lebih menakutkan pula terpaksa dihadapi oleh si ibu monyet ini.



Seekor anjing liar garang yang sedang kelaparan tiba-tiba meluru ke arah anaknya. Tanpa menghiraukan keselamatannya ibu monyet terus menyerang dan menggigit anjing berkenaan. Nasib menyebelahi kedua-duanya apabila si anjing menyerah kalah dan beredar dari situ.


p/s : Manusia sekarang ada lebih teruk daripada binatang.. ish3.. sayangilah anak anda..

DrySheet

Kejam : [Video] Kucing Ditanam Hidup-Hidup Di Dalam Konkrit

Posted by Unknown Thursday, July 26, 2012 3 comments

Kucing malang ini ditemui oleh seorang yang bernama Andrew Chatwin di kawasan rumah seorang ahli gereja, Isaac Wyler di Colorado City. Andrew yang menjumpai kucing itu yang masih hidup bergegas mengorek dan mengerat dinding konkrit itu untuk menyelamatkan nyawa kucing itu. Setelah berjaya dikeluarkan, kucing itu terus dibawa ke klinik haiwan, Namun malangnya kucing itu mati beberapa hari kemudian.

Orang yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut masih belum dapat dikenalpasti. Namun menurut Andrew, beliau mengesyaki bahawa ahli gereja juga yang yang terlibat dalam perkara tersebut kerana ahli gereja Fundamentalist Church of Jesus Chris terkenal dengan perbuatan yang tidak senonoh. Baru-baru ini, ketua gereja tersebut telah ditangkap kerana mencabul kehormatan dua gadis bawah umur.


p/s : Kesian gler kat kucing tu.. mesti terseksa.. memang jahat la sapa yang buat ni. Tunggu balasan di akhirat kelak!!

AkuStressGiler

Kesian : Anjing Didera Dijumpai Dengan Lidah Membengkak Teruk (2 Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, July 25, 2012 0 comments

Seekor anjing yang diberi nama Hope telah dijumpai di Texas dengan keadaan yang sungguh memilukan. Mulutnya telah dilekatkan dengan pita pelekat wayar elektrik dan menyebabkan lidahnya yang terkeluar membengkak teruk. Menurut veterinar, lidah anjing tersebut telah tersepit selama lebih 24 jam dan ianya harus dibuang untuk menyelamatkan nyawa anjing tersebut.


p/s : Kesian kat anjing nih..



Kesian : Kanak-Kanak Menjaga Ibunya Yang Lumpuh Di China (5 Gambar)

Posted by Unknown Monday, July 23, 2012 0 comments
Bersyukurlah dengan kesenangan hidup yang kita nikmati sekarang. Tapi bukan semua orang bernasib baik macam kita. Contohilah budak lelaki di China ni yang menjaga ibunya yang lumpuh. Budak lelaki ni setiap hari memasak, merawat, membuat kerja rumah dan menjaga ibunya yang lumpuh seorang diri. Memang sungguh tabah.






p/s : Walaupun sibuk menguruskan rumah dan menjaga ibunya, budak ini tetap tidak meninggalkan pelajarannya.. salute..

AkuStressGiler