Showing posts with label serious. Show all posts
Showing posts with label serious. Show all posts

Apabila Sebahagian Kristian Di Filipina Memprotes Konsert Lady Gaga (15 Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, July 18, 2012 0 comments
Gagagagaga.

Sebelum ini konsert Lady Gaga mendapat tentangan hebat daripada sebahagian masyarakat Kristian di Korea Selatan dan sebahagian masyarakat Islam di Indonesia. Kali ini mari lihat apabila sebahagian masyarakat Kristian Filipina memprotes konsert Beliau.

Pada pendapat akulah, orang-orang Asia lebih kuat berpegang kepada agama dan budaya mereka, dan inilah yang menjadikan mereka hidup dalam keadaan yang harmoni dan sebahagian daripada mereka akan rage bila budaya melampau Lady Gaga datang ke tanah air mereka.

Aku tidak tahu sama ada masyarakat Hindu di India akan memprotes semasa beliau membuat konsert di sana dan bagaimana pula di Malaysia? Mungkin jadi isu politik!
















Tibe2Jam6Petang

Serius: Design Kasut Adidas Cetus Kemarahan Orang Ramai (2 Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, July 17, 2012 0 comments
Adidas dan rasisme?

Kalau sebelum ini, Crocs dan Nike yang mendapat kecaman daripada masyarakat Islam kerana rekabentuk logo pada produk mereka menyentuh senstitviti agama. Sekarang giliran Adidas pula dikecam kerana mengeluarkan produk yang bersifat rasisme.

Rekabentuk kasut terbaru keluaran Adidas mencetuskan kontroversi kerana mempunyai dua gari plastik untuk pergelangan kaki yang mirip dengan gari yang digunakan dalam sistem perhambaan orang kulit gelap pada era kolonial.

Pihak Adidas mendapat kecaman daripada orang ramai yang mendakwa rekabentuk kasut ini menyinggung perasaan orang berketurunan kulit gelap. Apa pendapat anda mengenai rekabentuk kasut ini?

Inb4, Kasut Nike Air Yeezy Kanye West tidak mendapat sebarang kecaman daripada pengikut Kabbalah. Lulz.



Tibe2Jam6Petang