-->
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Berjaya Dari Perspektif Orang Politik

Posted by Admin Sunday, August 5, 2012 0 comments

Orang politik memerlukan kedua-duanya untuk berjaya – akademik dan juga kekayaan. Seseorang itu apabila dia kaya setelah dia menceburi bidang politik, kita boleh katakana dia tak menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi sebab dia memang dah kaya, tetapi seorang ahli politik yang menjadi kaya setelah menceburi arena politik boleh menimbulkan prasangka.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” (Riwayat Ahmad)
Ingatan ini sangat baik untuk penggiat politik. Kalau tak politik secara rasmi pun mereka yang bermain politik dalam pekerjaan.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah seorang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin2 yang jahat di kalangan kamu ialah orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu.” Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka?” Sabda baginda, “Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.” (Riwayat Muslim)

Setiap pemimpin yang tak memiliki sekelumit kejujuran, sebenarnya tiada sebarang kejayaan pada mereka. Merteka harus memerhati sungguh2 hadis berikut;

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya, “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, “Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.” (Muslim)

Politik tidak jujur hujungnya kehinaan.

Misteriousgrapersz  

Berjaya Dari Perspektif Orang Jahat

Posted by Admin Saturday, August 4, 2012 0 comments

Orang jahat pula memperspesikan kejayaan dalam istilah yang bertentangan sama sekali dengan apa yang diistilahkan oleh orang baik. Bagi orang jahat semakin jahat semakin berjaya. Semakin banyak yang boleh dirompak semakin berjayalah, semakin ramai orang yang mati terbunuh asal niatnya tercapai akan semakin luar biasalah.

Dari Jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda, “Perumpamaanku dengan kamu sekalian ialah bagaikan seorang yang menyalakan api. Maka serangga2 berterbangan menjatuhkan diri ke dalam api itu. Padahal orang tersebut telah berusaha menghalaunya. Dan aku telah mencegah kamu semua agar tidak jatuh ke dalam api tetapi kamu meloloskan (melepaskan) diri dari tanganku.” (Muslim)
Begitulah ibaratnya orang jahat. Mereka mentafsirkan kejayaan dengan begitu keliru. Meskipun telah ditegah dan diberikan peringatan mereka masih nak melakukannya.

Semakin ramai orang terpedaya oleh kata2 fitnahnya semakin hebat dirasakan dirinya. Golongan ini kadang2 menggunakan orang lain untuk melemparkan fitnah. Dengan itu mereka selamat dari dilibatkan. Dalam perumpamaan Melayu ia dipanggil, “Lempar batu sembunyi tangan”. Golongan ini sebenarnya adalah mastermind untuk memburuk-burukkan seseorang supaya mereka dilihat lebih berjaya, lebih besar, lebih hebat, lebih dominan. Golongan ini amat takut dengan kebolehan pihak lain, yang mana mereka merasakan andainya mereka tak mencalar imej orang berkenaan, pekerjaan mereka akan hancur sebab akhirnya masyarakat akan melupakan mereka.

Nabi s.a.w bersabda, “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam samada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku – sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya – melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya”. (Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a)

Alangkah ‘sakitnya’ dunia

‘orang yang suka cari penyakit’.

Misteriousgrapersz  

Berjaya Dari Perspektif Orang Gagal

Posted by Admin 0 comments

Si gagal tegar menganggap dirinya berjaya. Dia meletakkan ukuran kejayaan pada tahap yang paling rendah hingga merasakan pencapaian mereka yang kecil dan sedikit itu dah cukup besar. Orang ini tenggelam dalam dunia ciptaan sendiri. Mereka tak nak berusaha lagi sebab merasakan kejayaan seperti apa yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sangat besar, mustahil mencapainya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasulullah s.a.w, “Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat seksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong”. (Muslim)


Lihat si fakir yang sombong. Dah la dia fakir tetapi sombong pula tu. Dia sombong tak nak berusaha dengan menyangka apa yang dimilikinya dah memadai sedangkan dengan sikap begitu dia kurang bersedekah, bangsanya dicap lemah dan kehidupannya tak meningkat maju. Ajaran mana yang diamalkan olehnya untuk kekal bersikap seperti itu?

Bangkitlah wahai orang yang gagal. Kejayaan sebenarnya sentiasa menanti sesiapa sahaja yang nak berusaha. Tak rugi menjadi orang berjaya tetapi menjadi orang yang gagal tetapi menyangka dah berjaya pasti rugi.

Memang kadang-kadang

terpaksalah menunjuk pandai

meskipun tak pandai.

Misteriousgrapersz  

Laluan Alternatif Untuk Berjaya Dan Kaya

Posted by Admin 0 comments

Jika korang gagal sampai ke satu2 destinasi akibat banjir, tanah runtuh, jalan raya mendap, apakah korang akan terus menunggu di situ atau mencari alternatif lain? Korang boleh menunggu tetapi sekiranya dalam musim tengkujuh, langit pula masih terlalu hitam serta hujan lebat masih turun, bukankah lebih baik mencari jalan lain dalam keadaan seperti itu. Berada lebih lama di situ sangat berbahaya. Menunggu juga bererti membuang masa. Entah bila JKR akan datang untuk membaik pulih jalan raya.

