-->
Showing posts with label Muzium. Show all posts
Showing posts with label Muzium. Show all posts

Betul Betul Unik - Taman Permainan Luar Biasa Di Jepun (8 Gambar)

Posted by Unknown Friday, August 31, 2012 0 comments
Taman permainan yang dinamakan Hakone Pavilion ini terletak di Muzium Terbuka Hakone, Jepun. Muzium tersebut dibuka pada 1969 dan merupakan muzium terbuka pertama di Jepun.




Hakone Pavilion dibina dengan menggunakan 500 batang kayu dan bertujuan melindungi orang di dalamnya daripada hujan serta panas terik. Di sini, kanak-kanak bebas bermain dalam suasana yang dikelilingi alam sekitar yang menghijau.

Betul Betul Cool - Muzium Porsche Di Stuttgart

Posted by Unknown Thursday, August 30, 2012 0 comments
Di dalam bangunan besar ini terkumpulnya semua sejarah tentang salah sebuah pembuat kereta mewah Jerman, Porsche. Daripada model pertama sehinggalah model terkini, semuanya dipamerkan di sini.

Betul Betul Ohsem - Muzium Terbesar RMS Titanic Dibuka Di Belfast (10 Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, August 28, 2012 0 comments
100 tahun tragedi karam Titanic

Sempena memperingati 100 tahun tragedi yang menimpa kapal RMS Titanic, kerajaan Ireland Utara dengan kerjasama Majlis Bandar Belfast dan pelbagai pihak swasta telah mengumpul dana bagi membina sebuah muzium peringatan yang dinamakan Titanic Belfast. Lokasi Belfast dipilih kerana di sinilah kapal bersejarah ini dibina bermula tahun 1909 dan siap 2 tahun berikutnya. Muzium yang mempunyai 9 galeri dan menelan belanja US$160 juta ini merupakan muzium terbesar yang didekasikan khas kepada RMS Titanic dan satu-satunya pelayaran kapal mewah tersebut. Bangunan 6 tingkat ini mula beroperasi sejak penghujung bulan lepas. Apa lagi, jom kita melawat Muzium Titanic Belfast!  




Replika Grand Staircase yang diperbuat daripada red oak, 

sama seperti yang digunakan pada kapal Titanic


Gambaran penumpang dan krew kapal yang dipancarkan di kabin kelas pertama 

(Photo: Peter Macdiarmid / Getty Images)


Pengunjung melihat pancaran gambar Titanic yang telah karam di dasar lautan

(Photo: Peter Macdiarmid / Getty Images)


Gambaran di tapak pembinaan kapal Harland and Wolff ketika RMS Titanic dibina

(Photo: Peter Macdiarmid / Getty Images)


Panel yang disusun pada dinding atrium ini adalah sama saiz dan teksturnya dengan yang terdapat pada badan kapal Titanic


Muzium Titanic Belfast pada waktu malam 

(Photo: Metalbau Frueh)


Tugu yang terdapat diluar muzium tersebut 

(Photo: David Moir / Reuters)


Tafsiran artis tentang struktur dalaman Titanic Belfast

(Image: Metalbau Frueh)

 Blog Rilek-Rilek