-->
Showing posts with label Tekanan Darah Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Tekanan Darah Tinggi. Show all posts

Jering Ubat Darah Tinggi?

Posted by Anonymous Saturday, August 18, 2012 0 comments
Jering ataupun Pithecellobium Jiringa Prain merupakan sejenis ulam yang sering dijadikan pembangkit selera makan. Kalau orang Jawa, mereka menamakannya jengkol, kan? (sila betulkan jika saya silap yea...)

Walaupun mengeluarkan bau yang agak kuat, ia bukanlah masalah bagi penggemarnya. Kalau dah suka, bau sebegitu bukanlah halangan. Malah ada yang akan memeram jering ni lagi beberapa hari supaya baunya lebih menusuk kalbu. Pergghhhh.....

Jering atau Jengkol

Saya nak kongsikan dengan anda sedikit fakta mengenai kandungan jering. Menurut En. Zainal Abidin Jamaluddin (Kurator Muzium Negara), kandungan protein yang ada pada jengkol agak tinggi. Iaitu mencecah 10.5%.

Selain protein, berikut peratusan kandungan lain yang ada pada jengkol;

~ Karbohidrat - 84.1%
~ Air - 52%
~ Gentian - 3.6%
~ Abu - 1%
~ Lemak - 0.8%

Sehubungan dengan itu, En. Zainol mengatakan bahawa jering mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Begitulah khasiat yang selama ini kurang diketahui ramai. Walaupun mereka yang suka makan jering. Ohhh... ye ker?

Justeru itu, bagi anda yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, boleh memasukkan jering dalam menu seharian. InsyaAllah ia mujarab sebagai ubat darah tinggi anda.

7 Khasiat Pokok Cili Padi

Posted by Anonymous 0 comments
Siapa suka makan pedas? Tentu sekali cili padi tidak asing bagi anda, kan? Selain cili padi, ia dikenali juga sebagai cili api dan cabai burung. Ramai di antara hanya tahu ia hanya penambah selera dalam masakan. Barulah "kick"!

cili padi atau cili api
Cili Padi 

Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar pokok cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.



Daun Pokok Cili Padi

Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.

Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.

Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih ya.



Akar Pokok Cili Padi

Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.

Petuanya - anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.

Begitulah sebahagian khasiat pokok cili padi yang sempat saya kongsi dengan anda. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda sekeluarga.


PetuaSejagat