Sebenarnya, pada apa jua keadaan, korang patut bersedia dengan pelan kedua. Jangan bergantung pada satu pelan je sebab andainya pelan pertama tak menjadi, pelan kedua ada sebagai backup. Sama keadaannya ketika korang menyimpan dokumen penting dalam komputer, pastikan ada backup file dalam external hard disc atau thumb drive. Kita tak pernah tahu bilakah komputer kita akan mengalami masalah.

Dalam semua usaha, pelan kedua adalah penyelamat. Bayangkan seorang ahli perniagaan takde pelan kedua. Jika pernigaannya bungkus dia akan bungkus seluruhnya. Dengan pelan kedua, korang sentiasa ada jalan untuk terus menuju destinasi.

Dalam menuju puncak kejayaan dalam hidup, korang juga perlu bersedia dengan pelan kedua. Sebab itulah dalam borang pilihan kersus ke IPT, kita diberikan tiga pilihan ataupun lebih dari itu. Andainya kita didapati kurang layak untuk mengikuti kajian pilihan pertama kita akan diberikan peluang untuk mengikuti pilihan kedua. Andainya kedua juga telah penuh, korang akan dipertimbangkan pada pilihan ketiga dan begitulah seterusnya. Bermakna, hak korang untuk belajar tak pernah dinafikan semata-mata oleh kurang layak korang mengikuti satu2 kajian itu.

Mengapa pula dalam hidup korang takde pelan kedua? Sedangkan dalam hidup lebih banyak halangan terpaksa korang tempuhi. Dalam hidup macam2 hal boleh berlaku. Musuh korang terlalu banyak, samada yang korang ketahui ataupun tak. Seseorang yang hendak berjaya itu akan lahir bersama musuh-musuhnya. Musuh2 itu mungkin dalam bentuk manusia, benda, keadaan, suasana, bahkan sesuatu yang tak pernah korang jangka misalnya ilmu halus atau dalam erti kata lain ilmu hitam.

Yang penting kita kena faham

laluan kedua, ketiga dan seterusnya

sentiasa menanti orang yang

tak nak gagal selama-lamanya.

Misteriousgrapersz  

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Hidup

Posted by Admin 0 comments

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu baginda bersabda, “Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara).” Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata, “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau”. (al-Bukhari)
Apakah makna gagal dalam hidup? Umum mengatakan apabila seseorang itu menjadi sampah masyarakat, dia adalah gagal. Sesetengah orang awam mendefinisikan gagal dalam hidup itu bermula dari gagal dalam persekolahan, diikuti gagal mendapat pekerjaan, seterusnya gagal bercinta, berkahwin. Inilah bentuk2 gagal yang popular. Siapa2 yang dapat mengatasi takuk2 ini dianggap orang berjaya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”. (Muslim)

Apabila korang dikatakan orang gagal apakah sebenarnya yang korang rasa? Apakah korang tersenyum bahagia atau menangis di hati? Jika korang tersenyum, korang sukar mencari laluan lain untuk berjaya tetapi jika korang menderita di hati korang ada harapan untuk muncul sebagai orang yang berbeza kemudian hari.

Seorang penjenayah yang terkurung di dalam penjara pun bukanlah orang yang gagal sebab dia masih ada peluang untuk memperbaiki diri. Di dalam penjara itu dia diajar tentang hidup, selalunya apabila bebas nanti, mereka lebih memahami erti hidup lalu menjadi orang yang berguna.

Hal ini sangat berbeza dengan golongan penagih tegar. Mereka terkurung dalam penjara diri. Mereka tak dididik untuk mengenal makna hidup, mereka tenggelam dalam dunia khayalan ciptaan sendiri. Mereka merosakkan diri setiap detik, nyata mereka orang yang gagal.

Setiap kegagalan sebenarnya menyimpan seribu nikmat atau hikmah yang kita tak tahu. Apa juga bentuk kegagalan adalah kebaikan yang tersembunyi. Positiflah untuk menganggap kegagalan hari ini adalah penyebab untuk kejayaan lebih besar di kemudian hari.

Berasa cemburulah dengan kejayaan orang, kelak korang akan melihat laluan kedua terentang di hadapan korang. Berasa sakit hatilah dengan pencapaian orang, usah dengki hati. Ada bezanya antara sakit hati dengan dengki hati. Orang yang sakit hati hanya berasa sakit di hati, dari situ dia boleh membina azam dan dendam, untuk melangkah lebih pantas demi matlamat yang mahu dicapai, sebaliknya dengki hati adalah milik orang yang memang berhati busuk. Si dengki hati akan menyusun pelbagai agenda untuk menjatuhkan saingan, meskipun dia dalam bidang2 penuh kemuliaan. Sebahagian besar masanya digunakan untuk berfikir bagaimanakah dia boleh mencemar imej orang berkenaan semoga dengan itu dia akan dilihat lebih baik.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu dia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (Al-Quran dan hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain”. (Riwayat al-Bukhari)

