Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Infographic: Asas Menggunakan Twitter

Posted by Unknown Friday, August 10, 2012 0 comments
Good info!

Aku masih ingat lagi tarikh aku buat account twitter ialah pada 3 disember 2009. Masa tu tiada kawan yang guna twitter maka aku tinggalkan saja twitter tu dengan gambar profile telur. *foreveralone.jpg*

Aku mula login balik account twitter aku pada tahun 2011 bila ada beberapa orang kawan mula aktif ber-twitter haha. Aku bukan kaki twitter dan namun aku lebih suka main twitter melalui smartphone. Mula-mula main twitter, aku terasa ketinggalan zaman dan kena cari satu persatu apakah fungsi RT, @, # dan lain-lain.

Untuk yang baru menggunakan twitter, mungkin infographic di bawah dapat membantu anda memahami twitter dengan lebih cepat!


Tibe2Jam6Petang 

Infographic: Cara Untuk Mengubah Bentuk Font Pada Post Di Google

Posted by Unknown Wednesday, July 25, 2012 0 comments
Nice.

Walaupun Google Plus (Google+} masih baru, namun tidak mustahil ianya menjadi media sosial yang digemari suatu hari nanti. Aku semakin kerap lepak di Google+ dan semakin hari aku nampak perubahan yng berlaku di Google+. Layout pun dah berubah sedikit kan kini ianya juga mempunyai 'hash tag' (#) dan 'trending' seperti twitter.

Ada banyak lagi kelebihan Google+ yang tidak ada pada media sosial lain seperti muat naik gambar dalam format gif dan juga mengubah gaya font pada post anda. Adakalanya ianya seperti 9gag, makin banyak anda dapat +1 pada post anda, ianya akan menjadi popular dan dipaparkan juga pada home orang lain juga. Jadi anda tidak akan terlepas posts yang menarik daripada public.

Baiklah, cukup dengan pendapat peribadi aku mengenai Google+ di atas, Infographic di bawah adalah sedikit tips tentang bagaimana anda boleh mengubah bentuk font pada post anda di Google+.

Mungkin lepas ni akan ada lebih banyak lagi tips terbaru daripada Google+. Cuma bagi aku layout Google+ agak terlalu boring kerana semuanya berwarna putih.



Tibe2Jam6Petang

Infographic: 20 Kelebihan Google Plus Berbanding Media Sosial Lain

Posted by Unknown Tuesday, July 24, 2012 0 comments
Good info.

Sebelum ini aku ada paparkan infogrphic mengenai cara mengubah font pada post Google+. Sekarang mari lihat pula apakah kelebihan Google+ berbanding media sosial lain (aku rasa tajuk ini lebih sesuai untuk gantikan tajuk infograpic di bawah).

Apapun, membuka akaun Google+, tidak bermakna anda harus meninggalkan media sosial lain, tapi ianya hanya sebagai salah satu pilihan. Melihat infographic ini, membuatkan aku untuk terus melihat akaun Google+ aku dan terdapat penambahan baru pada Google+ iaitu cover photo yang sama seperti facebook. Nice improvement.













Tibe2Jam6Petang