-->
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Info! - 7 Tips membeli Tablet PC

Posted by Unknown Tuesday, November 6, 2012 1 comments
Bagi korang yang ingin membeli Komputer tablet, seperti Samsung Galaxy Tab 7.7 lagi-lagi iPad 3 bakal di keluarkan tak lama lagi, ikuti ​Tips Membeli Komputer Tablet di bawah ini.


Sekarang nie telefon skrin sesentuh dan tablet dah banyak dipasarkan di Malaysia, dan korang dapat lihat kebanyakan golongan remaja dan dewasa memilikinya. Buat masa ini pengeluar yang bergitu sengit persaingan nyer adalah diantara Android dan Apple.

Dengan banyaknya komputer tablet yang dijual di pasaran, di sini tao ada nak kongsikan beberapa ​Tips Membeli Komputer Tablet kat korang yang boleh korang pertimbangkan sebelum membeli, antara aspek yang korang perlu lihat adalah:

Sumber : TaoTauAjer

Hukum mengucapkan salam itu SUNAH dan menjawabnya itu WAJIB

Posted by Unknown Monday, October 15, 2012 0 comments

Sekadar mengingatkan sesama kita.

Ibnu Abdul Barr serta yang lainnya mengutip ijma' kaum muslimin bahwa hukum mengucapkan salam adalah SUNAH dan menjawabnya adalah WAJIB.

Imam Qurthubi berkata, “para ulama sepakat mengucapkan salam adalah SUNAH yang sangat dianjurkan, sedangkan hukum menjawabnya adalah WAJIB, sesuai dengan firman Allah SWT

"Apabila engkau dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah SWT memperhitungkan segala sesuatu." (QS. An Nisa; 86)

"Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah : "SALAMUN ALAIKUM". Tuhanmu telah menetapkan atas dirinya kasih sayang, yaitu bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan diantara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS Al An'am : 54)

Ucapkan salam jika bertemu dengan sesama Muslim dan balaslah salam jika seorang Muslim mengucapkannya.

Sesama Muslim kita diWAJIBkan membalas salam. Entah kenal maupun tidak karena dimata Allah SWT bahwa sesama Muslim itu adalah SAUDARA.

Jika anda merasa seorang Muslim maka balaslah salam ketika seorang Muslim lainnya mengucapkan salam untukmu

Semoga bermanfaat....

WOW! - Infografik: Kos Yang Diperlukan Untuk Menjadi Seorang Batman (4 GAMBAR)

Posted by Unknown Sunday, October 14, 2012 0 comments
Filem siri Batman diterbitkan pada minggu lepas 'The Dark Night Rises' sangat memberangsangkan, berpusu-pusu orang menyaksikan filem tersebut. Filem terakhir Batman adalah pada tahun 2008 iaitu 'The Dark Knight' yang juga di bintangi oleh Christian Bale.

Pernah tak terlintas di fikiran korang berapakah kos jika korang ingin menjadi seorang wira batman?? Jom kita lihat infografik di bawah ini jumlah kos keseluruhan kelengkapan sebagai seorang wira.



Itu baru bagi satu set lengkap suit bat man... kalau korang saksikan dalam Movie tersebut ade beberapa suit kan..

Saksikan lagi Infografik kos-kos jika menjadi Batman di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

TAUTAK? - Kajian mendapati Malaysia antara negara paling malas

Posted by Unknown 0 comments
Satu kajian di London mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.
Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Sumber : TaoTauAjer

TAUTAK? - Inilah Cara Mangkuk Tandas Diuji Sebelum Dijual (6 Gambar)

Posted by Unknown Saturday, October 13, 2012 0 comments
Semestinya Mangkuk tandas di uji kekuatannya daripada pecah dan ketahan lasakkan menahan beban yang duduk di atas nya. Tapi! pernah tak korang mengatahui sebelum mangkuk tandas di Jual dan di gunakan ia diuji kebolehkerjaannya keberkesanannya dalam mengepam najis ?
Apa benda nie? Jom saksikan lagi gambar - gambar di bawah ini cara menguji keberkesanannya dalam mengepam najis.