Nabi s.a.w bersabda, “Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)”. (Abdullah bin Mas’ud r.a)
Allah itu Maha Adil. Apabila Dia memberikan ujian terhadap hamba2-Nya itu bukanlah zalim tapi itulah adil. Kita untung bab ini, kita rugi bab itu. Apakah korang sangka setiap orang beruntung itu untung sepanjang hayat? Apakah korang tahu setiap manusia tak terkecuali dari kerugian yang tak disangka-sangka? Takde manusia hidupnya untung sepanjang masa. Korang melihat orang yang beruntung itu sebagai beruntung tetapi apakah korang tahu masalah2 yang sedang dihadapinya? Jika korang nak tahu, berdampinganlah dengan mereka, korang akan tahu betapa lebih beruntungnya diri korang.

Namun dunia mengukur kegagalan manusia apabila dia kandas dalam akademik, rugi apbila berniaga, gagal mendapat pekerjaan, bermasalah dalam perkahwinan. Semua bentuk kerugian adalah kegagalan. Takpelah, yang penting kita kena faham laluan kedua, ketiga dan seterusnya sentiasa menanti untuk orang tak nak gagal selama-lamanya.

Berasa cemburulah dengan kejayaan orang,

kelak korang akan melihat laluan kedua

terentang di hadapan korang.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak

Kejadian Dalam Lif

Posted by Admin Friday, August 3, 2012 1 comments

Alkisahnya.. ..

Ada empat orang sedang menunggu lif. Seorang doktor, seorang lagi engineer, yang ketiga peguam dan yang last sekali tok Imam. Tengah boring menunggu lif, datang seorang awek cun yang seksi.

Apabila pintu lif terbuka, mereka pun masuk. Ketika lif hendak naik ke atas, secara tiba-tiba sahaja bekalan elektrik terputus. Lif pun terhenti dan keadaan menjadi gelap. Dalam keadaan Black Out itu, mulalah ada salah seorang dari mereka yang gatal dan hendak membuat kurang ajar pada awek yang seksi itu. Puaslah dia meraba awek itu di dalam gelap!...

Tiba-Tiba, bekalan elektrik kembali Okay. Awek itu pun perhatikan pada engineer, selepas itu pada si doktor kemudian kepada si peguam itu. Last sekali kepada tok imam. Dengan geramnya si awek itu bagi satu penampar jepun yang teramatlah kuat kepada si tok imam itu."Heiii, sudah tua bangka pun ada hati hendak meraba lagi!" Jerit si awek seksi sambil menunjuk penumbuknya kepada muka tok imam itu..

Soalan : Kenapa awek itu yakin benar bahawa tok imam itu yang membuat dajal?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kerana tok imam seorang sahaja lelaki!
Hahahahaha!

Pengajarannya, jika berbicara mengenai doktor, peguam atau engineer, pasti orang akan ingat lelaki sahaja yang pegang jawatan seperti ini. Wanita pun boleh ma..

p/s: ish3, terok bebenor org yg wat citer nie, tak pasal2 tok imam plak yg jd mangsa... marah sume umat Islam nanti...huhu

Untuk sumber rujukan, korang boleh search je kat google ayat kat bawah nie:

"Ada empat orang sedang menunggu lif. Seorang doktor, seorang lagi engineer, yang ketiga peguam dan yang last sekali tok Imam. Tengah boring menunggu lif, datang seorang awek cun yang seksi"

mesti melambak punye la hasil yg keluar....tapi penulis asal citer nie, admin pun tak tahu sape die...

Misteriousgrapersz 

Kisah Benar - Biar Mati Anak, Jangan Calar BMW

Posted by Admin Wednesday, August 1, 2012 3 comments
Gambar Sekadar Hiasan

Story dari sahabat teman…Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku pada 1 Februari 2008.

Masa rehat jumaat tadi, wife aku pergi Shah Alam Mall.

Setelah lunch kat situ dengan member dia, mereka berjalan menuju ke car park.

Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis…alahai kesiannya…

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Mereka laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya …

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu…

Pompuan A: umpil aje la pintu kereta ni..

Mak Budak tu: tak boleh…(sambil menangis)… nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare…

Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu: (sambil menangis)… nanti suami saya marah…

Pakcik B: isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni…

Pakcik C: “Mana bapaknya???”

Mak Budak tu: “Dia balik Meru ambil kunci”

Semua orang: “Apa! Meru!!!”

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta

tu. Suasana gamat macam perhimpunan haram...

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata…”saya takut suami saya marah” “Tunggu suami saya datang”…Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni…biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu…

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen” aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!”

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah

pemandu…praannng. …!!!! Selesai masalah…

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan. ..kesian baby tu..berpeluh- peluh dengan

kulit pun pucat dah naik biru….

