Gara-gara mahu besarkan payudara, artis baru tempatan ini hampir maut
Thursday, October 4, 2012
0
comments
Sebab mahu cantik dan diterima dalam industri perfileman, ada bintang baru hendak mencipta nama dikatakan menjalani pembedahan payu dara, di negara jiran Thailand. Begitupun, cerita yang disampaikan sumber kepada CAK ini agak tragis kerana pembedahan dibuat hampir meragut nyawa pelakon baru ini.
Kisahnya, pelakon berstatus janda ini merancang menjalani pembedahan bagi membesarkan payu daranya sebagai usaha menarik perhatian penerbit, pengarah dan juga peminat. Maklumlah sudah beberapa kali berusaha menempatkan diri di kalangan kelompok artis wanita popular dan cantik, tapi gagal.
Menerusi teman-teman dia ke negara jiran untuk melaksanakan pembedahan. Begitu pun, kerana berkira duit dia memilih klinik murah di sana. Ada menasihati bintang baru ini, jika mahu buat pembedahan payu dara, pilihlah hospital lebih mahal kerana perkhidmatannya diyakini namun pelakon itu berdegil.
Kerana bayaran murah, doktor yang menjalani pembedahan dan kakitangan di klinik itu bukan mengambil kisah nyawa, yang penting dapat duit. Digasaknya payu dara artis itu seperti menyiang ikan. Selepas habis, terus dihalaunya pulang.
Hendak jadi cerita, sebaik selesai pembedahan dan ubat bius habis, artis itu meraung seperti mahu hilang nyawa dan berlaku pendarahan. Mujur waktu itu ada yang menemani, bergegas menghubungi ambulans dan menghantarnya ke hospital.
Umur panjang artis baru itu dapat diselamatkan nyawanya tetapi kerana berkira duit, akhirnya jumlah rawatan di hospital melebihi kos pembedahan membesarkan payu darayang sepatutnya. Mahu cantik punya pasal sanggup menggadai nyawa. Tapi sebenarnya kalau mahu berjaya tidak perlu payu dara besar yang penting bakat bagus, pasti akan mendapat tempat dalam industri dan lakonannya menjadi sebutan.

Sumber : BeritaCeritaDunia
0 comments:
Post a Comment