Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Budak Perempuan Dengan Badan Di Tutupi Bulu Hitam Di China (4gambar)

Posted by Unknown Tuesday, August 7, 2012 0 comments
Liu Jiangli, seorang budak perempuan yang mengalami satu penyakit kulit yang sangat jarang berlaku sejak dilahirkan. Tubuh budak ini ditutupi hampir 60% oleh bulu hitam dan lagi malang apabila beliau ditinggalkan oleh kedua ibu bapa serta dipulaukan oleh kanak-kanak lain kerana penyakit tersebut.

Beliau bernasib baik apabila diambil dan dijaga oleh datuk kepada sepupunya. Liu Jiangli berkemungkinan mengalami sindrom Ambras, namun setakat ini belum ada penjelasan sebenar untuk menerangkan penyakit yang dihidapi tersebut.

Harap-harap ada orang yang baik hati untuk menolong merawat penyakit yang dihidapi oleh beliau seperti yang berlaku kepada Didier Montalvo, the turtle boy. Give her back a faith in humanity.

Infographic: 25 Fobia Paling Pelik

Posted by Unknown Monday, August 6, 2012 0 comments
Pelik!

Jika anda mempunyai nomatophobia, anda tidak akan meneruskan untuk membaca infographic di bawah. haha

Pelbagai jenis fobia telah dikenalpasti sehingga hari ini, mungkin anda tidak akan menyangka 25 fobia yang disenaraikan dalam infographic di bawah benar-benar wujud. Sebagai info tamabahan, fobia kepada facebook.com juga wujud dan ianya dinamakan editiovultusphobia!






Tibe2Jam6Petang

Turtle Boy Berjaya Dibedah Untuk Mebuang Tahi Lalat Gergasi Di Badannya (6 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, August 5, 2012 0 comments
Seorang budak lelaki bernama Didier Montalvo berusia 6 tahun dan berasal daripada Colombia mendapat gelaran 'turtle boy' kerana tahi lalat gergasi yang tumbuh di belakang beliau menyerupai cengkerang penyu. Didier sebenarnya mengalami Congenital Melanocytic Nevus yang sangat jarang berlaku.
Lagi menyedihkan, Didier dan keluarganya dipulaukan oleh penduduk setempat yang percaya kepada perkara karut dan bimbang bahawa Didier telah disentuh kuasa jahat kerana dikandungkan semasa gerhana berlaku. Ini bermakna beliau juga tidak boleh ke sekolah dan dibaptiskan.

Mujurlah kesusahan yang dialami Dieder ini didengari oleh seorang pakar bedah plastik British, Neil Bulstrode dan tahi lalat gergasi ini berjaya dibuang melalui pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah ini secara percuma. Kini Didier boleh membesar seperti kanak-kanak yang lainnya. :)








Doktor Keluarkan Batu Karang Gergasi Dari Pundi Kencing Pesakit (3 Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, July 24, 2012 0 comments
What the..

Seorang pesakit pesakit yang dinamakan Mr Zhang dan berasal dari daerah Hubei, Wuhan pada mulanya mengadu mengalami kesakitan ketika kencing dan apabila melakukan pemeriksaan x-ray, didapati sebiji batu karang sebesar 11 cm berada dalam pundi kencing beliau.

Selepas menjalani proses pembedahan, sebiji batu karang yang mempunyai berat lebih daripada 1 kilogram berjaya dikeluarkan. Di bawah ini ialah gambar batu karang tersebut, jangan tengok kalau tengah makan. Berbb..haha.

inb4, petua orang dahulu, jangan tahan kencing selalu, nanti kena penyakit batu karang.







Tibe2Jam6Petang

Infographic: 5 Fakta Mengenai Rokok Elektronik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Posted by Unknown Monday, July 23, 2012 0 comments
Info yang menarik untuk perokok dan yang tidak merokok.

Berdasarkan infographic di bawah, kelebihan rokok elektronik adalah, ianya tidak mempunyai asap dan kadar nikotin yang boleh dikawal sendiri oleh perokok disamping ianya mempunyai pelbagai jenis perisa.

Oleh kerana ianya tidak berasap (ianya mengeluarkan wap), maka tiadalah orang di sekeliling dapat menghisap seconhand smoke dan yang paling penting, anda sebenarnya boleh merokok di kawasan yang tertulis 'no smoking' terutamanya di dalam bangunan kerana perbuatan menghisap rokok elektronik adalah 'vaping'.

Aku tidak tahu sama ada rokok elektronik lebih feel dan kick daripada rokok sebenar. Tapi kalau aku seorang perokok, mungkin aku akan pilih rokok yang sebenar. Itupun kalaulah.







Tibe2Jam6Petang

Lelaki Dari Mexico Menerima Dua Lengan Baru Selepas Kemalangan (2 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, July 22, 2012 0 comments
Macam bermimpi!

Itulah yang mungkin dapat dikatakan oleh seorang ayah kepada dua orang anak, Gabriel Granados. Beliau menjadi kudung pada kedua-dua lengannya akibat terbakar teruk disebabkan terkena renjatan elektrik.

Namun beliau begitu bernasib baik apabila kedua lengan beliau yang dipotong dari bahagian siku berjaya di sambung semula menggunakan lengan daripada seorang mangsa tembakan senjata api. Menurut doktor, beliau adalah pesakit pertama di Amerika Latin yang menerima pemindahan pada kedua lengan dan sebelum pembedahan, para doktor telah mencuba prosedur pembedahan tersebut pada beberapa mayat.

Yang menjadi persoalan ialah, adakah mangsa tembakan tersebut masih hidup dan secara sukarela memberi kedua lengannya? Entahlah aku pun tak tahu. Apapun, sungguh bertuah beliau kerana diberi peluang untuk mendapat tangan baru. Macam dalam filem!



Masalah: Persamaan Anda Dengan Benda Lain (Gambar)

Posted by Unknown Saturday, July 14, 2012 0 comments
Haha nice!

Mungkin anda mempunyai masalah yang serius dan memerlukan nasihat daripada pakar kaunseling dan psychiatrist. Apa masalah yang anda alami, anda boleh mengetahui betapa kritikal situasi anda melalui gambar-gambar di bawah.

Jika anda mengadu kerana sering dipinggirkan dan diabaikan, mungkin anda sama seperti sekeping disket. Sadis dan menyayat hati! haha.





Iklan Kreatif Untuk Kempen Berhenti Merokok (6 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Lain dari yang lain!

Selalunya kempen anti merokok mesti melibatkan topik kesihatan dan nyawa siap dengan poster-poster ngeri berkenaan penyakit. Mungkin iklan yang dibuat oleh agensi pengiklanan Iris daripada Amsterdam ini sedikit unik.

Dianggarkan lebih kurang 6,000 hingga 7,500 batang rokok yang di hisap setahun bagi perokok tegar. Jika duit untuk membeli rokok dalam masa setahun ini disimpan, mungkin ianya boleh digunakan untuk membeli barangan lain atau diguna untuk melancong.

Inilah idea yang ingin disampaikan dalam iklan berhenti merokok ini melalui potret yang dibuat daripada beribu batang rokok seperti di bawah. Nice!