-->
Showing posts with label Selebriti/Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Selebriti/Hiburan. Show all posts

Betul Betul Cool - Kereta Ferrari F430 Milik Lee Chong Wei

Posted by Unknown Monday, September 17, 2012 0 comments
Pasti ramai yang kecewa sebab Datuk Lee Chong Wei terpaksa tarik diri dalam perlawanan akhir All England baru-baru ni akibat kecederaan bahu yang dialaminya. Bagi penulis, beliau buat keputusan tepat untuk elakkan kecederaan tu lebih serius. Sukan Olimpik London bulan Julai nanti lebih penting kan?


Okay, lupakan dulu pasal badminton. Baru-baru ni dikhabarkan pemain badminton nombor satu dunia ini telah membeli sebuah kereta sport mewah, Ferrari F430 berwarna putih.


Kereta yang mampu memecut sehingga 315 km/j ini dianggarkan bernilai RM1.6 juta. Lee Chong Wei turut membida nombor plate BLG 1 dengan harga RM69,100 untuk diletakkan pada kereta terbarunya ini.

psst: Harap kecederaan bahu Lee Chong Wei cepat sembuh...

Betul Betul Cool - Video Kapal Angkasa Darth Vader Mendarat Di Denmark

Posted by Unknown 0 comments
Kelibat Death Star turut dikesan

Kapal angkasa Darth Vader iaitu Death Star dan Imperial Shuttle dilihat berlegar-legar di bandar Copenhagen, Denmark. Dalam video tersebut, kapal angkasa milik watak jahat dalam filem Star Wars itu turut mendarat di permukaan bumi!



Namun jangan panik kerana video ini hanyalah dibuat sebagai iklan kepada cawangan Toys 'R' Us di Denmark. Ia mula diupload ke Youtube awal tahun ini dan mendapat perhatian ramai terutamanya peminat setia filem sci-fi tersebut.


Blog Rilek - Rilek

Betul Betul Cool - Bentley Pink Milik Paris Hilton

Posted by Unknown Sunday, September 2, 2012 0 comments
Inilah dia kereta Bentley Continental GT milik Paris Hilton yang menjadi tumpuan media suatu ketika dahulu. Kerana begitu meminati anak patung Barbie, pewaris tunggal Hotel Hilton ini sanggup membelanjakan USD 200,00 untuk menukar kereta tersebut mengikut citarasa beliau.


Bukan sahaja dipenuhi dengan warna pink, malah ia juga dilengkapi set audio mewah dan dashboard yang bertatahkan berlian. Segala kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh krew West Coast Customs.










Betul Betul Comel - Gambar Khairul Fahmi Che Mat Semasa Kecil

Posted by Unknown Friday, August 31, 2012 0 comments
Penulis jumpa gambar ni kat blog Elia Jejariruncing. Muka Apek masa kecik pun memang dah tak ubah macam anak Jepun...hehehe.

kredit gambar


psst: Dah macam-macam cerita yang kita dengar pasal penjaga nombor satu negara ni. Ada yang baik & ada yang tak berapa sedap didengar. Ramai lagi tak peminat Apek?

Kim Hyun Joong: Artis Kacak Dari Korea

Posted by Unknown Thursday, August 30, 2012 2 comments
Kenali Kim Hyun Joong dengan lebih dekat...




PROFILE

Nama: Kim Hyun Joong

Kerjaya: Penyanyi, Pelakon

Tarikh & Tempat Lahir: 6 Jun 1986 (Seoul, Korea Selatan)

Tinggi / Berat: 180cm / 68kg


Kim Hyun Joong merupakan ketua kumpulan SS501. Namanya mula menjadi sebutan peminat apabila beliau membawa watak sebagai Yoon Ji Hoo dalam drama popular, Boys Over Flowers. Melalui lakonannya dalam drama tersebut, beliau memenangi Anugerah Pelakon Terbaik di Seoul International Drama Awards 2009. Kim turut membintangi beberapa lagi drama lain seperti Playful Kiss dan Dream High.



Won Bin: Artis Kacak Dari Korea

Posted by Unknown Sunday, August 26, 2012 0 comments
Kenali Won Bin dengan lebih dekat...