Seorang lagi lelaki menjerit “biar saya periksa dia…. saya doktor”. Si doktor mendukung bayi dan

bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu…

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC…bapak dia masih tak muncul-muncul…ye la Meru tu kan jauh….mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu…

p/s: Kalau ye pun sayang kereta, taat dan patuh pada suami sekalipun, biarlah berpada-pada. Anak itu adalah anugerah Allah yang tiada gantinya walaupun si isteri itu dapat melahirkan zuriat yg seterusnya namum ia tetap tidak sama. Fikir-fikirkanlah ye...(",)

Misteriousgrapersz

Rokok Elektronik - Selamat Atau Tidak?

Posted by Admin Tuesday, July 31, 2012 5 comments
Dunia memang semakin canggih. Apa taknya sampai rokok pun dah jadi elektronik. Jadi apa itu rokok elektronik atau e-ciggaret ni? Yang pasti rokok elektronik adalah satu percubaan untuk mewujudkan sejenis rokok yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan rokok asal yang berasaskan tembakau yang pasti diketahui umum sebagai penyumbang kepada masalah berkaitan dengan kanser jantung.

Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga tahun 2010, sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet.


Contoh rokok elektronik yang dicipta di China

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.

Bahaya Rokok Elektronik

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.

Misteriousgrapersz

Kreativiti Imaginasi Melayu Tentang Alam Misteri

Posted by Admin Monday, July 30, 2012 0 comments
Saya ingin menganjurkan satu hipotesis bahawa peradaban alam Melayu yang dikatakan tradisional dari sudut sains mempunyai kekuatan epistemologi (asas ilmu), ontologi (pengalaman dalam bentuk realiti sosial) dan metodologinya sendiri untuk menguasai alam misteri dan imaginasi berkenaan. Dalam kata lain, untuk memahami misteri dan imaginasi yang dikatakan oleh Stephen Hawkins tidak dapat dikuasai oleh sains itu, ia memerlukan bukan ilmu sains tetapi satu bentuk ilmu lain. Ilmu inilah yang ada dalam peradaban Melayu. Bukan satu bentuk ilmu yang tradisional, rendah dan primitif tetapi suatu ilmu yang memerlukan ketajaman dan kebijaksanaan yang cukup rumit untuk menguasai serta memahami.

Kalau sains dan teknologi, melalui penciptaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berjaya mencipta apa yang dikatakan sebagai dunia maya, yang ternyata hanya dibina melalui nombor-nombor dan teknologi satelit. Peradaban alam Melayu sudah pun memiliki prototaip kepada dunia maya ini, yang kita kenal sebagai `dunia ghaib'. Ghaib yang tidak menggunakan nombor dan satelit tetapi menggunakan pelbagai makhluk yang kita kenal sebagai jin, hantu dan beberapa yang lain.

Menarik sekali untuk dikaji dengan lebih mendalam pertemuan dan pertembungan antara dunia maya dengan dunia ghaib ini kerana ia merupakan pertembungan dua epistemologi, atau dua tunjang dan asas ilmu, yang penjelmaan ontologinya tidak berbeza.

Maksudnya, kalau dunia maya tidak dapat dilihat dan dibuktikan kecuali di kaca komputer, begitu juga dunia ghaib hanya dapat dibuktikan melalui semangkuk air, seiris limau, seperasapan kemenyan, sehelai kain hitam, kuning atau merah dan pelbagai lagi peralatan perubatan peribumi yang masih diguna dan diperlukan oleh sekian ramai anggota kelas menengah Melayu baru di Malaysia sehingga ke saat ini.

Tidaklah memeranjatkan bahawa mereka yang terdidik dalam ilmu sains Barat/Eropah melihat yang misteri dan imaginasi ini sebagai suatu ilmu alternatif.

Malah di Australia, misalnya, dalam bidang perubatan telah wujud School of Alternative Medicine (Sekolah Perubatan Alternatif) yang dikatakan menggabungkan ilmu Timur dan Barat. Ramai doktor perubatan moden di Australia menggabungkan kedua-dua jenis epistemologi perubatan ini, yang saintifik dan yang dikategorikan sebagai perubatan alternatif dalam sebuah klinik. Bahkan ini memang sudah lama berlaku di India.

Apakah alasan utama yang membolehkan ini berlaku di Australia dan tidak berlaku di Malaysia. Ia rata-rata bersifat ekonomi politik.

Maksudnya, para doktor moden di Malaysia melihat bidang perubatan itu adalah hak kepunyaan mereka yang dilegitimasikan oleh undang-undang. Sesiapa yang mempraktikkan sebarang bentuk perubatan mesti ada lesen dan mesti ada kelayakan yang diperakukan lengkap dengan sijil dan sebagainya.

Maka diharamkan sesiapa saja yang lain membuka klinik yang mengamalkan perubatan alternatif. Kerana itulah bomoh dan dukun kita mempraktikkan sendiri-sendiri, senyap-senyap di anjung rumah masing-masing. Ada yang digelar sebagai ilmu hitam dan sebagainya.

Satu usaha yang lebih positif mesti dilakukan untuk membongkar tradisi yang berpangkalan dalam peradaban alam Melayu ini. Tetapi apa yang selalu berlaku adalah tradisi ini sering dimomok dan dikeji dan dipraktikkan secara sembunyi-sembunyi.