Sumber : TaoTauAjer

TAUTAK? - Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak tapi Spender Wanita Dijual Berselerak? (6 GAMBAR)

Posted by Unknown Thursday, October 11, 2012 0 comments
Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak dan Kenapa “Spender” Wanita Dijual Berselerak? mungkin ade yang perasan dan ade yang tak perasa akan fenomena ini di mana-mana Shopping Mall. Pernak tak korang tengok seluar dalam lelaki yang di jual tergantung-gantung?


Persoalan nyer kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?

Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?

Jom ketahuinya di sini...

Sumber : TaoTauAjer

TAUTAK? - Rahsia lambang singa di kotak rokok?

Posted by Unknown Monday, October 8, 2012 0 comments
Sama ada korang merokok atau tidak, tentu korang biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.


Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.

Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?

Sumber : TaoTauAjer

TAUTAK? - Mengapakah Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?

Posted by Unknown 0 comments
Mengapakah Lantai Masjidil Haram Tidak Panas? Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40 darjah.


Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Sumber : TaoTauAjer

TAUTAK? - Asal Usul Kenapa Jarum Jam Bergerak Ke Arah Kanan ?

Posted by Unknown Sunday, October 7, 2012 0 comments
Seperti mana yang kita tau dan yang kita belajar arah jam adalah ke kanan. Tapi dah besar-besar nie pernah tak korang terfikir kenapa jarum jam bergerak kearah kanan dan tidak kearah kiri?


Kalau korang nak tau, pergerakan jarum jam yang kita lihat pada hari ini sebenarnya bermula dari zaman tamadun Mesir purba lagi.

Bangsa Mesir kuno menggunakan pergerakan matahari untuk melakukan pengiraan waktu. Mereka mendirikan sebuah tugu yang disebut obeliks.

Ketika matahari bergerak maka bayangan dari obeliks tersebut juga akan bergerak. Dari pergerakan bayang-bayang itulah mereka mengukur waktu.


Matahari terbit dari timur, sedangkan Mesir berada di belahan dunia bahagian utara maka ketika matahari bergerak bayangan dari tugu obeliks pun bergerak ke arah kanan.

Seandainya Mesir berada di belahan dunia bahagian selatan mungkin kita akan melihat jarum jam bergerak ke arah kiri.

Sumber : TaoTauAjer

Info: Video Dengan Durasi Paling Panjang Di Youtube

Posted by Unknown Saturday, August 11, 2012 0 comments
Wtf!

Sebelum ni aku ada paparkan video lagu trololol selama 10 jam bertujuan untuk mentroll jiran semasa ketiadaan anda di rumah. Pernahkah anda terfikir video apakah yang mempunyai durasi paling panjang di Youtube?

Untuk pengetahuan anda, video paling panjang di Youtube setakat ini mempunyai durasi selama 596 jam 31 minit 22 saat! Aku tidak sarankan anda untuk melihat video ini, cukup setakat dijadikan info yang mungkin tidak berguna. haha.

Tibe2Jam6Petang 

KUPI2DULU: April Fools - Jangan Kau dibodohkan secara halus!

Posted by Unknown Friday, August 10, 2012 0 comments
Repost dari blog kupi2dulu.
________________________________________________________

Lamanya tidak lepak di sini.

Esok 1 April 2012, suatu hari yang dikaitkan dengan 'kebodohan'. Fobia tidak bertempat, mungkin. Ada sedikit sentimen agama mungkin. Disebabkan satu artikel, ya.

Kalau anda sedar, ada beberapa artikel popular yang beredar setiap kali tibanya 1 April setiap tahun. Artikel apa?

Artikel mengenai disebalik April Fools dan kejatuhan Islam di Sepanyol serta pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam Sepanyol. Isi utama artikel ini ialah, April Fools sebenarnya tarikh untuk memperingati hari tersebut.

Tidak tahu siapakah penulis asal yang membuat artikel ini dan untuk menjejak kembali mungkin sangat sukar kerana artikel dengan isi yang sama sudah beredar melalui emel dalam bahasa English sejak tahun 1997!

Apa yang menyedihkan, artikel ini (versi bahasa melayu) sering di-copypaste oleh orang lain dengan membuta tuli tanpa membuat rujukan.

Bila anda terbitkan (atau copypaste) artikel tanpa rujukan, orang (yang bijak) akan meragukan kesahihan cerita anda tapi, aku yakin lebih banyak yang percaya bulat-bulat dan menyebarnakknya tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

Barang bagus harus dikongsi! kan? Tapi bukan semuanya 'bagus', pasti ada buruk disebaliknya.

