-->
Showing posts with label Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Kreatif. Show all posts

Fotografi Kreatif Dan Comel Oleh Seorang Ayah (16 Gambar)

Posted by Unknown Monday, July 16, 2012 0 comments
Mungkin ini antara siri fotografi yang paling kreatif dan comel anda pernah lihat.

Jason Lee merupakan seorang wedding photographer mula mengambil gambar kedua anaknya, Kristin yang berusia 8 tahun dan Kayla yang berusia 5 tahun sejak tahun 2006 apabila ibunya didignosis dengan kanser.

Oleh kerana Kristin dan Kayla selalu tidak sihat, beliau tidak dapat membawa mereka berdua untuk melawat nenek mereka dengan kerap. Jadi, Jason mengambil keputusan untuk mengambil gambar kedua anaknya seperti di bawah dan dimuatnaik di dalam blog untuk dilihat oleh ibunya.

Anda boleh lebih banyak fotografi kreatif seperti di bawah yang memaparkan gelagat Kristin dan Kayla melalui laman flickr Jason di sini.

















Tibe2Jam6Petang

Cool: Topi Magic Dalam Pembinaan Oleh Figura Kecil (6gambar)

Posted by Unknown Sunday, July 15, 2012 0 comments
Cool.

Sebenarnya ianya adalah sebuah topi yang direka oleh Sara Grundy daripada firma Sorensen Grundy Milliners. Sesuai dengan rupa bentuk topi ini, ianya dinamakan 'Construction Overhead'.

Idea dan rekaan topi yang sangat unik!







Petani China Membina Kereta Elektrik Dikuasakan Oleh Angin (3 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Kreatif dan bijak!

Sebelum ni aku ada paparkan kapal selam mini buatan sendiri oleh seorang bekas perkerja kilang di Wuhan, China. Kali ini, Tang Zhengping seorang petani daripada Beijing telah mencipta sebuah kereta yang punca utama kuasanya adalah daripada angin.

Kereta ini sebenarnya digerakan dengan menggunakan bateri dan penjana elektrik. Bateri ini sentiasa mendapat bekalan kuasa daripada kipas di hadapan kereta dan dua keping sel solar pada bahagian belakang. Namun, bateri tersebut juga perlu dicas semula setiap 2 atau tiga hari.

Menurut beliau, kereta ini mampu mencapai kelajuan selaju 140 km/jam dan baterinya lebih tahan lama daripada kereta elektrik biasa. Driving DIY EV? Like a boss!




Iklan Kreatif Untuk Kempen Berhenti Merokok (6 Gambar)

Posted by Unknown Saturday, July 14, 2012 0 comments
Lain dari yang lain!

Selalunya kempen anti merokok mesti melibatkan topik kesihatan dan nyawa siap dengan poster-poster ngeri berkenaan penyakit. Mungkin iklan yang dibuat oleh agensi pengiklanan Iris daripada Amsterdam ini sedikit unik.

Dianggarkan lebih kurang 6,000 hingga 7,500 batang rokok yang di hisap setahun bagi perokok tegar. Jika duit untuk membeli rokok dalam masa setahun ini disimpan, mungkin ianya boleh digunakan untuk membeli barangan lain atau diguna untuk melancong.

Inilah idea yang ingin disampaikan dalam iklan berhenti merokok ini melalui potret yang dibuat daripada beribu batang rokok seperti di bawah. Nice!







Baju Diperbuat Daripada Tutup Tin Aluminium (3 gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Kalau bab recycle, aku memang sangat suka!

Tempoh hari aku ada paparkan bagaimana membuat cover lampu menggunakan tutup tin aluminium dan juga potret yang dibuat menggunakan tin aluminium.

Kali ini mari lihat pula penutup tin aluminium dijadikan baju. Ianya dibuat oleh seorang pelajar daripada George Washington High School, Regan Kerr. Baju ini dibuat menggunakan 5114 penutup tin aluminium yang dikumpul oleh beliau dan memakan masa selama 5 bulan untuk disiapkan.

Jika anda mempunyai banyak penutup tin, apa kata cuba buat baju perang pula, mseti cool. :>




Tibe2Jam6Petang

Potret Wajah Menggunakan Stokin (8 Gambar)

Posted by Unknown Friday, July 13, 2012 0 comments
kreatif.

Hong Yi, karyawan yang kini berpangkalan di Shanghai sekali lagi menghasilkan potret daripada barangan lain.

Sebelum ni aku ada paparkan karya beliau iaitu potret Jay Chou menggunakan cawan dan kopi serta potret Yao Ming dengan menggunakan bole keranjang, sekarang aku paparkan pula potert yang dibuat daripada 750 pasang stokin. Potret ini sebenarnya adalah potret wajah pengarah filem China terkenal, Yimou Zhang.

Aku nantikan lagi karya yang beliau akan hasilkan selepas ini kerana kesemua potret yang dihasilkan sangat unik dan kreatif!

Mug Bertemakan Twitter (3 Gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 12, 2012 0 comments
Creative and simple.

Mug di bawah adalah Twitt Mug daripada ThumbsUpWorld. Mug mungkin adalah biasa, tetapi yang membuatkannya mempunyai ciri-ciri tersendiri ialah pemegangnya. Yep, ianya berbentuk hashtag. Kaki twitter mesti suka! :>

Kreatif: Iklan Pada Muka Surat Majalah Yang Genius (14 Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, July 11, 2012 0 comments
Genius.

Iklan melalui majalah adalah salah satu cara paling berkesan kerana ianya membolehkan sesuatu iklan itu sampai kepada terus kepada pembaca. Iklan yang kreatif sudah tentu menarik lebih ramai orang untuk melihat dan membacanya lebih lama. Ini sangat memberi kesan kepada jenama dan produk yang dipasarkan.

Di bawah ini adalah antara contoh bagaimana para pengiklan membuat iklan dengan menggunakan beberapa muka surat majalah. Aku sangat sukakan iklan daripada syarikat DHL. Sangat Kreatif.


Adidas: Forever Sport




DHL International Courier Service




Wonderbra: Magazine




Greenpeace: Tree




WMF Knives




Hawaiian Tropic: Enjoy The Sun



Arcor: Bubble Gum



MacBook Air