-->
Showing posts with label painting. Show all posts
Showing posts with label painting. Show all posts

Lukisan Menakjubkan Daripada Pelukis Jalanan Yang Berbakat (Video)

Posted by Unknown Thursday, August 9, 2012 0 comments
Amazing.

Sebelum ni aku ada paparkan video lukisan menggunakan jari oleh Fabian Gaete Maureira. Tapi beliau memang merupakan seorang karyawan seni yang sudah terkenal.

Jom lihat pula video seorang pelukis jalanan menghasilkan lukisan yang menakjubkan dalam masa yang singkat di Yangon, Myanmar. Beliau seorang remaja yang berbakat besar dalam bidang lukisan dan tahu menggunakan bakat yang ada untuk mencari pendapatan.

Tidak sia-sia layan video ini sehingga habis kerana teknik melukis yang digunakankan sangat memukau mata dan hasil lukisannya sangat bagus! :>

Win: Apabila Lukisan Ditambah Dengan Makhluk Pelik (11 Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, July 24, 2012 0 comments
Kreatif dan mindblowing!

Chris McMahon dan Thyrza Segal merupakan dua orang karyawan yang kreatif. Mereka berdua membeli lukisan-lukisan yang dijual melalui kedai amal dan mengubah lukisan tersebut dengan menambah watak-watak istimewa.

Watak-watak istimewa tersebut adalah terdiri daripada raksasa dan makhluk-makhluk pelik yang sangat mindblowing! Apabila sebuah lukisan di berikan lagi sentuhan seni, hasilnya adalah lukisan yang tersangat win. Sila layan.



Wtf: Lukisan Menggunakan Ms Paint Yang Mindblowing (13 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, July 22, 2012 0 comments
Abso-fucking-lutely mindblows!

Lukisan di bawah dikongsikan oleh TheLittleClayroo daripada reddit. Ianya dijumpai dalam sebuah hard disk lama milik kawan beliau dan telah dilukis pada tuju tahun yang lalu.

Mengingatkan aku kepada lukisan Kurt Cobain dalam entry yang lalu. Aku tidak dapat bayangkan kalau Kurt Cobain melukis menggunakan MS Paint, mesti lagi mindblowing, tapi beliau sudah pun jadi arwah setahun selepas versi baru MS Paint diperkenalkan melalui Windows 95. Sadis.














Tibe2Jam6Petang

Cool: Tidak Dapat Memiliki Kereta Ferrari, Lukis Pun Jadilah (3 Gambar)

Posted by Unknown Saturday, July 21, 2012 0 comments
Kereta Ferrari parking di garaj!

Seorang peminat kereta Ferrari, Chris Smart daripada Bishopstoke, Hants, menyedari bahawa beliau tidak mungkin dapat memiliki kereta Ferrari sebenar. Jadi sebagai alternatif, beliau menghasilkan sebuah lukisan 3D di hadapan pintu garajnya, iaitu lukisan kereta Ferrari 250 GTO 1962. Beliau mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkan lukisan kereta ini dan hasilnya sangat nice!.

Harap-harap beliau bernasib baik dan dapat memiliki kereta Ferrari sebenar satu hari nanti. Mungkin nanti ada orang akan membeli lukisan ini dengan harga yang mahal, bolehlah beli kereta sebenar!:>. Apapun, bukan semua orang boleh memiliki barang mahal dan bukan semua orang juga boleh melukis dengan hasil yang sangat cool!




Tibe2Jam6Petang

Potret Berwarna Daripada Tali Kasut (9 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Cool.

Anda mungkin menyangka ini hanyalah potret berwarna yang biasa. Tapi bila diteliti secara dekat, potret ini sebenarnya diperbuat daripada tali kasut. Ya, pelbagai warna tali kasut! Ianya dihasilkan oleh Federico Uribe. Sangat unik dan mindblowing!




















Tibe2Jam6Petang 

Kreatif: Melukis Potret Diatas Canvas Disket (8 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Anda masih ingat kepada cakera liut? haha

Mungkin penggunaan dikset telah pupus pada hari ini dan hanya menjadi longgokan bahan buangan yang berhabuk.. Tapi tidak bagi Nick Gentry kerana beliau menggunakan susunan disket sebagai canvas untuk melukis potret.

Mari lihat potret-potret menarik yang dihasilkan oleh karyawan daripada London ini. Mungkin ini juga boleh dikatakan sebagai proses kitar semula dalam bidang seni. Idea yang sangat baik!

Cool: Lukisan Pada Badan Yang Realistik Seperti Photoshop (10 Gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 19, 2012 1 comments
Cool dan realistik.

Gambar di bawah bukan hasil daripada sebarang teknik manipulasi gambar atau photoshop. Sebenarnya ianya adalah body art painting yang dihasilkan oleh seorang pelajar universiti dari Jepun, Chooo San. Beliau menggunakan cat acrylic untuk menghasilkan lukisan realistik yang memberi ilusi ini. Sangat mindblowing.











Tibe2Jam6Petang