-->
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Betul Betul Ohsem - Festival Salji Sapporo (31 Gambar)

Posted by Unknown Monday, September 17, 2012 0 comments
Festival Salji Sapporo merupakan antara acara musim sejuk terbesar di Jepun. Setiap tahun, dijangka hampir 2 juta pengunjung akan datang ke Sapporo untuk melihat sendiri kecantikan tugu salji dan ukiran ais yang terletak di tiga kawasan utama iaitu Odori, Tsudome, dan Susukino.



Festival ini berlangsung selama seminggu dan diadakan pada bulan Februari. Menurut sejarah, ia bermula sejak tahun 1950 lagi. Pada ketika itu, sekumpulan pelajar sekolah telah membina 6 tugu salji di Taman Odori. Pada tahun 1955, Pasukan Pertahanan Jepun telah turut serta dan membina ukiran ais gergasi pertama, yang seterusnya menjadikan acara tersebut begitu terkenal.


























 

Blog Rilek - Rilek

Betul Betul Kreatif - Bola Pink Di Festival Aires Libres (4 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Setiap tahun, laluan pejalan kaki di Montreal, Kanada ini akan bertukar menjadi tumpuan orang ramai ketika Festival Aires Libres, pameran karya seni dan budaya oleh arkitek lanskap bernama Claude Cormier.


Bola Pink/Les Boules Roses yang terdiri daripada 170,000 bola plastik berwarna pink digantung sepanjang 1.2km dari Berri hingga ke Jalan Papineau.




Blog Rilek - Rilek

Betul Betul Unik - Tarian Naga Dalam Air

Posted by Unknown Tuesday, September 4, 2012 0 comments
Sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini, sekumpulan penyelam telah membuat persembahan tarian naga di dalam air. Persembahan yang berlangsung pada 19 Januari 2012 itu diadakan di Akuarium Shanghai, China.





 Blog Rilek-Rilek

Betul Betul Tragedi - Ribut Pasir Di Iraq (10 Gambar)

Posted by Unknown Saturday, September 1, 2012 0 comments
Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana negara kita jarang atau tak pernah dilanda bencana buruk seperti gunung berapi, tornado, ribut salji dan ribut pasir. Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang diambil ketika ribut pasir sedang melanda Al Asad, Iraq pada tahun 2005. Memang menakutkan...










Betul Betul Cool - Rumah Belon Dalam Filem 'Up' Versi Real (4 Gambar)

Posted by Unknown Thursday, August 30, 2012 0 comments
Kalau anda pernah menonton filem animasi bertajuk 'Up', soalan ini mungkin muncul dalam fikiran anda... Mungkinkah rumah boleh diterbangkan hanya dengan menggunakan belon? Bagi merungkai persoalan tadi, National Geographic Channel telah menghasilkan versi sebenar rumah tersebut dan membuktikan perkara itu tidaklah mustahil.



Kumpulan yang dianggotai oleh saintis, jurutera, dan 2 orang pakar juruterbang belon udara panas telah berjaya melancarkan rumah berkeluasan 16' X 16' dan berketinggian 18' itu di Los Angeles. Sekaligus ia mencatat rekod dunia sebagai penerbangan kelompok belon terbesar yang pernah dilakukan.


Dengan menggunakan 300 belon berisi gas helium, rumah itu mencapai altitud melebihi 3000m dan kekal di udara selama 1 jam! Rakaman peristiwa bersejarah tersebut dimasukkan dalam rancangan bersiri National Geographic Channel, bertajuk How Hard Can it Be?



 Blog Rilek-Rilek