-->
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Betul Betul Cool - Sekolah Tadika Tellus Di Sweden

Posted by Unknown Monday, September 17, 2012 0 comments
Sekolah Tadika Tellus ini direka oleh Tham & VidegÄrd Architects dan terletak di Stockholm, Sweden.











Betul Betul Unik - Fitzroy High School Di Melbourne (4 Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, August 29, 2012 0 comments
Sangat colourful!

Fitzroy High School yang terletak di Melbourne, Australia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kerajaan pernah menutup sekolah ini pada tahun 1992 namun ia dibuka kembali pada tahun 2004, setelah 11 tahun kempen dilakukan olah ibu bapa dan masyarakat setempat. Pada tahun 2009, sebuah bangunan baru yang sangat unik telah dibina.



Pereka dari Melbourne, McBride Charles Ryan mereka ruangan dalaman bangunan ini agar lebih fleksibel dan mudah diubah mengikut kesesuaian. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau hanya menggunakan tirai dengan warna yang terang untuk mencipta sesebuah ruang. Rekaan ini telah memenangi kategori Hiasan Dalaman Komersial pada Dulux Color Awards 2010.


 Blog Rilek-Rilek

Betul Betul Cool - Tadika Unik Di Berlin (4 Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, August 22, 2012 0 comments
Taka-Tuka-Land

Tadika yang luar biasa ini adalah hasil rekaan sekumpulan pelajar jurusan seni bina dari Universiti Teknikal Berlin, bagi mengaplikasikan konsep yang telah mereka pelajari kedalam sebuah projek Kumpulan yang dikenali sebagai Baupiloten ini diasaskan pada 2003 dan diketuai oleh Susanne Hoffmann.




Selain mereka bentuk bangunan tersebut, kumpulan pelajar ini turut meluangkan masa beberapa hari bersama kanak-kanak di sana bagi memerhatikan rutin harian mereka, jadual dan cara mereka berkomunikasi.



 Blog Rilek-Rilek

Betul Betul Respek - Semangat Pelajar Sekolah Di Kenya (15 Gambar)

Posted by Unknown Friday, August 17, 2012 0 comments
Belajarlah hargai ilmu

Dalam perjalanan dari Nairobi ke Taman Negara Maasai Mara, terdapat sebuah pekan kecil bernama Narok. Di sinilah terletaknya Sekolah Aldo-Rebby. Jom kita lihat bagaimana keadaan sekolah di Kenya ini dengan lebih dekat...


Perkara pertama yang menjadi perhatian ialah papan tanda sekolah tersebut. Setiap sekolah di Afrika mempunyai papan tanda seperti ini di tepi jalan.


Penggal persekolahan bermula pada bulan Januari dan tamat pada November. Antara subjek yang diajar ialah bahasa, matematik, sejarah, geografi, sains, kraf dan agama. Biasanya mereka menggunakan dialek tempatan, bahasa Swahili (bahasa kebangsaan) ataupun bahasa Inggeris.


Di sekolah ini, ibu bapa perlu memberi sedikit sumbangan agar anak-anak mereka diberi makan pada sebelah siang.

Sekolah ini berbangga dengan kelas komputernya, namun sayangnya mereka belum mendapat bekalan elektrik.

Bilik guru. Jumlah pelajar di sekolah ini terpaksa dihadkan kepada 300 orang sahaja kerana mereka hanya mempunyai 7 orang guru untuk mengajar kesemua pelajar terbabit.

Keadaan dalam bilik darjah...





Bagi pelajar kecil, mereka ada sesi tidur selepas makan...


Kalau korang perasan, rata-rata pelajar ini memakai baju sejuk. Sebenarnya ia bukanlah kerana suasana di sekolah ini sejuk, tetapi disebabkan mereka perlu berjalan beberapa kilometer jauhnya untuk sampai ke sekolah ini. Jadi mereka perlu bertolak awal dari rumah dan dalam perjalanan pulang pula, mereka mungkin tiba di rumah pada waktu malam. Pada waktu itu mungkin cuaca agak sejuk.


Psst: Bersyukurlah dengan nikmat yang kita kecapi hari ini. Kadang-kadang kalau benda tu susah nak dapat, barulah kita nak hargai kan?
Sumber: dmitry-yurlagin & Wonder a Day