-->
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Info! - 7 Tips membeli Tablet PC

Posted by Unknown Tuesday, November 6, 2012 1 comments
Bagi korang yang ingin membeli Komputer tablet, seperti Samsung Galaxy Tab 7.7 lagi-lagi iPad 3 bakal di keluarkan tak lama lagi, ikuti ​Tips Membeli Komputer Tablet di bawah ini.


Sekarang nie telefon skrin sesentuh dan tablet dah banyak dipasarkan di Malaysia, dan korang dapat lihat kebanyakan golongan remaja dan dewasa memilikinya. Buat masa ini pengeluar yang bergitu sengit persaingan nyer adalah diantara Android dan Apple.

Dengan banyaknya komputer tablet yang dijual di pasaran, di sini tao ada nak kongsikan beberapa ​Tips Membeli Komputer Tablet kat korang yang boleh korang pertimbangkan sebelum membeli, antara aspek yang korang perlu lihat adalah:

Sumber : TaoTauAjer

TIPS ! - Cara Buang Timeline pada Facebook anda

Posted by Unknown Sunday, November 4, 2012 0 comments
Tao tau pastinyer benci akan timeline yang telah aktif pada facebook korang dan berbakul-bakul jugak lah sumpah serananh korang kat Makzukberk tuh...hahaa. Tao pon tension jugak habis sume FB page tukar timeline dah tak best dah. Disini tao ade jalan penyelesaiannya.


Disini tao akan tunjukkan cara-cara bagaimana korang nak remove timeline tersebut pada account profil korang. Tapi... ade tapi pulak, ianya hanya berkesan pada korang yang dah install timeline remover ini la.

Ikuti langkah demi langkah bagaimana nak hilangkan timeline pada facebook korang di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

TIPS! - Mengupas kulit kentang dengan cepat 1 Saat jer siap

Posted by Unknown Saturday, October 6, 2012 0 comments
Selamat tengahari korang sudah masak? okay hari nieh tao nak ajar memasak ..huhu, di sini bagi makcik-makcik di luar sana yang malas nak kupas kulit kentang yang menyusahkan dan mengambil masa yang lama sini tao ade trick!


Saksikan dan ikuti langkah-langkah di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

Rahsia Amalan menjadi Wanita Solehah

Posted by Unknown Monday, October 1, 2012 0 comments

Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri-ciri yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.

Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.

Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.

Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.

Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7. Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2-cita menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

I Love Islam

17 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Posted by Unknown Sunday, September 30, 2012 0 comments

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang

sungguh berkesan.Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku
bersih”

Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini

merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa

diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” 

sebanyak 3X.

Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri

sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku

sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum

senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku,

esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian

saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur
sehingga keesokan harinya

Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-
perkara kejahatan.

Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak
sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

Kekalkan wuduk.

Bersedekah.

Belanja orang makan.

Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

Berkawan dengan ulama.

Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

Pesan pada orang, jadi baik.

Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

I Love Islam 

Siapakah Wanita Cantik?

Posted by Unknown Thursday, September 13, 2012 0 comments

Wanita cantik ialah:
Melukis kekuatan melalui masalah
Tersenyum saat tertekan
Tertawa saat hati sedang menangis
Tabah di saat terhina
Mempersona kerana memaafkan
Mengasihi tanpa balasan
Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

I Love Islam 

Riak Memusnahkan Pahala

Posted by Unknown 0 comments

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanyakan Baginda, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya, setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

I Love Islam 

Kenapa makan dengan Tangan Kanan?

Posted by Unknown 0 comments

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim)

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Akan tetapi rata-rata masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di majlis-majlis rasmi hinggalah ke makan di tempat-tempat ternama seperti di hotel-hotel besar.

Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis-majlis “high level”, pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.

Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.

Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.

Jadi jika kita kaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.

Makan dengan tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat-sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan-insan lain terutamanya dalam hal makan tersebut.

Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan-rakan sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara berpakaian yang “betul” termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu garpu pisau, etika pemakanan barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis-majlis rasmi, ini termasuklah dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.

Persoalannya adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat kita yang rata-ratanya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin-pemimpin kita rata-ratanya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni berbanding masyarakat? Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?

Apa yang saya kemukakan ini hanyalah hipotesis saya sahaja dari pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam-dalamnya. Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.

I Love Islam 

8 Petua Cantik dan Menarik

Posted by Unknown Tuesday, September 11, 2012 0 comments

Jadilah Ghaddul Basor (Menundukkan Kepala) Sebagai hiasan Mata, nescaya mata menjadi semakin Jernih.

Sapukanlah 'Lipstik Kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis.

Gunakanlah 'Pemerah Pipi' yang diperbuat daripada rasa Malu iman.

Pakailah 'Sabun Istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan

Rawatlah rambutmu dengan 'Selendang Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.(ni ada kat pasar)

Hiasilah kedua tangan dan jari2 mu dengan gelang Tawaduk dan cincin Ukhuwwah.

Pakailah kamu akan kalung kesucian.

Bedaklah wajahmu dengan 'Air wuduk', Nescaya wajahmu akan bercahaya di Akhirat Kelak.

P/S : Sume barang2 kat atas tu takde kat Pasar Malam, Pasar Tani or Pasar2 kat dunia ni..

    How To: Alternatif Lain Penggunaan Hoodie (5gambar)

    Posted by Unknown Wednesday, August 8, 2012 0 comments
    lagi lifehack yang mungkin berguna.

    Selalunya alternatif penggunaan hoodie ialah dijadikan selimut dan untuk menutup mata dalam situasi anda bermalam ditempat yang tidak dijangka tanpa sebarang persiapan. Mari lihat lagi lima alternatif lain penggunaan hoodie dan bagaimana anda boleh mengubah hoodie menjadi sesuatu yang lain.

    Mungkin ada yang katakan lebih baik menggunakan barang yang sepatutnya kerana ianya lebih selamat. Tapi cara di bawah ini hanya sebagai alternatif untuk kes kecemasan dan terpaksa. Manalah tahu suatu hari nanti ianya memang berguna kepada anda.





    Tibe2Jam6Petang

    Lulz: Lima Alternatif Lain Penggunaan Kondom (5 Gambar)

    Posted by Unknown Tuesday, July 24, 2012 0 comments
    Life hack untuk kondom! perangkap tikus adalah idea yang sangat genius. Lulz.






    Tibe2Jam6Petang

    How To: Membuat Pihak Betanggungjawab Membaiki Jalan Berlubang Dengan Segera (7gambar)

    Posted by Unknown Tuesday, July 17, 2012 0 comments
    Naah!

    Mesti ada jalan yang selalu anda lalui berlubang-lubang tetapi masih tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib. Mungkin cara di bawah dapat memaksa mereka bertindak dengan segera. Itupun jika ada yang sukarela membuat kerja amal ini. :>

    p/s: Kepada pihak-pihak tertentu, jalan-jalan di pedalaman Sabah dan Sarawak masih lagi tidak memuaskan. Harap maklum!








    Tibe2Jam6Petang