-->
Showing posts with label LUCAH. Show all posts
Showing posts with label LUCAH. Show all posts

5 Model Gemuk Tercantik Paling Laris Di Dunia

Posted by Unknown Wednesday, October 10, 2012 0 comments
Menjadi model memang biasanya hanya dimonopoli oleh wanita bertubuh langsing dan kurus. Namun sekarang agaknya anggapan itu sudah dipatahkan oleh model-model wanita dengan ukuran tubuh besar tapi cantik hingga menjadi laris di pasaran dunia.

Model wanita cantik ini kebanyakkan memiliki tubuh berisi namun kecantikan dan keseksian mereka tak kalah dengan model wanita langsing yang memang sudah terkenal. Lima model wanita cantik ini membuktikan bahawa mereka masih tetap boleh berhijrah ke dunia modelling dengan ukuran tubuh yang lebih tepat disebut "berlemak".

1. Ashley Graham



Melihat wajah cantiknya tak hairan jika model wanita cantik bertubuh gemuk ini amat laku untuk menjadi model pakaian dalam. Graham walaupun bertubuh besar namun mampu untuk menunjukkan keseksian tubuhnya.



2. Barbara Brickner


Model wanita cantik yang memiliki tubuh gemuk ini memang telah menekuni kerjaya di dunia modeling selama lebih dari 10 tahun. Brickner telah banyak digunakan oleh designer termasuk sebuah syarikat Itali, Elena Miro. Tak hanya itu Brickner juga membuka usaha baju hamil sendiri yang dilabel BB Martenity dan dijual di pelbagai department store di Amerika Syarikat.



3. Christina Mendez


Model wanita cantik dengan ukuran tubuh plus ini membuat sejarah di dunia model dengan menjadi model Hispanik bertubuh besar pertama di pelbagai kempen fashion. Siapa yang tak tertarik melihat wajah cantiknya apalagi ia memang seksi walaupun bertubuh besar.



4. Fluvia Lucerda


Kecantikan dan keseksian Model wanita cantik dari Brazil ini memang tak dinafikan. Ia sebelum ini pernah bekerja sebagai nanny di New York apabila seorang editor majalah memintanya untuk menjadi model. Bahkan ia ketika ini disebut sebagai Gisele Bundchen versi gemuk.



5. Tara Lynn


Melihat gambarnya yang cantik dan seksi memang wajar jika Tara Lynn menjadi salah satu model wanita gemuk yang paling seksi di dunia. Tara Lynn merupakan model plus size yang terkenal melalui cover model majalah Elle Perancis. Lynn membuktikan bahawa trend di dunia model dan fashion boleh berubah dan gemuk itu boleh juga seksi.

Guru miang raba punggung pramugari cun dalam kapal terbang

Posted by Unknown Sunday, September 2, 2012 0 comments

Seorang guru sekolah dari Emiriah Arab Bersatu telah mencabul tiga orang pramugari ketika dalam penerbangan Singapore Airline dari Dubai ke Singapura bersama keluarganya.

Semalam, Ahmad Abdullah Saleh Alyasi, 41, telah didenda $10,000 (RM24,890) setelah mengaku dua kali memegang punggung dua orang pramugari berusia 27 tahun pada 19 Ogos lepas.

Sebelum kedua-dua insiden itu, beliau turut meraba peha seorang pramugari berusia 23 tahun dan tuduhan ini termasuk dengan hukuman yang telah dikenakan ke atasnya.

Mahkamah diberitahu pada pukul 4 pagi, ketika seorang pramugari yang sedang melayan anaknya, Ahmad mengambil kesempatan memegang punggung pramugari tersebut ketika melintas dihadapannya.

Pramugari tersebut menjeling ke arahnya dan dia hanya meminta maaf dan berlalu begitu sahaja.

Lebih kurang tiga setengah kemudian, seorang lagi pramugari yang sedang menyusun majalah telah diraba sekali lagi oleh Ahmad dibahagian punggung kiri ketika dia berjalan melintasi mangsa.

Ahmad didenda $10,000 kerana meraba

Merasa jelik dengan perbuatan Ahmad, mangsa menegur beliau dan memberitahu supaya menghormatinya dan kawan-kawannya.

Ahmad sekali lagi meminta maaf dan berlalu.

Ayah kepada lima orang anak itu kemudiaany ditahan ketika sampai di Singapura.

Peguammnya berkata, ini adalah kesalahannya yang pertama.

Ahmad juga telah mengaku bersalah dan menunjukkan rasa sesalnya, kata peguam itu lagi.

Hakim menasihati Ahmad supaya berkelakuan lebih baik pada masa hadapan kerana kesalahannya boleh dikenakan hukum penjara.