Dunia Yang Berbeza
Tuesday, October 2, 2012
0
comments
Dunia Satu;
Dunia ini dunia yang berlainan
Dunia penyaksian atas kesaksian
Dunia dimana terikat janji
Lafaz dan ikrar telah terpateri [1]
Dunia Dua;
Dunia ini dunia yang berlainan
Dunia terlupanya penyaksian kesaksian
Telah terurai ikatan janji
Dunia manusia memungkiri janji [2]
Dunia Tiga;
Dunia ini dunia yang berlainan
Dunia kepalsuan dan dunia kealpaan
Dunia yang tergambar dalam pemikiran
Diolah nafsu yang penuh keasyikan [3]
Namun;
Dunia sebaliknya adalah berlainan
Tempat berusaha dan beramalan
Jalan yang lurus dijadikan pedoman
Berpandukan Al-Sunnah berpaksikan Al-Quran
Inilah panduan dan pedoman bagi menuju Hari Kebangkitan
Dunia Empat;
Dunia ini dunia yang berlainan
Dunia kegelapan di kiri dan kanan
Dunia ditanya segala pertanyaan, segala perbuatan akan disaksikan
Dunia sementara menuju keabadian [4]
Dunia Lima;
Inilah dunia penentu
Dunia penampakan Hari Kebangkitan
Dunia terbalasnya segala amalan
Dunia pemisahan kiri dan kanan [5]
Dunia Enam;
Inilah dunia penentu
Dunia terakhir dan berkekalan
Dunia sebenar dan keabadian
Dunia yang telah diberikan pilihan
Pilihan setiap insan yang diambil kesaksian [6]
Rujukan :
[1]. Surah Al-A'raaf [7] : 172
[2]. Surah Al-Hasyr [59] : 18-19, Surah Yasin [36] : 77-79
[3]. Surah Az-Zukhruf [43] : 35, Surah Al-Kahfi [18] : 46
[4]. Pertanyaan Dalam Kubur
Dari Anas bin Malik : Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba jika telah diletakkan di dalam kuburannya dan para sahabat telah berpaling, ia benar-benar mendengar bunyi terompah mereka.” Nabi saw bersabda lagi, “Lalu dua malaikat mendatanginya, keduanya (malaikat) mendudukkan orang tersebut lalu bertanya kepadanya, ‘Apa yang kamu katakan pada orang ini (yakni Nabi saw)?
Adapun orang mukmin, maka ia menjawab, ‘Aku bersaksi bahawa ia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya’, lalu dikatakan kepada orang tersebut, ‘Lihatlah tempat tinggal mu di neraka, sungguh Allah telah menggantikannya dengan tempat tinggal di syurga’.” Nabi saw bersabda, “Maka ia melihat kedua-duanya.” [Hadis 2049] Sahih Nasa’i
Penambahan : (Nabi saw bersabda, “Adapun orang kafir dan munafik, maka dikatakan kepadanya, ‘Apa yang kamu katakan tentang orang ini?’ Maka ia akan menjawab, ‘Aku tidak tahu. Dahulu aku mengatakan sebagaimana yang dikatakan oleh banyak orang’. Lalu dikatakan kepadanya, ‘Engkau tidak tahu dan engkau tidak membaca’. Kemudian ia dipukul dengan sekali pukulan di bahagian antara kedua telinganya, lalu ia menjerit dengan jeritan yang dapat didengar oleh makhluk lain selain jin dan manusia.”) [Hadis Muttafaq alaih juga Nasa’i [Hadis 2050] dengan rujukan hadis di atas]
[5]. Surah Al-Jaatsiyah [45] : 27, Surah Al-An'aam [6] : 30, Surah Al-Waaqi'ah [56] : 8-9
[6]. Orang Yang Enggan Ke Syurga
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: “Siapakah yang enggan?” Baginda bersabda: “Sesiapa yang mematuhi perintahku (dia ingin) masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan (masuk syurga).” [1952] Sahih Bukhari
Koleksi Hadis Nabi
0 comments:
Post a Comment