Bayi Perempuan Ditemui Dalam Masjid

Posted by Unknown Saturday, September 1, 2012 0 comments
Kejadian berlaku di dalam masjid di Kampung Saujana, Setiu apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam masjid tersebut, awal hari ini.

Bayi berkenaan dijumpai oleh imam dan ustaz masjid itu pada pukul 6 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat Subuh jelas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan.


“Ketika masuk ke ruangan solat lelaki, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna jingga dan apabila didekati mereka mendapati objek tersebut adalah seorang bayi perempuan.”

Menurut beliau berdasarkan kesan darah yang terdapat pada bayi itu, polis percaya bayi seberat 3.4 kilogram itu baru dilahirkan.

Bayi itu dihantar ke Hospital Setiu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan klinik atau hospital yang menerima pesakit baru lepas bersalin supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

Betul Betul Cool - Kereta Glow In the Dark

Posted by Unknown 0 comments
Kereta ini pastinya menjadi tumpuan pada waktu malam kerana ia glow in the dark! Macam kunang-kunang versi kereta, memang cool.










GAMBAR GADIS 31 TAHUN YANG SEOLAH – OLAH KELIHATAN BARU 14 TAHUN

Posted by Unknown 0 comments
Inilah gadis comel dan cantik dari Hunan, China yang kelihatan seperti budak kecil berusia 14 tahun. Xia Da, nama sebenar gadis comel ini sudah berumur 30 tahun. Beliau dilahirkan pada 4 April 1981 dan merupakan seorang pelukis kartun yang terkenal.




Betul Betul Cool - Bila Askar Beraksi (Part 2)

Posted by Unknown 0 comments

SHIT : KERJA GILA PANGGANG KUCING UNTUK DIJADIKAN MAKANAN

Posted by Unknown 0 comments
Kembang tekak admin tengok diorang masak kucing buat sup...

Anda tengok la,kalau jenis yang geli mau muntah hijau jam tu juga...


Gila tengok peniaga kucing ni huh, dia katakan ianya berlaku di china dimana kucing dijadikan sebagai salah satu makanan diorang dan ada yang membuat sebagai rendang kucing, gulai kucing, kucing panggang.

Satu penyeksaan yang paling brutal terhadap makhluk penyayang ni. Mungkin kekangan serta sumber makanan di tempat-tempat tertentu di china sukar didapati, dan kucinglah menjadi mangsa. Tapi jika ada haiwan lain, haraplah kucing bukan mangsa kerakusan dan nafsu manusia yang suka makan kucing ni.










Barreleyes: Ikan Berkepala Lut Sinar

Posted by Unknown 0 comments
Barreleyes yang lebih dikenali dengan gelaran ikan hantu, bersaiz kecil dan hidup di laut dalam. Kepalanya yang lut sinar membolehkan mata ikan tersebut menerima lebih banyak cahaya untuk menajamkan penglihatannya.






Jogging Sambil Curi Coli

Posted by Unknown 0 comments

SHAH ALAM – “Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini”, ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.

Nota: Foto adalah sumbangan pembaca Sinar Harian, Mohd Fahmi Mohd Safi