Kita memomoknya dengan menggunakan sudut pandangan dan epistemologi sains dan teknologi moden. Kita enggan melihat kekuatan dan peri positifnya tradisi peradaban alam Melayu ini dari sudut epistemologi dalaman peradaban kita ini, yang dikategorikan oleh peradaban Eropah/Barat sebagai alternatif tadi.

Apakah oleh kerana berlakunya pelbagai hal yang dianggap keji dan kejam akibat perdukunan dan perbomohan maka keseluruhan sistem yang mendukungnya itu tercemuh?

Saya berpendapat bahawa alam misteri dalam budaya di alam Melayu itu suatu misteri dan imaginasi yang cukup luar biasa kekuatannya. Bukan sesuatu yang bersifat antitesis kepada sains dan teknologi atau pembangunan ekonomi negara. Malah terdapat hubungan saling melengkapi antara kedua-duanya, cuma kita memerlukan kedua-dua pihak yang pakar dalam bidang ini yang bermastautin di alam Melayu untuk menganjurkan pertemuan dan perbincangan serius, bukan melakukannya dengan menyorok-nyorok sehingga menambahkan misteri dan imaginasi yang bukan-bukan mengenai suatu warisan terpenting peradaban alam Melayu.

Yang diperlukan adalah keterbukaan dan tolak ansur bukan syak wasangka dan buruk sangka. Alam misteri dan imaginasi peradaban Melayu di alam Melayu mempunyai komponen yang cukup positif. Aspek dan komponen ini yang patut kita ketengahkan. Tentunya persepsi popular mengenai alam misteri dan imaginasi ini dalam ruang pemikiran dan pembacaan popular di Malaysia, misalnya, tidak menggalakkan dan rata-rata negatif kesannya.

Alam misteri dalam budaya Melayu itu adalah suatu alam yang kaya, yang mempunyai asas ilmu tersendiri dan kukuh, yang didukung oleh satu realiti dan konteks sosialnya yang unik, serta kaya dengan metodologinya tersendiri. Cuma kita perlu mensistemkannya untuk boleh diterima pakai oleh semua manusia di alam Melayu dan di luar wilayah budaya ini.

- PROFESOR DATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN ialah Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Rencana ini adalah petikan kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Alam Misteri dalam Budaya anjuran Jabatan Muzium dan Antikuiti baru-baru ini.

Masalah Gagal Masukkan Buah Zakar

Posted by Admin Friday, July 27, 2012 0 comments
Klik pada gambar di bawah untuk kelihatan lebih besar dan jelas



p/s: kepada yang berkenaan, diharap janganlah terase ye...huhu

Sekadar Perkongsian...

Posted by Admin Thursday, July 26, 2012 0 comments

Assalamu'alaikum,

Tengah admin menyelongkar blog orang lain, terjumpe lak artikel ni. Mungkin ade yg dah pernah bace kot mesej nie. Yelah, sebab dah lame sgt kan. Tapi untuk sekadar perkongsian kpd korang semua, admin cilok jugak la...huhu. Jom bace mesej yg nak disampaikan di bawah.

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan perkara ini berlaku pada korang. Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba- tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tidak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun, lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman itu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

1. Bayangkan, dari 1,000 jemaah yang mengaku dia Islam hanya 20 yang betul-betul beriman.

2. Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia tidak katapun hendak bunuh, tetapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang dia masih tidak sembahyang jumaat lagi.

3. Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila time sembahyang Jumaat. Tunjuk muka dekat orang kampung. Ada lagi dashyat setahun 2 kali aje. Apabila time sembahyang raya.

4. Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam al Quran.

5. Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

6. Kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tetapi hendak berdoa kepada ALLAH, alahai.. tidak cukup masa.

7. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak entry atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama.

Wallahu'alam...

p/s: terase jugak admin nie...huhu...jom share dgn kengkawan yg lain!

Misteriousgrapersz

Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup

Posted by Admin Wednesday, July 11, 2012 0 comments

Kekuasaan Allah "Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup"

BIRZEBBUGA - Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir, Subhanallah...dengan kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup.

Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama 'Bintang' oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.

Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki 'Bintang' diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.

Ketika diperiksa didapati 'Bintang' telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, sekumpulan doktor berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala 'Bintang' melalui sebuah operasi di hospital Ta' Qali.

'Bintang' berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu tahun penjara dan denda 46,500 euro. Kumpulan pencinta binatang menggerakkan protes atas tindakan 'menjijikan' terhadap 'Bintang'. Satu laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7,000 pengikut. Sebanyak 1,000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan 'Bintang'. Mereka juga sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan 'Bintang'. Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak bintang.

Renungan:

Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun ianya terhadap seekor binatang.

Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman diatas bumi Allah ini disokong dan dibiarkan dalam melakukan kebinasaan. Munasabahlah didalam Islam, orang yang menyokong dan membiarkan kezaliman dimuka bumi ini disambar api neraka. Ingatlah Allah membenci orang-orang yang melakukan kerosakan dan kezaliman.

