-->
Showing posts with label arts. Show all posts
Showing posts with label arts. Show all posts

Lukisan Menakjubkan Daripada Pelukis Jalanan Yang Berbakat (Video)

Posted by Unknown Thursday, August 9, 2012 0 comments
Amazing.

Sebelum ni aku ada paparkan video lukisan menggunakan jari oleh Fabian Gaete Maureira. Tapi beliau memang merupakan seorang karyawan seni yang sudah terkenal.

Jom lihat pula video seorang pelukis jalanan menghasilkan lukisan yang menakjubkan dalam masa yang singkat di Yangon, Myanmar. Beliau seorang remaja yang berbakat besar dalam bidang lukisan dan tahu menggunakan bakat yang ada untuk mencari pendapatan.

Tidak sia-sia layan video ini sehingga habis kerana teknik melukis yang digunakankan sangat memukau mata dan hasil lukisannya sangat bagus! :>

Mindblowing: Anatomi Otot Manusia Daripada Gulungan Kertas (8 Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, August 8, 2012 0 comments
Nice.

Sebelum ini aku ada paparkan anatomi badan manusia yang dibuat menggunakan gulungan kertas oleh Lisa Nilsson, kali ini mari lihat pula hasil anatomi otot manusia yang dibuat oleh Sarah Yakawonis. Kelihatan sangat kreatif dan mindblowing.









Tibe2Jam6Petang

Unik: Potret Pemandangan Menggunakan Pistol Paku (4gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Cool!

Pemandangan indah di bawah bukan dilukis menggunakan berus dan dakwat, tapi dihasilkan menggunakan paku. Chen Chun-Hao merupakan orang di sebalik karya ini.

Beliau menggunakan pistol paku untuk mencipta permandangan klasik yang diinspirasikan daripada lukisan tradisional landskap China oleh Fan Kuan dan Guo Xi. Ia mengingatkan aku kepada pemandangan laut daripada ribuan mata kail. Karya yang sangat unik dan mengkagumkan.

Cool: Seni Bayang-Bayang Oleh Kumi Yamashita (10 Gambar)

Posted by Unknown 1 comments
Cool.

Sebelum ini aku ada paparkan beberapa seni bayang-bayang termasuk yang dihasilkan oleh Kumi Yamashita. Jom lihat lagi beberapa hasil seni bayang-bayang oleh karyawan daripada jepun ini. Beliau menggunakan objek-objek biasa serta teknik pencahayaan untuk menghasilkan bentuk bayang-bayang yang sangat kreatif.

Mozek Pokok Sakura Diperbuat Daripada 10 Ribu Cupcakes (6gambar)

Posted by Unknown Tuesday, August 7, 2012 0 comments
Nampak sedap haha.

Mari lihat pemandangan pokok bunga sakura pada sebuah mozek yang dibuat daripada susunan 10 000 cupcakes. Ianya dibuat oleh Crumbs and Dollies iaitu sebuah kedai kek di London untuk sebuah program televisyen Jepun, ITTEQ. Kaki cupcake mesti terliur~ haha.

Kad Kredit Diperbuat Daripada Benang (5 Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, July 25, 2012 0 comments
Cool!

Dimitri Tsykalov daripada Rusia mempunyai beberapa koleksi kad kredit daripada seluruh dunia. Apa yang menarik mengenai kad kredit ini ialah, ianya dibuat sendiri oleh beliau dengan mengait menggunakan beberapa jenis benang.

Kalaulah hidup ini sangat terlalu mudah. Mahu duit? Lombong sendiri. Mahu kad kredit? Kait saja haha.







Tibe2Jam6Petang

Mengukir Bola Boling Menjadi Buku (6 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Ok ini rare.

Oleh kerana mengukir buku tebal untuk dijadikan sesuatu objek lain sudah terlalu mainstream, carilah benda lain untuk diukir menjadi buku pula.

Eddy Skyes merupakan karyawan yang berpengkalan di Los Angeles, menjadikan bola boling sebagai objek untuk diukir. Beberapa gambar di bawah merupakan bola boling yang telah diukir beliau menjadi sebuah buku. Ianya diukir dengan sangat terperinci.







Tibe2Jam6Petang 

Seni Arca Batu Sungai Yang Sangat Unik (12 Gambar)

Posted by Unknown Monday, July 23, 2012 0 comments
Kreatif!

Arca-arca batu sungai yang diukir dalam gambar di bawah adalah sebahagian daripada hasil karya Hirotoshi Itoh. Beliau mendapatkan batu-batu tersebut daripada tebing sungai yang terletak berdekatan dengan rumah beliau dan menggunakannya untuk mengukir arca-arca yang unik ini.

Kebayakan arca yang dihasilkan mempunyai zip yang terpasang pada batu-batu tersebut menjadikannya sesuatu yang sangat menarik dan adakalanya kelihatan sangat pelik!