PROFILE

Nama: Kim Do Jin

Kerjaya: Pelakon, Model

Tarikh & Tempat Lahir: 10 November 1977 (Jeong-seon, Kangwon-do, Korea Selatan)

Tinggi / Berat: 178cm / 62kg


Karier lakonan Won Bin mula mendapat perhatian setelah kemunculannya dalam drama bersiri Propose. Nama beliau semakin dikenali dengan penampilan beliau dalam beberapa lagi drama iaitu Ready, Go!, Kwangki dan Tough Guy's Love. Won Bin mengecapi populariti luar biasa melalui wataknya sebagai Tae-seok dalam drama terkenal, Autumn in my Heart.

Dalam bidang perfileman pula, beliau mula membintangi filem pertama beliau, Guns and Talks pada tahun 2001. Tiga tahun kemudian, Won Bin muncul sebagai watak utama dalam filem perang, Taegukgi yang mencatat kutipan tertinggi di Korea Selatan. Beliau bukan sahaja berbakat dalam lakonan, malah turut mempunyai kemahiran dalam taekwondo dan luncur salji.




Betul Betul Cool - Kehidupan Mewah Pengasas Megaupload

Posted by Unknown Friday, August 24, 2012 0 comments
Rasanya dah ramai tahu yang Megaupload telah ditutup oleh Kerajaan Amerika kerana website tersebut didapati bersalah memberi kemudahan muat turun secara haram hak cipta terpelihara.


Megaupload sangat popular di internet dengan jumlah pelawat dianggarkan sehingga 50 juta sehari dan menjana pendapatan sebanyak USD 175 juta sejak tahun 2005. Jadi tidak hairanlah pengasasnya, Kim Dotcom mampu senang lenang. Lihat betapa mewahnya hidup pemuda ini...

Beliau memiliki kereta mewah dengan no plat yang unik seperti "MAFIA", "POLICE", "GOD" dan "CEO".








Kim Dotcom turut mempunyai sebuah rumah mewah di New Zealand bernilai USD 30 juta.





Betul Betul Sweet - Gambar Anak Mawi Dan Ekin: Cahaya Malaika

Posted by Unknown Thursday, August 23, 2012 0 comments
Inilah gambar anak sulung Mawi dan Ekin yang diberi nama Cahaya Malaika. Nama yang bermaksud "Cahaya Permaisuriku" itu dikatakan telah dipilih sejak mengetahui Ekin hamil anak perempuan.


sumber gambar

Cahaya Malaika dilahirkan Selasa lalu, jam 4 pagi di sebuah hospital swasta dengan berat 2.8 kilogram. Comelnya...


sumber gambar

Betul Betul Hot - Siapa 10 Lelaki Paling Seksi Di Dunia

Posted by Unknown Tuesday, August 21, 2012 0 comments
Bintang bolasepak terkenal, David Beckham dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah Heat pada tahun ini. Senarai 101 lelaki paling seksi di dunia telah diundi oleh lebih 1,000 pembaca majalah Heat, di mana kedudukan tempat yang ke-26 hingga 101 hanya berdasarkan pada undi sahaja.




Senarai lelaki seksi 25 teratas merupakan hasil keputusan daripada undi pembaca dan beberapa pakar panel seperti jurugambar selebriti, Nicky Johnston; pengasas syarikat Premier Model, Carol White dan editor kolum Style dalam majalah Heat, Jo Hoare.





Bintang filem Twilight, Robert Pattinson, pelakon filem The Dark Knight Rises, Tom Hardy dan pelakon Johnny Depp turut berada dalam senarai 10 teratas.

Senarai 10 Lelaki Paling Seksi Di Dunia

1. David Beckham

2. Ryan Gosling

3. Ryan Reynolds

4. Bradley Cooper

5. Jake Gyllenhaal

6. Robert Pattinson

7. Tom Hardy

8. Johnny Depp

9. Hugh Jackman

10. Zac Efron

Betul Betul Cool - Patung Aksi Obama Yang Serba Boleh (16 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, August 19, 2012 0 comments
Bila Obama beraksi dengan pedang samurai & lightsaber!

Syarikat mainan dari Jepun, Gamu-Toys telah mengeluarkan patung aksi Barrack Obama yang memaparkan Presiden Amerika itu sedang beraksi dengan senjata api, pedang samurai malah berlawan dengan Darth Vader menggunakan lightsaber! Patung berskala 1/6 dan berketinggian 12 inci ini hadir dengan bahagian kepala dan tangan yang boleh ditukar-tukar, namun senjata tidak termasuk dalam pakej pembelian.

















Sumber:  Blog Rilek-Rilek