Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Hidup
Saturday, August 4, 2012
0
comments
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu baginda bersabda, “Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara).” Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata, “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau”. (al-Bukhari)
Apakah makna gagal dalam hidup? Umum mengatakan apabila seseorang itu menjadi sampah masyarakat, dia adalah gagal. Sesetengah orang awam mendefinisikan gagal dalam hidup itu bermula dari gagal dalam persekolahan, diikuti gagal mendapat pekerjaan, seterusnya gagal bercinta, berkahwin. Inilah bentuk2 gagal yang popular. Siapa2 yang dapat mengatasi takuk2 ini dianggap orang berjaya.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”. (Muslim)
Apabila korang dikatakan orang gagal apakah sebenarnya yang korang rasa? Apakah korang tersenyum bahagia atau menangis di hati? Jika korang tersenyum, korang sukar mencari laluan lain untuk berjaya tetapi jika korang menderita di hati korang ada harapan untuk muncul sebagai orang yang berbeza kemudian hari.
Seorang penjenayah yang terkurung di dalam penjara pun bukanlah orang yang gagal sebab dia masih ada peluang untuk memperbaiki diri. Di dalam penjara itu dia diajar tentang hidup, selalunya apabila bebas nanti, mereka lebih memahami erti hidup lalu menjadi orang yang berguna.
Hal ini sangat berbeza dengan golongan penagih tegar. Mereka terkurung dalam penjara diri. Mereka tak dididik untuk mengenal makna hidup, mereka tenggelam dalam dunia khayalan ciptaan sendiri. Mereka merosakkan diri setiap detik, nyata mereka orang yang gagal.
Setiap kegagalan sebenarnya menyimpan seribu nikmat atau hikmah yang kita tak tahu. Apa juga bentuk kegagalan adalah kebaikan yang tersembunyi. Positiflah untuk menganggap kegagalan hari ini adalah penyebab untuk kejayaan lebih besar di kemudian hari.
Berasa cemburulah dengan kejayaan orang, kelak korang akan melihat laluan kedua terentang di hadapan korang. Berasa sakit hatilah dengan pencapaian orang, usah dengki hati. Ada bezanya antara sakit hati dengan dengki hati. Orang yang sakit hati hanya berasa sakit di hati, dari situ dia boleh membina azam dan dendam, untuk melangkah lebih pantas demi matlamat yang mahu dicapai, sebaliknya dengki hati adalah milik orang yang memang berhati busuk. Si dengki hati akan menyusun pelbagai agenda untuk menjatuhkan saingan, meskipun dia dalam bidang2 penuh kemuliaan. Sebahagian besar masanya digunakan untuk berfikir bagaimanakah dia boleh mencemar imej orang berkenaan semoga dengan itu dia akan dilihat lebih baik.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu dia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (Al-Quran dan hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain”. (Riwayat al-Bukhari)
Nabi s.a.w bersabda, “Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)”. (Abdullah bin Mas’ud r.a)
Allah itu Maha Adil. Apabila Dia memberikan ujian terhadap hamba2-Nya itu bukanlah zalim tapi itulah adil. Kita untung bab ini, kita rugi bab itu. Apakah korang sangka setiap orang beruntung itu untung sepanjang hayat? Apakah korang tahu setiap manusia tak terkecuali dari kerugian yang tak disangka-sangka? Takde manusia hidupnya untung sepanjang masa. Korang melihat orang yang beruntung itu sebagai beruntung tetapi apakah korang tahu masalah2 yang sedang dihadapinya? Jika korang nak tahu, berdampinganlah dengan mereka, korang akan tahu betapa lebih beruntungnya diri korang.
Namun dunia mengukur kegagalan manusia apabila dia kandas dalam akademik, rugi apbila berniaga, gagal mendapat pekerjaan, bermasalah dalam perkahwinan. Semua bentuk kerugian adalah kegagalan. Takpelah, yang penting kita kena faham laluan kedua, ketiga dan seterusnya sentiasa menanti untuk orang tak nak gagal selama-lamanya.
Berasa cemburulah dengan kejayaan orang,
kelak korang akan melihat laluan kedua
terentang di hadapan korang.
-Laluan Ke-2 Ke Puncak
0 comments:
Post a Comment