Aku tahu niat untuk berkongsi maklumat yang dirasakan patut untuk disebarkan adalah baik, tapi bagaimana jika maklumat yang disebarkan mempunyai kesalahan fakta?

Dan bagaimana jika pembaca (yang bijak) mahukan kepastian fakta dan rujukan? bolehkah anda sahkan kesahihan cerita yang anda sebarkan? Itulah gunakan rujukan. Rujukan yang berasas dan boleh di kreditkan!



Berbalik kepada isu utama, aku juga sedang mencari kepastian, benarkah 1 April ini merupakan tarikh pembunuhan penduduk Islam beramai-ramai di Sepanyol semasa berakhirnya pemerintahan kerajaan Islam di sana?

Pencarian aku berakhir dengan menjumpai beberapa dozen artikel yang sama, sama, dan sama namun tiada sumber rujukan melainkan link 'copypaste daripada'.

Ok. Untuk memastikan perkara ini, Aku teruskan pencarian dengan menggunakan kata kunci;

"Exact date, fall of Islam in Spain"

Kalau benar 1 April ini adalah tarikh sebenar, maka ianya akan tercatat dalam sejarah. Daripada maklumat yang aku temui, Kota Islam yang terakhir di Sepanyol ialah Granada. Jatuhnya kota ini ketangan tentera Ferdinand and Isabella bukan pada 1 April, tetapi pada 2 January tahun 1492.

Dari mana datangnya tarikh 1 April ini? Tettt! Tiada maklumat.

Jika ikutkan sejarah, salah satu peristiwa yang dikaitkan dengan April fools ialah pada 1 April 1572, semasa pemberontak Belanda berjaya menawan bandar Den Briel dari tentera Sepanyol yang dipimpin Lord Alva dan dipercayai nama bandar ini dinamakan sempena hari tersebut sebagai penghinaan kepada tentera sepanyol dan Lord Alva.

Seterusnya, cerita disebalik 1 April yang dikaitkan dengan sejarah kejatuhan pemerintahan Islam di Sepanyol dalam artikel tersebut telah disangkal dengan beberapa fakta sejarah.

Anda boleh membaca artikel yang menyangkal 'cerita disebalik 1 April' ini di sini (BI), sini (BM) dan sini (BI) dan banyak lagi laman web.

Sebenarnya aku tidak kisah tentang 1 April ni kerana ianya adalah hari biasa bagi aku dan aku juga tidak mahu ulas mengenai sejarah April fools yang berlambak di internet.

Namun penyebaran artikel yang tidak dapt dipastikan kesahihan faktanya harus dihentikan. Mereka yang menyebarkan artikel tersebut bila 1 April tiba tidak sedar bahawa mereka sendirilah telah 'dikenakan' pada hari April Fools.

Janganlah penipuan sejarah ini dijadikan satu alasan utama mengapa april fools tidak boleh disambut oleh umat Islam, kerana secara dasarnya memang April Fools tidak boleh disambut oleh umat Islam atas beberapa dalil, sila tanya Ustaz.

Harap anda tidak meraikannya kerana ianya bukanlah budaya kita dan tiada siapa yang suka dipermainkan. Jika mahu bergurau, setiap hari pun boleh kan? Tapi janganlah melebihi batas, nanti makan penumbuk pulak. :>

p/s: Rajin pula aku taip panjang-panjang, lepas ni kupi2dulu lah. b-)

Tibe2Jam6Petang

Fakta-Fakta Menarik Disampaikan Oleh Kacang Berwajah Anjing (Video)

Posted by Unknown Thursday, August 9, 2012 0 comments
What the...

Memeshiba merupakan animasi kacang berwajah anjing yang muncul secara tiba-tiba dan menyampaikan fakta-fakta menarik. Ianya dihasilkan oleh Dentsu, iaitu syarikat pengiklanan daripada Tokyo.

Kacang yang pelik dan menyebabkan sarapan aku tidak dapat dihabiskan haha.



Tibe2Jam6Petang

Kupi2dulu: Sejarah April Fools (Video)

Posted by Unknown 0 comments
Dengan kesempatan yang ada (haha), aku tolong promote-kan entry terbaru dari blog kupi2dulu:

April Fools - Jangan Kau dibodohkan secara halus!

