-->
Showing posts with label arca. Show all posts
Showing posts with label arca. Show all posts

Taman Tema Transformer Buatan Sendiri Di China (6gambar)

Posted by Unknown Thursday, August 9, 2012 1 comments
Nice.

Karyawan daripada China, Zhu Kefeng dan kumpulannya telah membuka satu taman tema Transformer di sebuah tapak kilang terbiar seluas 225 hektar yang terletak di Jiaxing, Wilayah Zhejiang.

Mereka membina robot-robot logam dengan menggunakan bahan daripada kereta dan juga bahagian mesin yang dikitar semula.

Dinamakan Mr. Iron Robot theme park, taman tema ini mempunyai lebih daripada 600 buah robot logam yang diinspirasikan daripada filem Transformer dan kumpulan ini telah menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membuat robot-robot tersebut.

Mengukir Bola Boling Menjadi Buku (6 Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, July 25, 2012 0 comments
Ok ini rare.

Oleh kerana mengukir buku tebal untuk dijadikan sesuatu objek lain sudah terlalu mainstream, carilah benda lain untuk diukir menjadi buku pula.

Eddy Skyes merupakan karyawan yang berpengkalan di Los Angeles, menjadikan bola boling sebagai objek untuk diukir. Beberapa gambar di bawah merupakan bola boling yang telah diukir beliau menjadi sebuah buku. Ianya diukir dengan sangat terperinci.







Tibe2Jam6Petang 

Labah-Labah Diperbuat Daripada Gunting (5 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Cool.

Mari lihat labah-labah logam yang diperbuat daripada gunting oleh Christopher Locke. Sebenarnya gunting yang digunakan untuk membuat labah-labah ini ialah gunting-gunting yang dirampas oleh pihak keselamatan lapangan terbang. Ada juga gunanya gunting-gunting ini daripada dibiarkan berkarat sendiri. :>






Tibe2Jam6Petang

Seni Arca Batu Sungai Yang Sangat Unik (12 Gambar)

Posted by Unknown Monday, July 23, 2012 0 comments
Kreatif!

Arca-arca batu sungai yang diukir dalam gambar di bawah adalah sebahagian daripada hasil karya Hirotoshi Itoh. Beliau mendapatkan batu-batu tersebut daripada tebing sungai yang terletak berdekatan dengan rumah beliau dan menggunakannya untuk mengukir arca-arca yang unik ini.

Kebayakan arca yang dihasilkan mempunyai zip yang terpasang pada batu-batu tersebut menjadikannya sesuatu yang sangat menarik dan adakalanya kelihatan sangat pelik!



Cool: Kepala Termaxinator T-800 Versi Sebenar (8 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, July 22, 2012 0 comments
Woah sangat cool!

Zaman robot sudah semakin dekat. Mungkin ini adalah kepala terminator yang paling realistik setakat ini. Kepala robot T-800 ini dihasilkan oleh T-Studio Animatronics Works daripada negara Matahari Terbit. Kalau buat lengkap dengan badan sekali, pasti lagi super!









Tibe2Jam6Petang 

Shitbrix: Apakah Makhluk Yang Sangat Pelik Dan Menyeramkan Ini?(9gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 19, 2012 0 comments
Apakah makhluk ini?

Hantu penanggalan? Kalau jumpa benda ni di waktu malam, memang lari lintang pukang la jawabnya. Jangan risau, ianya hanyalah arca haiwan yang di awet oleh Rick Durham dan namakan sebagai Swamp Booger.

Mesti anda tertanya-tanya, haiwan apakah yang mempunyai rupa seperti ini kan? Untuk pengetahuan anda, arca ini diperbuat daripada rusa yang dinamakan White-tailed atau Swamp Bugger. Ianya merupakan arca hibrid yang ditambah mata serta mulut buatan sendiri. Sebenarnya arca ini adalah bontot rusa tersebut. Hmm..bontot rusa memang sangat pelik dan menyeramkan. Haha.










Tibe2Jam6Petang

Kreatif: Arca Rumput Menyerupai Manusia (8 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Arca pelik.

Live of Grass adalah arca seni yang dihasilkan daripada benih gandum yang ditanam dan tumbuh pada tanah berbentuk tubuh manusia. Ianya dihasilkan oleh Mathilde Roussel. Nasib baiklah arca ini diletakkan di dalam bangunan, kalau di dalam hutan, mesti menjadi tanda tanya kepada orang ramai.

Inb4, entri blogger sensasi hari ini "Gempar! Manusia disumpah jadi rumput!" Lulz.









Tibe2Jam6Petang