-->
Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk

Posted by Admin Friday, August 10, 2012 0 comments


- Masam Muka

Tanda merajuk ini memang biasa dan boleh nampak secara jelas dari lelaki tu sendiri.. Si dia akan terus mencuka walaupun korang dah buat lawak mengalahkan Maharaja Lawak Mega.. Walaupun orang sekeliling gelak pecah perut, si dia tetap masam muka..

- Abaikan Korang

Bila ditanya, dia diam.. Bila disoal, dia buat tak tahu.. Kalau dah sampai tahap macam ni memang dah sah-sah lelaki tu merajuk.. Better biarkan lelaki tu sementara, bagi masa untuk dia cooldown balik..

- Tolak Untuk Ada Bersama

Kalau korang ajak untuk makan bersama tapi dia tolak invitation korang tu tanpa sebab yang jelas.. Berjaga-jaga, mungkin waktu tu lelaki tu sedang merajuk dengan korang.. Bila dah jadi macam ni, jangan terlalu memaksa si dia untuk bersama dengan korang..

- Mudah Terasa Dengan Korang

Korang cakap sikit je, dia terasa.. Bila ada benda tak kena je, mula nak naik angin.. Mungkin korang tak perasan kalau lelaki itu dah memang jenis yang panas baran.. So, kenali dia dengan lebih sebab marah bila merajuk lagi bahaya daripada marah biasa..

- Buat Perkara Yang Perempuan Tak Suka

Beware! Ini tahap merajuk paling maksimum.. Sebab lelaki akan merajuk sampai sanggup buat apa yang perempuan tak suka. Contohnya, si lelaki akan protes dengan merokok, flirting dengan perempuan lain atau macam-macam lagi..

Tanda-tanda lelaki merajuk ni biasanya boleh dilihat bila dah teruk.. Sebab biasanya lelaki akan jarang merajuk melainkan perkara tu memang menusuk kalbu diorang.. Hehe.. Pesanan ikhlas, lelaki bila merajuk takkan sama dengan perempuan.. Cara untuk pujuk lelaki lain daripada cara untuk pujuk perempuan merajuk.. So, berhati-hatilah.. Ahaks..

12 Titik Ghairah Bagi Lelaki

Posted by Admin Sunday, July 29, 2012 0 comments

1.BELAKANG TELINGA

Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga Jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian. Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak. Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat. Kerana terlalu suka kadang-kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga.

2. TELINGA
Cuba teka kenapa pasangan korang sering mencumbui atau menjilat telinga korang. Jawapannya ialah kerana si dia berharap korang akan memberi perhatian yang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan daerah sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding telinga wanita. Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dihisap.

3. BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK

Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitif terhadap sentuhan. Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak saraf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang tengkorak ini bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah ini dapat menambah keintiman korang dengan pasangan.

4. BAHAGIAN BAWAH LENGAN
Ramai yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan tangan hingga siku cukup untuk
merangsang ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotis. Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah pasti gejolak seks korang meluap- luap.

5. PANGKAL LEHER
Gigitan kecil ala vampire dibahagian otot besat yang terbentang dari leher hingga ke bahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki. Ketegangan pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia akan membuatkan korang berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar bahtera.

6. ATAS BIBIR
Bahagian muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat korang dalam keadaan aduhai. Apatah lagi bagi lelaki bermisai nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan membuat sentuhan lebih bermakna.

7. KULIT KEPALA
Antara sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala. Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian kepala, kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak sarang perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba pasangan dan minta dia ramas kepala korang. Ghairah korang dijamin akan menjalar.

8. PUTING
Puting lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan pada puting dapat mempercepatkan proses orgasme. Ia disyorkan supayan pasangan korang meletakkan sebelah tangannya pada dada korang sambil jari jemarinya bermain-main lembut putting dada korang, manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu ghairah korang menggebu. Tapi ingat! walau apa pun yang dibuatnya pada puting korang pastikan ia tidak diperlakukan dengan kasar kerana ia akan menjejaskan ghairah.

9. TAPAK TANGAN
Tapak tangan antara daerah yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini korang akan berasa cukup ghairah seolah-olah korang ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.

10. JEJAK CINTA
Jejak cinta terletak diantara pusat hingga ke rerembut kemaluan. Kawasan ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan seluruh jari (ini boleh dicuba sendiri).

11. TULANG TONGKENG
Kedudukan tulang tongkeng terletak pada bahagian paling bawah tulang belakang. Daerah ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang luar biasa kepada korang.

12. TULANG PINGGUL

Bahagian ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas atau digigit.

Misteriousgrapesz

Fakta Menarik Tentang Lelaki

Posted by Admin Saturday, July 28, 2012 0 comments

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan korang seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik korang menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Misteriousgrapersz 

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

Posted by Admin Monday, July 9, 2012 0 comments

Warna kegemaran biasanya berbeza untuk setiap gender samada lelaki atau pun wanita. Kalau biasanya wanita dikaitkan dengan warna-warna lembut seperti merah jambu dan ungu, lelaki pula dikatakan mempunyai perwatakan yang berbeza dan ianya mempengaruhi bagaimana seseorang lelaki itu menggemari warna. Berikut adalah tafsiran rahsia warna kegemaran kaum Adam di dunia ini. Ketepatan tafsiran ini adalah mungkin ada, namun jangan dianggap ianya sesuatu yang hakiki.

Putih

Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah

Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.

Jingga

Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren

Warna ini adalah campuran merah dan kuning . Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning . Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Kuning

Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau

Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya korang sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri . Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran . Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam


Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat

Ia tanda banyak wang . Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan . Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

Sebab Lelaki Teransang 30 kali Sehari

Posted by Admin Saturday, July 7, 2012 0 comments


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, kebanyakan perempuan tidak memahaminya. Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Mengapa ini terjadi? Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnya.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan korang makhluk paling cantik dipandang mata, koranglah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur punggung.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘beromen’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?