Bacalah jika berminat. Sekian.:>

Gambar Disebalik Tabir Sepuluh Filem Terkenal (10gambar)

Posted by Unknown Wednesday, August 8, 2012 0 comments
Awesome.

Mari lihat beberapa gambar disebalik tabir beberapa filem. Seperti yang anda tahu, membuat filem memerlukan sentuhan 'magik' dan kreativiti pengarahnya untuk membuat satu scene tersebut berjaya dengan menggunakan pelbagai cara. Untuk melihat lebih banyak aksi di sebalik tabir setiap filem, kenalah cari the making of untuk setiap filem ini sendiri. Haha. Layan.

Avatar

Jurassic Park

The Avengers

Indiana Jones and the Raiders of the Lost Ark

Ghostbusters

The Matrix

Braveheart

Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back

Godzilla

Titanic

Tibe2Jam6Petang

Cahaya Misteri Dan Luar Biasa Muncul Di Langit Rusia (4gambar)

Posted by Unknown 0 comments
UFO atau HAARP?

Pada 7 Jun yang lalu 2012, dunia gempar dengan lingkaran cahaya misteri yang boleh dilihat melalui langit Lubnan dan juga negara di sekitarnya. Pada hari yang sama juga, di bandar Astrakhan, Rusia, satu cahaya misteri dan dan luar biasa dapat dilihat dengan jelas dari langit tersebut (seperti gambar di bawah).

Menurut laman theblueplanetdiaries, Kementerian Pertahanan Rusia sudah mengesahkan bahawa pada hari tersebut, mereka telah menjalankan ujian peluru berpandu ballistik antara benua (ICBM). Mungkin ini juga dapat menyelesaikan misteri lingkaran cahaya yang hampir sama berlaku di Norway pada tahun 2009 lalu.

Oh ya, berkenaan awan pelik yang berlaku di Sabah semalam, adakah ianya berpunca daripada ujian senjata rahsia oleh TLDM yang berpangkalan di Sepanggar? Atau hanya fenomena semula jadi? Rahsia. Hehe.

Haiwan Yang Kelihatan Seperti Anak Ayam Dan Tikus

Posted by Unknown Tuesday, August 7, 2012 0 comments
Apakah makhluk ini?

Aku ingatkan haiwan ini adalah haiwan hibrid, rupa-rupanya ia adalah haiwan asli yang lebih cenderung dijumpai di padang pasir.

Ianya adalah sejenis Jerboa yang merupakan roden padang pasir dan ia merupakan haiwan nocturnal yang aktif pada waktu malam. Walaupun ianya seekor roden, pergerakan dan bentuk fizikalnya mempunyai banyak persamaan seperti seperti kangaroo.

Mungkin kalau aku jumpa haiwan ni, aku akan klaim sebagai spesis terbaru kerana sebelum ni aku tidak pernah mengetahui kewujudan haiwan ini haha. Apapun, video di bawah ini adalah daripada jenis pygmy jerboa.



Tibe2Jam6Petang

15 Watak Fiksi Paling Kaya Tahun 2012 Mengikut Senarai Forbes (15gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Mungkin ini info baru untuk anda.

Sebenarnya Forbes juga telah mengeluarkan senarai watak fiksi yang paling kaya. Kekayaan ini dikira berdasarkan analisis yang dibuat oleh pihat Forbes ke atas segala sumber kekayaan dan aktiviti watak fiksi ini.

Mari lihat senarai 15 watak fiksi yang paling kaya pada tahun 2012 mengikut laman web Forbes. Dan yang paling kaya dalam dunia fiksi bukan 'seorang' tapi adalah sekor naga bernama Smaug iaitu watak fiksi daripada novel The Hobbit karya J. R. R. Tolkien.



