Petua Penjagaan Kulit Berminyak
Saturday, August 18, 2012
0
comments
Antara ciri kulit muka berminyak ialah berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat serta bintik hitam. Juga terdapat kilatan pada zon T muka anda. Zon T ini meliputi bahagian dahi, hidung dan dagu anda. Pori-pori biasanya kelihatan melebar.
Justeru, bagi mengatasi masalah kulit berminyak secara beransur-ansur, anda boleh menggunakan masker (topeng muka). Antara jenis masker yang baik adalah lumpur.
Tetapi jika agak sukar untuk anda dapatkannya, boleh gunakan masker buatan sendiri dengan menggunakan 1 biji putih telur dan setengah biji jus lemon.
Cara-cara membuat masker:
1. Masukkan putih telur ke dalam sebuah bekas.
2. Campurkan perahan jus lemon ke dalam bekas yang sama.
3. Kacau kedua-dua ramuan di atas hingga sebati.
4. Sapukan ia pada keseluruhan muka anda.
5. Biarkannya lebih kurang sekitar 20 minit.
6. Selepas itu, cuci muka anda sebersih-bersihnya.
Petua ini boleh diamalkan sebulan sekali. Tak lupa juga, pastikan anda memakai pelembap muka setiap kali selepas memakai masker tadi. Tujuannya bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi kering.
0 comments:
Post a Comment