Sepertimana Firman Allah Ta'ala :



Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (At-Tuur 52:47)

"Orang - orang yang zalim tidak memiliki penolong, teman dekat dan pemberi syafa'at."

ALLAH berfirman:



Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; (A-li'Imraan 3:192)

Firman Allah Lagi:



Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. (Ghaafir 40:18)

Wallahu'alam....

Mengenali Ciri-ciri Seseorang Berdasarkan Kentut

Posted by Admin Tuesday, July 10, 2012 0 comments



1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi risau orang terbau kentutnya.

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh.

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air.

17. Orang ATLETIK


Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut.

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut.

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut.

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.



p/s: Artikel ini takde kena-mengena dengan fakta ataupun sains, cuma gurauan je semata-mata.

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Akademik

Posted by Admin 0 comments

Gagal akademik? Berusahalah lagi. Jika korang gagal SPM korang sentiasa ada peluang untuk mencuba lagi. Jika gagal mengulang kembali di sekolah bantuan penuh, korang boleh mencubanya sebagai calon persendirian, inilah laluan kedua buat korang. Tebus kegagalan korang itu dengan usaha yang lebih mantap. 

Namun begitu, korang tak perlulah kembali mengambil PMR dan SPM semula sekiranya korang dah pun berjaya menjejakkan kaki ke IPT semata-mata nak melihat keputusan yang lebih baik. Banyak lagi peperiksaan yang mesti korang tempuhi di universiti. Laluan kedua untuk berjaya akademik bukanlah mengulang sesuatu yang boleh diatasi dengan peperiksaan yang lebih sukar dan bermakna. Ketika korang memohon pekerjaan kelak, orang tak akan bertanya lagi berapa A yang korang dapat dalam peperiksaan rendah dan menengah rendah tetapi apa yang anda miliki ketika itu – diploma, sarjana muda, sarjana, Ph.D?

Jadi dalam kes begini, laluan kedua untuk berjaya dalam akademik adalah terus melompat lebih tinggi semampu korang, sebab yang dikira adalah kelulusan setinggi yang anda milliki.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa”. (Riwayat al-Bazzar)

Sememangnya korang bukanlah ulat buku pun, buktinya korang kandas dalam SPM. Itu menunjukkan korang memerlukan kaedah pembelajaran yang berbeza daripada yang ditawarkan di sekolah. Korang mungkin jenis yang boleh belajar dengan lebih baik secara online. Bukankah ini masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. Inilah laluan alternative buat korang. Bukan semua orang yang tewas di alam persekolahan itu tak pandai, kadang2 kerana suasana pembelajaran yang kurang sesuai dengan keupayaan korang atau mungkin juga para guru yang gagal memahami potensi diri korang lalu korang pun diabaikan. Korang gagal kali pertama bukan disebabkan korang bodoh tetapi sebab korang tak mendapat hak korang yang sebenar sebagai calon peperiksaan.

Malah para pelajar di sekolah penuh juga boleh mendaftar untuk pembelajaran secara online ini sebagai tuisyen alternatif. Ia boleh memantapkan lagi penguasaan terhadap mata pelajaran. Mengapakah tidak, pembelajaran secara online sangat menarik dan interaktif. Ia jawapan kepada para pelajar yang ponteng kelas2 tusyen. Tahukah korang rata2 guru tusyen adalah terdiri daripada para guru di sekolah, justeru kaedah pengajaran mereka pasti sama je seperti di sekolah. Apa helahnya mengajar di pusat tusyen?

Setelah selesai SPM, korang boleh teruskan belajar kaedah begini di IPTA. Tahukah korang ada banyak universiti awam di negara kita menawarkan pembelajaran secara jarak jauh. Korang juga boleh mengikuti pengajian secara online di beribu-ribu universiti siber di seluruh dunia. Bermula dari kursus pada peringkat sijil hinggalah kepada Ph.D, pembelajaran online adalah alternative untuk sesiapa je, di mana jua.

Tahniah buat korang. Takde istilah telah pandai pada orang yang sanggup belajar dalam keadaan apa jua, sebab setiap langkah yang mereka orak untuk memandaikan diri sebenarnya telah meletakkan diri mereka selangkah lebih pandai daripada orang yang langsung tak nak belajar.

Namun, usah tak tahu, memang ada orang yang pandai sesuatu bidang tanpa belajar pun, misalnya bidang motivasi. Bidang ini tak ditawarkan di mana2, tetapi dengan keikhlasan, kejujuran, bakat serta ilham yang ada, seseorang itu boleh cukup maju.

Takde istilah telah pandai

pada orang yang sanggup

belajar dalam keadaan apa jua,

sebab setiap langkah yang

mereka orak untuk memandaikan diri

sebenarnya telah meletakkan

diri mereka selangkah lebih pandai

daripada orang yang langsung tak nak belajar.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak

Laluan Alternatif Berjaya Dunia Dan Akhirat

Posted by Admin 0 comments

Nabi s.a.w pernah bersabda, “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong”.

