Showing posts with label recycle. Show all posts
Showing posts with label recycle. Show all posts

How To: Membuat Penyapu Menggunakan Botol Plastik (Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, August 8, 2012 0 comments
Idea yang sangat kreatif.

Gambar di bawah ini adalah gambar-gambar bagaimana mengitar semula botol air plastik menjadi sebatang penyapu. Ianya senang dibuat dan sangat praktikal digunakan untuk menyapu sampah di atas tanah terutamanya di kawasan kampung atau kawasan sekolah. Anda mungkin boleh tolong sebarkan idea ini kepada orang lain untuk manfaat bersama.

Untuk melihat setiap arahan dengan lebih jelas, mungkin anda boleh ke laman web asal, tetapi jangan lupa untuk menggunakan google translate karana ianya dalam bahasa Portugis. hehe. Tapi tengok gambar pun mesti dah faham kan.

Trak Kecil Dikuaskan Oleh Najis Haiwan

Posted by Unknown Wednesday, July 25, 2012 0 comments
Idea yang bagus.

Kitar semula semakin menjadi pilihan utama pada hari. Aku ada paparkan beberapa entry pasal kitar semula bahan buangan seperti proses kitar semula di pakistan tempoh hari.

Sebuah zoo yang terletak di Colorado, iaitu Denver Zoo telah mengubahsuai baberapa trak kecil jenis tuk tuk yang dibeli daripada Thailand menjadi sebuah kenderaan yang dikuasakan oleh najis haiwan.

Untuk permulaan, Zoo ini menggunakan najis panda dan juga sampah sarap yang proses dan disimpan dalam bentuk pelet sebesar ibu jari. Palet ini akan dibakar di dalam penjana untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas motor elektrik kenderaan ini.

Untuk masa yang akan datang, pihak zoo ini mahu menjadikan 100% najis haiwan yang terdapat dalam zoo ini sebagai bahan bakar kenderaan ini. Sesuatu usaha yang bagus!


Tibe2Jam6Petang

Labah-Labah Diperbuat Daripada Gunting (5 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Cool.

Mari lihat labah-labah logam yang diperbuat daripada gunting oleh Christopher Locke. Sebenarnya gunting yang digunakan untuk membuat labah-labah ini ialah gunting-gunting yang dirampas oleh pihak keselamatan lapangan terbang. Ada juga gunanya gunting-gunting ini daripada dibiarkan berkarat sendiri. :>






Tibe2Jam6Petang

Kreatif: Melukis Potret Diatas Canvas Disket (8 Gambar)

Posted by Unknown Saturday, July 21, 2012 0 comments
Anda masih ingat kepada cakera liut? haha

Mungkin penggunaan dikset telah pupus pada hari ini dan hanya menjadi longgokan bahan buangan yang berhabuk.. Tapi tidak bagi Nick Gentry kerana beliau menggunakan susunan disket sebagai canvas untuk melukis potret.

Mari lihat potret-potret menarik yang dihasilkan oleh karyawan daripada London ini. Mungkin ini juga boleh dikatakan sebagai proses kitar semula dalam bidang seni. Idea yang sangat baik!

How To: Membuat Chipmunk Daripada Sarung Tangan

Posted by Unknown Tuesday, July 17, 2012 0 comments
Kreatif.

Sebelum ni aku ada paparkan bagaimana membuat patung beruang daripada stokin. Mari lihat pula apa yang anda boleh buat daripada sarung tangan. DIY (do it yourself).:>











Tibe2Jam6Petang

Potret Kreatif Daripada Mozek Tin Aluminium (9 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, July 15, 2012 0 comments
Kreatif!

Mari lihat potret yang dihasilkan daripada tin aluminium oleh Jeff Ivanhoe. Beliau menamakan seni ini sebagai AluMosaics.

Potret ini dibuat dengan menjadikan tin munuman yang kosong sebagai kepingan mozek aluminium sebelum disusun mengikut kesesuaian warna tin sehingga menjadi sebuah potret.Jika dilihat dengan lebih dekat, cat dan warna asal tin tersebut akan nampak lebih jelas.

Ini merupakan suatu seni dan juga cara baru untuk mengitar semula tin aluminium menjadi sesuatu yang lebih berfaedah.










Tibe2Jam6Petang

Mesin Taip Dijadikan Keyboard Komputer (5 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Retro + modern = awsome!

Sangat nostalgic bermain dengan mesin taip masa kecil dulu. Apabila menekan huruf secara serentak, kesemua 'kunci' (aku pun tidak tahu nama spesefik benda ni) akan melekat bersama haha.

Mungkin USB Typewriters dapat mengembalikan anda kepada zaman mesin taip. Ianya merupakan sebuah mesin taip sebenar yang ditukarkan kepada sebuah keyboard USB yang boleh disambungkan kepada komputer mahu pun tablet.

Harap-harap tiada masalah 'kunci' tersangkut semasa main game haha :>







Baju Diperbuat Daripada Tutup Tin Aluminium (3 gambar)

Posted by Unknown Saturday, July 14, 2012 0 comments
Kalau bab recycle, aku memang sangat suka!

Tempoh hari aku ada paparkan bagaimana membuat cover lampu menggunakan tutup tin aluminium dan juga potret yang dibuat menggunakan tin aluminium.

Kali ini mari lihat pula penutup tin aluminium dijadikan baju. Ianya dibuat oleh seorang pelajar daripada George Washington High School, Regan Kerr. Baju ini dibuat menggunakan 5114 penutup tin aluminium yang dikumpul oleh beliau dan memakan masa selama 5 bulan untuk disiapkan.

Jika anda mempunyai banyak penutup tin, apa kata cuba buat baju perang pula, mseti cool. :>




Tibe2Jam6Petang

Kreatif: Kitar Semula Hard Drive Menjadi Sesuatu Yang Cool (4gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 12, 2012 0 comments
Nice.

Lagi barangan cool hasil daripada proses kitar semula. Miguel Rivera merupakan seorang systems administrator yang bekerja di pengkalan tentera udara USA dab beliau seorang yang kreatif kerana menjadikan hard drive yang telah rosak menjadi arca-arca seperti kereta, motorsikal dan robot.

Jadi sesiapa yang mempunyai berlonggok timbunan bahan buangan komputer, anda mungkin juga boleh membuat sesuatu dengan barang-barang tersebut. Itupun jika anda seorang yang kreatif!





Tibe2Jam6Petang