1. Smaug
Worth: $62 Billion
Sources: Marauding
Residence: The Lonely Mountain


2. Flintheart Glomgold
Worth: $51.9 Billion
Source: Mining, Theft
Residence: Johannesburg, South Africa


3. Carlisle Cullen
Worth: $36.3 Billion
Source: Compound Interest, Investments
Residence: Forks, Wash.


4. Jed Clampett
Worth: $9.8 Billion
Source: Oil & Gas
Residence: Beverly Hills, Calif.


5. Tony Stark
Worth: $9.3 Billion
Source: Defense
Residence: Malibu, Calif.


6. Richie Rich
Worth: $8.9 Billion
Source: Inheritance, Conglomerates
Residence: Richville, U.S.


7. Charles Foster Kane
Worth: $8.3 Billion
Source: Media
Residence: Xanadu, FLA.


8. Bruce Wayne
Worth: $6.9 Billion
Source: Inheritance, Defence
Residence: Gotham City


9. Forrest Gump
Worth: $5.7 Billion
Source: Apple Inc.
Residence: Greenbow, Ala.


10. Mr. Monopoly
Worth: $2.5 Billion
Source: Real Estate
Residence: Atlantic City, N.J.


11. Lisbeth Salander
Worth: $2.4 Billion
Source: Computer Hacking
Residence: Stockholm, Sweeden


12. Tywin Lannister
Worth: $2.1 Billion
Source: Inheritance
Residence: Lannisport


13. C. Montgomery Burns
Worth: $1.3 Billion
Source: Energy
Residence: Springfield


14. Robert Crawley
Worth: $1.1 Billion
Source: Inheritance, Marriage
Residence: Downtown England


15. Jo Bennett
Worth: $1 Billion
Source: Electronic, Inheritance
Residence: Tallahassee, Fla.

Tibe2Jam6Petang

Suara Disebalik Ngauman Lion King (Video)

Posted by Unknown Monday, August 6, 2012 0 comments
Roarr!

Kalau anda pernah menonton kartun Lion King, zaman kanak-kanak anda adalah awesome haha. Sebenarnya suara ngauman singa dalam kartun Lion King adalah suara daripada seorang voice actor, Frank Welker.

Suara beliau juga banyak digunakan untuk memainkan watak animasi lain seperti watak Fred (Scooby Doo), Abu (Aladdin), Nibbler, (Futurama), Megatron (Transformers) dan banyak lagi watak animasi.

Mari lihat bagaimana Frank menghasilkan ngauman singa dalam video di bawah.


Kapal Titanic Yang Kedua Bakal Dibina (1 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, August 5, 2012 0 comments
Berita.

Jutawan daripada Australia, Clive Palmer telah menyatakan keinginan beliau untuk membina sebuah kapal Titanic yang baru (Titanic II). Ianya bukanlah sebuah model replika kepada kapal ini, tetapi ia merupakan sebuah replika sebenar yang boleh belayar!

Titanic II ini dibuat oleh Blue Star Line Pty Ltd, dijangkakan bakal siap dan belayar pada tahun 2016 dengan pelayaran sulungnya dari England ke Amerika Utara. Harap-harap kejadian lalu tidak berulang lagi.
RMS Titanic
Tibe2Jam6Petang 

Info: Disebalik Tabir Siri Teletubbies (5 Gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 26, 2012 0 comments
Nostalgic

Untuk mereka yang pernah melayan siri Teletubbies semasa zaman kanak-kanak, pernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakah Teletubbies ini dihasilkan dan siapakah disebalik alien-alien comel ini?

Mungkin anda sangka penggambaran siri ini di buat dalam sebuah studio, tapi sebenarnya Teletubby-land terletak di tengah-tengah sebuah kawasan ladang yang dinamakan Sweet Knowle, di luar bandar Warwickshire, England.

Orang yang memainkan peranan penting di sebalik kostum alien-alien comel ini ialah. Simon Shelton sebagai Tinky Winky, John Simmit sebagai Dipsy, Nikky Smedley sebagai Laa-Laa dan Pui Fan Lee sebagai Po.

Tinggi sebenar Tinky-Winky hampir mencecah 10 kaki, manakala Dipsy (9 kaki), Laa-Laa (8kaki 6 inci) dan Po (6 kaki 6 inci). Untuk menghasilkan ilusi, penggambaran siri televisyen ini memastikan segala objek yang digunakan akan diskalakan mengikut kesesuaian dunia dunia Teletubbies.

Inb4, setiap simbol di kepala Teletubbies mempunyai maksud tersembunyi untuk menyampaikan agenda Illuminati. Lulz.






Tibe2Jam6Petang