Inilah gambaran orang yang takde alternatif dalam hidupnya. Dia hidup sebagaimana biasa orang lain hidup sedangkan orang lain itu menyediakan banyak bekalan tetapi dia tak. Satu ayat pun dia tak hafal, dia ibaratnya sebuah rumah yang kosong, boleh berlindung di situ tetapi tak akan merasai nikmatnya. Tanpa bekalan, adalah kematian tanpa membawa sebarang persediaan sedangkan persediaan bekalan sangat diperlukan untuk selamat di alam sana.

Oleh itu berusahalah menambah amalan dalam sebarang usaha keduniaan yang korang lakukan. Usah berjaya je di dunia tetapi kantoi di akhirat. Orang yang paling berjaya adalah mereka yang berjaya di dunia dan juga berjaya di akhirat.

Tanpa bekalan, adalah kematian
tanpa membawa sebarang persediaan sedangkan
persediaan bekalan sangat diperlukan
untuk selamat di alam sana.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Politik

Posted by Admin 0 comments

Meskipun politik hanya selayaknya menjadi gelanggang ahli2 politik, ramai juga orang yang takde kena-mengena dengan dunia politik terlibat atau melibatkan diri. Misalnya politik dalaman badan2 korporat, bahkan dari pejabat sekecil-kecilnya hinggalah kepada sebesar-besarnya, ramai sungguh orang yang bermain politik.

Dalam konteks artikel ini, kita hanya berbicara tentang politik berkaitan parti. Korang gagal meraih sokongan akar umbi, lalu kecundang dalam pemilihan parti peringkat bahagian. Apakah laluan kedua korang untuk meraih kejayaan? Membesarkan kabel, menabur wang, membeli undi, menyebar fitnah pada individu2 tertentu atau apa? Korang boleh lakukan semua itu tetapi sekiranya korang menyangka akan hidup selama-lamanya.

Jika korang rasakan dah kebal dosa lakukanlah. Jika korang miskin pengetahuan agama, sekurang-kurangnya tanyalah diri seandainya perkara begitu berlaku ke atas diri korang, apakah korang akan berasa selesa, tersenyum gembira? Jika tak, maka begitu jugalah orang lain. Hati nurani kita dengan mudah akan memberikan kita jawapan bahawa perbuatan2 seperti itu tak baik. Ia bukanlah laluan kedua untuk berjaya. Jika korang lakukan juga dan betul korang berjaya, ia sebenarnya bukanlah kejayaan tetapi kehancuran. Lambat laun korang akan menerima akibatnya. Politik tak jujur hujungnya kehinaan. Orang akan melupakan korang sedangkan untuk membina kepopularitian bukanlah sedikit wang yang dibelanjakan dan bukanlah kecil agenda jahat yang korang pasakkan, rupa-rupanya itu semua hanyalah bom2 api yang memusnahkan diri sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya”. (Riwayat Bukhari)

Laluan kedua korang untuk berjaya dalam politik adalah kejujuran, sejujur-jujurnya. Politik bermakna kepimpinan dan pemimpin. Pemimpin akan kekal selama mana dia jujur untuk menjadi pemimpin, seandainya dia dah mula menyeleweng dia adalah api yang terbakar. Sesiapa yang mendekatinya akan terbakar.

Pemimpin boleh terjadi dengan sendirinya ataupun dijadikan. Jika nak bahagia sebagai pemimpin, pilih yang jadi dengan sendirinya.

Kadang2 dengan memandai-mandai orang melihat dan menilai.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Kerjaya

Posted by Admin 0 comments

Korang dibuang kerja secara tiba2? Apa kesalahan aku? Mengapa aku dibuang? Takde siapa memberikan jawapan pasti kenapa hal sebegini terjadi terhadap diri korang. Syarikat di mana korang bekerja itu memang berhak melakukan apa2 je. Mereka ada seribu alas an untuk memecat sesiapa je yang mereka suka. Sememangnya setiap majikan punya hak untuk memberi notis 24 jam kepada mana2 kakitangan yang mereka rasakan penyebab pada kemunduran syarikat. Meskipun kadang2 ini semua berpunca daripada mainan politik dalaman, tetapi apakah korang ada bukti untuk berhujah begitu sekiranya nak membawa perkara ke tengah?

Arghh, lebih baik membina laluan alternatif. Kejayaan bukan semestinya di situ, ada banyak lagi tempat lain yang boleh dijadikan batu loncatan untuk melompat lebih tinggi.

Selalunya, berbekalkan pengalaman pekerjaan yang pernah dilalui, korang akan mudah diterima di tempat baru. Mereka bukan tahu sejarah apa yang korang lalui, meraka melihat resume korang, mereka akan membayangkan pengalaman yang korang bawa bersama. Mereka membayangkan pengetahuan dan pengalaman yang korang bawa bersama itu pasti menguntungkan.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang member manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata, “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katakanlah, “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan”. (Riwayat Muslim)

Pemecatan tak semestinya buruk sebab dengan pemecatanlah akan mengubah seseorang itu menjadi seseorang yang lebih berjaya. Dengan syarat? Dengan syarat dia sedar dan memang nak untuk berjaya. Jika tak, usahkan peluang di sebalik mata, peluang yang telah terbuka pun tak membawa apa2 makna.

