Showing posts with label games. Show all posts
Showing posts with label games. Show all posts

Siri Animasi Angry Birds Sebanyak 52 Episod Oleh Rovio

Posted by Unknown Thursday, August 9, 2012 0 comments
Good news!

Selepas melancarkan game terbaru Angry Birds Space kini Rovio Entertaiment bakal melancarkan siri animasi Angry Birds.

Siri ini akan ditayangkan secara mingguan melalui pelbagai saluran secara online. Ianya mempunyai 52 episod dan setiap episod mempunyai durasi selama 2 hingga 3 minit.

Tiada sebarang tarikh tetap untuk pelancaran animasi pendek ini, jadi nantikan kemunculan video animasi ini yang mungkin dilancarkan pada hujung tahun ini. Pihak Rovio juga sedang membuat filem animasi Angry Birds yang mungkin akan ditayangkan selepas tahun 2014.

Apapun, jom layan beberapa animasi pendek yang dibuat khas oleh RovioMobile di YouTube sebelum ini. Nice!





Tibe2Jam6Petang

Cool: Jika Portal Gun Wujud Dalam Dunia Sebenar (Video)

Posted by Unknown Wednesday, August 8, 2012 0 comments
Apa yang berlaku jika Portal gun wujud dalam dunia sebenar? Video yang diinspirasikan daripada permainan video POrtal dengan Visual effect yang sangat menarik. Layan.




Tibe2Jam6Petang

The Fan Film: Pac Man The Movie (Video)

Posted by Unknown Tuesday, August 7, 2012 0 comments
Sangat cool!

Filem pendek dalam video di bawah merupakan filem mengenai permainan arked terkenal, Pac Man. Ianya merupakan sebuah fan film yang dibuat oleh Steelehouse Digital.
Jika anda pernah main game ini, zaman muda anda mesti sangat awesome. Selamat menonton filem pendek Pac Man the movie. Enjoy!

Awesome: Figura Link Daripada Legend Of Zelda (6gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 19, 2012 0 comments
Nice.

The Legend of Zelda merupakan salah satu game yang popular yang diikeluarkan oleh Nintendo. Link merupakan watak utama dalam game ini.

Di bawah adalah action figure Link yang diinspirasikan daripada siri game The Legend Of Zelda, Skyward Sword yang dikeluarkan pada tahun 2011. Figura ini dihasilkan oleh Max Factory dan bakal berada di pasaran pada bulan Oktober 2012. Sangat awesome!







Tibe2Jam6Petang

Awesome: Permainan Monopoly Versi War Of Warcfraft (5 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Nice.

Dulu blog ini ada paparkan mengenai permainan monopoly versi laman maya. Kali ini, mari lihat pula Monopoly: World of Warcraft Collector's Edition. Ianya boleh dibeli melalui laman Amazon.com

Dengan permainan monopoly versi War of Warcraft ini, anda mungkin boleh menguasai dan memiliki lot tanah di bumi Azeroth. Tapi sayangnya, duit yang digunakan dalam permainan ini adalah duit kertas. Jika gunakan replika duit syiling emas perak dan gangsa, tentunya permainan ini akan lebih awesome.

Inb4, cheat WhosYourDaddy tidak akan berkesan dalam permainan monopoly ini. Lulz.







Tibe2Jam6Petang

Angry Fruits: Mushups Antara Angry Birds Dan Fruit Ninja (8 Gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 12, 2012 0 comments
Pada suatu hari..

Kumpulan Angry Birds telah keluar mencari makanan setelah penat membelasah para babi hijau. Secara tidak sengaja mereka telah menjumpai selonggok buah-buahan dan tanpa berlengah, mereka pun memakan buah tersebut. Beberapa jam selepas itu, didapati bentuk fizikal mereka telah berubah wajah!

Haha hanya cerita rekaan semata-mata.

Angry Fruits merupakan mushups antara watak-watak dua game terkenal iaitu Angry Birds dan juga Fruit Ninja yang dibuat oleh Tony Luo. Nice and creative!