-->
Showing posts with label Stress Pelik. Show all posts
Showing posts with label Stress Pelik. Show all posts

Pelik : Cermin Mata Untuk Payudara Wanita Dijual Di Ebay (5 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, August 12, 2012 0 comments
Cermin Mata Untuk Payudara Wanita Dijual Di Ebay.

Dunia ini tak pernah habis-habis dengan alat yang kreatif dan ada kalanya pelik seperti cermin mata ini. Apa motif guna cermin mata ini...





Pelik : Koleksi Gambar Manusia Pelik Daripada Abad Ke-19 (10 Gambar)

Posted by Unknown Saturday, August 11, 2012 0 comments
Berikut merupakan koleksi gambar milik Ronald G Becker yang menggabungkan hasil fotografi milik Charles Eisenmann, Frank Wendt dan ramai lagi yang pakar dalam mencipta dan memasarkan gambar ahli circus di New York pada abad ke 19.

Kebanyakan gambar peserta circus dibawah adalah asli tapi ada juga sesetengah yang direka oleh boss circus untuk menarik perhatian orang ramai bagi menonton circus miliknya itu.











Sumber : AkuStressGiler

Pelik : Payudara Tumbuh Di Perut Seorang Lelaki (Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, August 7, 2012 0 comments

Suntikan insulin masih menjadi penyelamat bagi penderita penyakit diabetes. Namun, melakukannya tanpa prosedur yang betul berpotensi mendatangkan bahaya kepada tubuh badan, seperti yang menimpa seorang lelaki penghidap diabetes dari Afrika Selatan ini.

Dipetik dari akhbar Daily Mail, lelaki berusia 55 tahun dengan diabetes type 1 itu mengejutkan doktor setelah memperlihatkan bentuk perutnya yang membengkak seperti payudara wanita.

Sebelum ini, lelaki tersebut membuat suntikan insulin di dua bidang perutnya untuk mengawal kadar gula dalam darah. Namun, dia tidak tahu bahawa menyuntikkan insulin di tempat yang sama dapat memicu pembengkakan lemak lembut di dalam lapisan kulit.

Disebabkan tidak mengubah kawasan suntikan selama 30 tahun, lelaki tersebut menderita sejenis penyakit yang dikenali sebagai lipohypertrophy yang parah.

"Selama bertahun-tahun kami belum pernah melihat kes seperti ini," ujar Dr Stan Landau, dari Centre for Diabetes and Endocrinology, Joannesburg, pasukan doktor yang merawat lelaki itu.

Dr Landau mengatakan bahawa pesakit menyuntik insulin di tempat yang sama kerana beranggapan benjolan pada perut adalah normal bagi penyuntik insulin. Kerana tidak sakit, pesakit tidak pernah memeriksa.

Beliau turut menambahn bahawa benjolan tersebut dapat menyusut, tetapi akan mendatangkan kerosakan sel permanen tanpa pembedahan plastik. "Banyak pesakit diabetes tidak memiliki maklumat yang jelas tentang bagaimana menyuntik insulin dengan betul,"

Diabetes type 1 terjadi disebabkan kerosakan pada sel yang bertugas untuk menghasilkan insulin, sehingga tubuh tidak mampu memproduksi insulin sendiri. Insulin berfungsi agar glukosa memasuki sel sebagai bahan bakar. Tanpa insulin, glukosa akan menumpuk dalam darah.

Kerana itulah, suntikan insulin diperlukan untuk mengawal kadar gula dalam darah pesakit diabetes. Proses suntikan pula hendaklah dilakukan dengan cara mengubah kawasan suntikan, bukan pada tempat yang sama.

p/s : Ade jugak penyakit macam ni yer..

BillyInfo

Pelik : Binatang Aneh Ditemui Di Xinxiang, China (3 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Seekor haiwan seperti anjing namun mempunyai rupa yang sangat pelik dijumpai berkeliaran di bandar Xinxiang yang terletak di wilayah Henan, China.

Oleh kerana bandar tersebut terletak berdekatan dengan pusat penyelidikan saintifik dan juga sekolah perubatan, penduduk setempat percaya bahawa haiwan tersebut adalah hasil eksperimen genetik yang terlepas daripada makmal. Namun pihak berkuasa mendakwa anjing tersebut adalah daripada baka anjing peliharaan jenis Chinese crested dan anjing ini mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.

 

 


p/s : Pelik bebenor rupe anjing ni yer..

Tiba2Jam6Petang

Pelik : Seluar Bercantum Dengan Kasut Rekaan Converse (3 Gambar)

Posted by Unknown Friday, July 27, 2012 0 comments
Converse Pants ini dihasilkan oleh Sebastian Errazuriz. Apa yang pelik, seluar ini dicipta bercantum dengan kasut. Walaupun agak tidak praktikal, tapi idea tu tetap la boleh dihargai. Ntah apa-apa la rekaan.. Kreatif tak bertempat kot.. Hoho..




p/s : Kene pakai stokin dulu, pastu baru pakai seluar.. weird.. haha..

AkuStressGiler