-->
Showing posts with label beautiful. Show all posts
Showing posts with label beautiful. Show all posts

Rare: Fenomena Pelangi Terapung Di China (3 Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, July 24, 2012 0 comments
Amazing!

Mari lihat satu fenomena yang dipanggil floating rainbow (pelangi terapung). Ianya berlaku pada waktu senja 5 Jun yang lalu dan dapat dilihat di langit Bandar Wanning yang terletak di wilayah Hainan, China.

Sebenarnya pelangi yang kelihatan terapung di awan ini terjadi apabila sinaran matahari terbias melalui ketulan kristal ais yang terdapat di dalam awan dan fenomena ini sangat jarang berlaku.

Inb4, Ini mesti kerja-kerja HAARP untuk menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran.







Tibe2Jam6Petang 

Pemandangan Indah Pada Musim Bunga Dari Ladang Canola (13 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Lagi pemandangan indah untuk tatapan anda.

Kali ini mari lihat pula pemandangan ketika musim bunga dari daerah Laoping yang terletak di timur wilayah Yunan, China. Warna kuning ini datang daripada ladang-ladang yang menanam pokok-pokok Canola.

Kawasan ini sering menjadi tumpuan jurugambar dan pemandangan ini kekal sehingga musim panas yang biasanya akan tiba pada penghujung bulan Jun. Permandangan yang cantik dan memukau mata!





























Tibe2Jam6Petang 

Terowong Kereta Api Yang Cantik Dan Romantik (5 Gambar)

Posted by Unknown Saturday, July 21, 2012 0 comments
Beautiful.

Gambar di bawah adalah gambar terowong kereta api yang terletak di Klevan, Ukraine. Ianya dinamakan the Tunnel of Love dan landasan tersebut sebenarnya adalah laluan bagi kereta api swasta yang digunakan oleh sebuah kilang papan.

Kereta api yang lalu di landasan ini menghalang pokok untuk tumbuh di laluannya dan pokok-pokok di sekeliling landasan membentuk terowong secara sendiri lalu menghasilkan panorama romantik seperti dalam mimpi! haha






Tibe2Jam6Petang

Fotografi Cool: Siang Ke Malam Dalam Satu Foto (8gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 19, 2012 0 comments
Cool. Mari lihat beberapa gambar daripada siri fotografi Day to Night yang dihasilkan oleh Stephen Wilkes. Layan.









Tibe2Jam6Petang

Pemandangan Indah Daripada Hutan Bambu Sagano (8 Gambar)

Posted by Unknown Saturday, July 14, 2012 0 comments
Semuanya hijau!

Tempoh hari aku ada paparkan pemandangan indah daripada taman bunga Kawachi Fuji yang memukau mata, Sekarang mari lihat pemandangan indah daripada hutan bambu Sagano yang terletak di Arashiyama, Kyoto, Jepun.

Terdapat sedikit info menarik mengenai hutan ini. Hutan ini menghasilkan bunyi daripada tiupan angin dan bunyi dari hutan ini telah dipilih sebagai salah satu bunyi yang harus dipelihara oleh kerajaan Jepun.

Pada tahun 1870-an, gabenor Kyoto telah mencadangkan dua sumber pokok bambu untuk digunakan oleh Thomas Edison sebagai bahan membuat filamen lampu. Salah satunya ialah daripada hutan ini, namun Edison memilih sumber yang satu lagi iaitu daripada pokok bambu yang terdapat di kuil Otokoyama Hachimankan.

Apapun, pemandangan indah di sekitar hutan ini memang sangat menenangkan!









Tibe2Jam6Petang

Rekod Dunia Gaun Pengantin Paling Panjang (9 gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 12, 2012 0 comments
Beautiful~

Kini rekod gaun pengantin terpanjang di dunia menjadi milik gaun pengantin rekaan syarikat fesyen, Andree Salon.

Gaun ini disahkan oleh pihak Guinness Book of World Records sebagai gaun pengantin terpanjang di dunia dengan panjang 2750 meter mengatasi rekod sebelum ini iaitu 2488 meter. Gaun ini mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dan melibatkan 10 orang penjahit.

Jom lihat beberapa gambar gaun ini yang dipakai oleh model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu di Bucharest, Romania.


Photo By Reuters/Radu Sigheti


Photo By AFP/Vadim Ghirda


Photo By Reuters/ Bogdan Cristel



Photo By Reuters/Radu Sigheti


Photo By Reuters/Radu Sigheti


Photo By Reuters/Radu Sigheti


Photo By Reuters/ Bogdan Cristel


Photo By Reuters/ Bogdan Cristel

Photo By Reuters/Radu Sigheti

Pemandangan Indah Dan Menakjubkan Dari Taman Bunga Kawachi Fuji (7 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Amazing scene!

Jepun memang sinonim dengan bunga sakura, tapi pernahkan anda mendengar mengenai bunga Wisteria di jepun? Wisteria merupakan sejenis bunga yang berkongsi keluarga biologi dengan dengan pokok pea iaitu keluarga Fabaceae.

Ianya dipanggil Fuji dalam bahasa Jepun. Pokok bunga ini merupakan salah satu pokok asli di Jepun dan ianya mempunyai pelbagai jenis dan warna.

Mari lihat pemandangan indah di sekitar taman bunga Kawachi Fuji yang teletak di Kitakyushu, Jepun. Sungguh nyaman dan tenang~