Laluan kedua untuk orang bekerja sampai ke puncak adalah kerajinan, sabar dan iltizam. Korang telah memilih laluan ini sebagai kerjaya hidup, mengapa berdolak-dalik lagi. Bukankah baik susun langkah, perkuat wawasan diri, besarkan Tuhan dalam kehidupan. Setiap yang telah bekerja dikira sedang melalui alam kejayaan, sebab bukankah setiap yang ke sekolah kemudian masuk universiti hujungnya nak bekerja? Korang telahpun berada di alam pekerjaan, bukankah itu bermakna korang sedang berjaya? Korang hanya perlukan sedikit lagi motivasi untuk terus layak bergelar orang yang berjaya di puncak. Langkah alternatifnya adalah kerajinan, wawasan yang gemilang serta usaha berterusan untuk memajukan diri.

Selalu digambarkan dalam filem mahupun novel, seseorang yang baru je menyertai sebuah syarikat mendapat kenaikan yang memeranjatkan dan selalunya dia seorang yang jujur. Takde kabel, takde agenda tertentu, tetapi pemilik syarikat melihat kejujuran ini di matanya, lalu dia terus diberikan pangkat. Itulah makna laluan kedua dalam sector pekerjaan, iaitu melakukan kerja dengan penuh integriti dengan meletakkan Allah di tempat yang tertinggi.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat samada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencagahnya”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Kerja adalah petaka pada orang yang culas, tak amanah. Ia adalah laluan alternatif ke neraka. Mengapa pula? Bukankah bekerja itu ibadah? Seandainya kerja dilakukan dengan membentuk dosa di dalamnya, apakah korang sangka dosa membawa ke syurga? Setiap dosa pasti akan membawa ke neraka. Jadi, apabila kerja dilaksanakan dengan asas2 buruk ia sentiasa petaka.

Laluan alternatif untuk korang adalah memperbetulkan langkah. Kali ini jangan silap lagi. Jangan kecundang lagi mentafsirkan makna pekerjaan yang sebenar.

Apa guna kelulusan setinggi gunung

tetapi malas si pemiliknya juga sebesar gunung.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak

Ketagihan & Nyalaan Nafsu Seks 'Gelap'

Posted by Admin Monday, July 9, 2012 0 comments

SOALAN

Assalamualaikum warahmatullah..

Terlalu banyak pandangan, ajaran, nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.

Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.

Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.

JAWAPAN (Ustaz Zaharuddin)

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.

Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.

Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ

Ertinya :

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..."
 (Al-Baqarah : 187)

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa jawapan uzar sebelum ini :-

Allah swt juga menegaskan :-

إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)

BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU?

Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.

Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Apa yang perlu adalah : -

Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.

Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.

Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.

Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Seperti menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.

Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan, bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah. Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.

Pesakit kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat buruk melanggarinya.

Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefahaman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.

Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti : 

azab api neraka, azab kubur, mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan kejauhan dari rahmat Allah swt serta tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

penceraian akan berlaku akibatnya, pasangan zina mengandung, bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu, mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya, apa akan jadi kepada anak-anak ?,
kejian masyarakat, ditangkap basah dan diumum di media, adik beradik mengeji, akan dijangkiti AIDS,
dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG?

Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.

SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.

15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.

16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

20. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Sekian.

Polis Muslimah Pertama Bertudung Di Sweden

Posted by Admin 0 comments

DONNA Eljammal yang berusia 26 tahun, mencatatkan sejarah sebagai polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung ketika bertugas secara rasmi.

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis lama wujud sebelum dirinya memakai tudung.

“Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain dan bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer,” katanya.

Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi hampir mustahil, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, selepas beberapa perdebatan yang akhirnya membuka minda rakyat.

Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara pelbagai kaum dan agama dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza.

“Saya membesar di pekan Piteå dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di Pejabat Masyarakat, saya adalah orang pertama yang memakai tudung.

Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadinya seorang Muslimah yang wajib bertudung,” jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan tugasnya tanpa halangan, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya. – freemalays




Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

Posted by Admin 0 comments

Warna kegemaran biasanya berbeza untuk setiap gender samada lelaki atau pun wanita. Kalau biasanya wanita dikaitkan dengan warna-warna lembut seperti merah jambu dan ungu, lelaki pula dikatakan mempunyai perwatakan yang berbeza dan ianya mempengaruhi bagaimana seseorang lelaki itu menggemari warna. Berikut adalah tafsiran rahsia warna kegemaran kaum Adam di dunia ini. Ketepatan tafsiran ini adalah mungkin ada, namun jangan dianggap ianya sesuatu yang hakiki.

Putih

Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah

Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.

Jingga

Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren

Warna ini adalah campuran merah dan kuning . Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning . Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Kuning

Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau

Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya korang sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri . Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran . Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam


Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat

Ia tanda banyak wang . Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan . Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.